BAB 6 [ CINCIN PERMATA ]

Drama Series 4436

3 hari selepas...

AFRINA AULIA POV

Aku sedang bersiap untuk keluar dengan Farish.

>Flashback<

"Rina, siap cepat. Kejap lagi Farish datang ambil kamu pergi beli hantaran!" pekik mama diluar pintu bilikku

"Baik, mama. Rina siap dulu"

"Hish mamat ni, hari ni jugak kau nak bawak aku beli barang hantaran kan. Tak boleh ke hari lain kau nak bawak? Aku tengah sedap- sedap baring atas katil ni kau sebok je nak kacau hari aku" bebel Afrina sendirian (Alamak, Afrina marah kat Farish laa. Nasib mamanya tak dengar kat luar)

>End Flashback<

"Hurm, okey la ape yang aku pakai ni kan. Comel je aku tengok diri aku kat cermin ni" puji ku sendirian di depan cermin besar di bilikku

Kemudian, aku turun ke tingkat bawah rumah banglo ku dan terus ke dapur mencari mama. Aku berbual- bual dengan mamaku sehingga terdengar bunyi loceng.

Hari ini ialah hari bekerja. Pak Arif membawa papa ke pejabat dan menunggu papa sehingga waktu pulangnya untuk terus membawa papa pulang ke rumah. Jadi, diluar rumah tiada siapa- siapa yang menjaga keadaan sekeliling.

Aku berjalan ke pintu utama rumah dan membuka. Oleh kerana pagar rumahku ialah pagar elektrik, tidak perlulah aku ke luar rumah untuk membukanya.

Selepas aku membuka pintu utama, terlihatlah aku wajah Farish. Dia memberi salam kepada ku sambil tersenyum, dan aku menjawabnya turut bersama senyuman tipis. Kami berpandangan seketika.
'Huh, malas aku nak senyum lebih- lebih dengan dia. Kang tak pasal- pasal dia ingat aku dah jatuh hati dengan dia, uwerk memang tak ar'

"Apa yang kamu berdua duduk kat depan pintu lagi tu? Rina! Ajaklah Farish tu masuk dalam. Agak- agak la nak main pandang- pandang tu, panas kot kat luar"

'Haa kan dapat dah sepatah dua kata dari mama kau tu Rina. Haish mama ni, malu Rina tau mama kata camtu depan Farish ni. Haduihhh'

"Hehe mana ada main pandang- pandang mama. Haa, Farish meh le masuk dalam" kata ku malu- malu. Ceh!

Farish masuk kerumah dan berdiri di ruang tamu.

'Aikk, asal dia berdiri macam pak guard kat tengah- tengah ruang tamu tu?'

"Kenapa awak tak duduk?" aku dengan prihatinnya bertanya. Eheks, prihatin la sangat!

"Lah, tadi awak suruh masuk je, tak suruh duduk pun" kata Farish lalu terus duduk di atas sofa rumah ku yang mahal lagi mewah. Ehem, berlagak nampak!

"Emm, sorry laa. Saya terlupa pulak nak suruh awak duduk" kata ku serba salah

"Haa, takpe. Aku saja la nak main- main" kata dia sebab nampak wajah aku yang nampak serba salah dengannya.

"Eh ehhh, nak main- main pulak ye. Saya dah rasa serba salah tahu tak!" geram pulak aku dengan mamat ni. Sempat dia nak main- main lagi dengan aku

"Eleh, main- main dengan bakal isteri takpe kan" katanya menyentakkan aku. Aku membulatkan mata dan dia pula bergelak sakan. Sabarlah duhai hati. Disebabkan aku malas nak layan orang yang otak bereng cam tu aku terus pergi tinggalkan dia sendirian.

Aku tersenyum sendirian sewaktu berjalan ke dapur. Cinta dah berputik ke Rina? HAHAHAHAHA >gelak jahat....

Di dapur....

"Uhuk....uhuk" mama tiba- tiba batuk

"Aik kenapa dengan mama ni? Mama okey ke tak ni? Tadi okey je Rina tengok, ni tiba- tiba jer batuk"

"Takde pape la Rina. Tadi mama tersedak sebab ternampak sweet drama kat depan tadi. Harap- harap tak bersemutlah rumah papa dengan mama ni"

"Mama menghendap kitaorang eh tadi?" tanyaku malu

"Tak hendap komer pun, mama nak hantar air ni ke depan tapi dah nampak kamu berdua berdrama tadi tu yang tak jadi terus tu"

'Haih mama ni kan, malu laa Rinaaa' jerit ku dalam hati

"Dah, Rina bawakkan air ni kedepan. Lepas tu ajak Farish minum"

"Baiklah mamaku yang cute, penyayang, cantik cam bidadari syurga"

"Ehh puji nampak! Puji ada makna ke ni?"

