BAB 3 [ PERTEMUAN SEMULA ]

Drama Series 4436

'Huish, besarnya rumah. Rumah siapa ni?, Ayah kawan dengan orang kaya ke?, Mesti best duduk rumah besar ni kan?' Farish berteka- teki di dalam hatinya

Tiba- tiba pagar dibuka....dan Tuan Musa parking keretanya di tempat khas untuk menapakkan kereta di tepi rumah banglo itu.
Mereka pun keluar dari perut kereta.

"Assalamualaikum" Tuan Musa memberi salam kepada tuan rumah dan isterinya yang berada di depan kami.

"Wa'alaikumsalam.Ya Allah, lamanya kita tak jumpa Musa" kata Tuan Hairi

"Itulah. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat juga jumpa semula" kata Tuan Musa

"Amboi, dah dapat jumpa sampai lupa ye saya kat sebelah ni. Jemput la masuk ke dalam rumah ye semua. Kita sambung sembang kat dalam" ajak Puan Alina

"Dah lama tak jumpa, biasa la awak. Saya tak lupakan awak laa" pujuk Tuan Hairi kepada isterinya

"Haish, ada- ada aje awak ni" kata Puan Alina malu

"Haa, mari kita semua masuk dalam rumah. Panas kat luar ni" ajak Tuan Hairi

Setelah melangkah kedalam rumah...

"Jemput la duduk ye semua, saya nak buat air sekejap" kata Puan Alina

"Ehh takpayah la, suruh Rina yang buat air ye" larang Tuan Hairi

"Cik Milah, tolong panggilkan Rina turun bawah sekejap ye" kata Tuan Hairi orang gajinya, Cik Milah

"Baik tuan" jawab Cik Milah

AFRINA AULIA POV

Aku sedang membaca buku di atas katil, dan tiba- tiba ada bunyi ketukan di pintu bilikku. Aku pergi dan buka pintu tersebut. Lega rasanya apabila tahu Cik Milah yang ketuk.

"Ye Cik Milah, kenapa?" tanyaku pada Cik Milah

"Papa Rina suruh turun bawah sekarang" beritahu Cik Milah kepadaku

"Ohh, baiklah. Sekejap Rina nak pakai tudung dulu" kataku

Setelah Afrina turun ke bawah...

"Ye papa, kenapa panggil Rina" tanyaku

"Rina pergi buat air, Farish tolong teman Rina kat dapur" arah papaku

"Baik, papa" kataku dengan senyuman. Sebenarnya taknak pun senyum sebab waktu tu memang tengah betul- betul terkejut and malu, tapi nak buat macam mana kan depan tetamu.

Farish pula pandang ibunya. Ibunya membuat isyarat mata yang bermaksud benarkan. Kami berjalan menuju ke dapur bersama-sama dalam keadaan senyap.

Sesudah sampai di dapur...

(Perjalanan kedapur pun mengambil masa beberapa minit sebab rumah Afrina kan besar macam istana githew)

"Nak aku tolong apa- apa ke?" tanya Farish kepadaku

"Papa saya suruh awak teman je kan, so teman je la. Takde apa- apa yang awak perlu tolong pun" kataku dengan sedikit nada marah

"Huish, garangnya. Takut aku nak jadikan kau isteri" katanya memerliku

"Ada saya kata saya ni nak jadi isteri awak ke, tak kan? So tak payah nak berangan" marahku

"Oneday kau akan jadi jugak" katanya

"Hish, tak nak saya, kalau ditakdirkan awak lelaki terakhir kat dunia ni pun saya tak nak" kataku

"Ikut kau la nak ke tak, malas aku nak layan kau" katanya lagi

"Jadi tak payah la layan, yang sebok layan tu kenapa? Eh sendu eh? Alone ar tuu" kataku dengan lagak

"Siapa kata aku alone?, aku tak alone laaa!" marahnya

"Apa- apa je lah" kataku. Malas aku nak layan mamat ni, buat sakit jiwa je.

Sedang aku berjalan hendak ke singki, tiba- tiba kakiku tersadung di karpet. Aku yang mahu terjatuh itu terus disambut oleh Farish. Aku lihat matanya yang tepat memandang ke arah anak mataku. Anak matanya menikam anak mataku. Aku terus berdiri seperti biasa. Malu aku weh! Terus aku ucap terima kasih kepadanya.

"Thanks sebab sambut saya" kataku lalu terus ke singki (Cover malu laa tuu)

"Hmm" jawabnya

Mekkk tu je dia jawab. Haish mamat ni kan, geram betul aku dengan dia. Nasib dia tolong aku tadi kalau tak dah lama kena penumbuk. Sabar Rina, sabar

"Dah siap ke airnya? Lama betul kau buat air, penat aku tunggu" katanya

"Dah, awak tolong bawakkan jag tu boleh kan?" tanyaku

"Hmm, boleh je" katanya

"Jom" ajakku

Sesampai di ruang tamu...

"Jemput minum uncle, aunty, mama, papa" jemputku pada mereka

"Haa jemput minum Musa, Kiah" jemput mama ku pula

Selepas beberapa minit berborak- borak...

"Rina, mama nak bagitahu sesuatu pada kamu" kata mamaku

"Apa dia mama?" tanyaku

"Kami semua dah bersetuju nak satukan kamu dengan Farish" beritahu mama kepadaku

"Tapi Rina muda lagi mama, papa" aku memberi alasan

"Rina dah 22 tahun dah, muda apanya lagi" pujuk mamaku

"