"Haah, pujuk ada makna ni maa. Nak minta mama belanjakan minyak wangi Gucci, hehe"

"Ehh dia ni, kamu kan ada duit. Pergi la beli sendiri"

"Alaaa, tapi Rina nak mama yang belanja" kataku dalam teresak- esak. Ayokk mama, siapa suruh buat Rina nangis, pujuk balik
Manja betul!

"Haa yelah- yelah. Tapi Rina jangan nangis kalau nangis jugak mama tak nak belanja" ugut mama (macam budak 5 tahun pulak nak kena pujuk camtu)

Aku mengangguk dan membawa air menuju ke ruang tamu. Selepas minum, kami berdua bersetuju untuk ke Pavillion (tempat favourite author jugak, best auu kat pavillion ni)

PAVILLION

"Rina, kau nak beli apa dulu ni?"

"Hmm taktau la"

"Kita pergi beli cincin dulu nak tak?" Farish bertanya

"Haa boleh jugak"

Kami berjalan bersama- sama ke Kedai Emas Al-Sufiyyah. Terbeliak mata aku melihat cincin, rantai, gelang yang semuanya emas.
Tapi tak pe dah biasa. Aku dah banyak emas kat rumah tapi masih lagi terbeliak jugak mata, haih

"Kau nak yang mana Rina?" tegurnya dan aku tersentak dengan lamunanku

"Emm, yang mana- mana jelah, awak la yang pilihkan" malas pulak nak pilih. Bukan malas tapi tak tahu nak pilih yang mana. Cantik weh semua, rambang mata aku. Saya bagi pihak perempuan ingin memberitahu bahawa perempuan auto skru tertanggal bila dalam kedai emas...

"Hek'eleh, yela aku pilihkan demi bakal isteri aku"

See, dia sebut lagi perkataan tu. Dah tau aku malu and resah dengan perkataan tu tapi dia kata jugak!

Tapi aku malas nak panjangkan cerita. So, kira tutup jelah kes tu yea para readers??

"Rina, yang ni cantik kan?"

"Cantik"

"Ce try jap"

Dia memberikan cincin yang dia pilih kepadaku. Aku mengambil dan membaca Basmallah sebelum masuk ke jari manisku.

"Ehh muat laa" kata ku dengan keriangan

"So? Kira jadi la beli yang ni kan?"

Aku mengangguk lalu memberi senyuman manis kepadanya. Dia turut tersenyum.
Huh, nasib nak belikan cincin untuk aku kalau tak, takdenya aku nak senyum dengan dia. Uwerk!

Aik lain maciam senyuman dia, lama betul. Dari tadi duk renung mata aku sambil senyum ketelinga, tak abis- abis lagi senyuman dia tu....

Aku tau la mata aku cantik, warna hazel...
Tapi takyah la pandang lama- lama, haishhh malu laaa

"Cik, saya nak beli yang ni la" beritahunya kepada seorang pekerja di kedai itu

Pekerja itu mengangguk serta senyum kepada Farish manakala Farish membalasnya. Eh ehh, main senyum- senyum pulak korang erh. Eh! Aku jelous ke ni? Ehh tak mungkin lah, ni Afrina Aulia lah

Farish pergi membayar cincin ku di kaunter, HAHAHAHA dia belanja cincin permata wehh, sekali lagi aku ulang, PERMATA!

Aku sebenarnya terharu sebab selalunya papa aku yang belikan cincin or barang kemas lain, tapi now Farish yang belikan. Huwaaa, so sweet.... Eh ehh, takde sweet bagai lah. Dia beli pun sebab nak kahwin jer Rina, rileks arr, takyah nak jatuh cinta bagai, jual mahallah sikit....

Skip Time,

Selepas membeli barang hantaran kami terus ke 'The Asya House' iaitu butik baju pengantin yang terkenal di Kuala Lumpur.

Mama dan Aunty Zakiah sedang menunggu kami di butik tersebut. Kata aje butik aku tahu mesti nak beli baju pengantin.

>Nak tau ape yang terjadi selepas tu?
Jangan lupa baca next episode yea para readers
Sorry sebab Ryana dah lama tak update. Ryana busy sikit awal tahun ni, hehe. Nanti ade masa lagi Ryana update next part okey
Btw thanks pada semua yang support Ryana, love you all

1187 words
Alhamdulillah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience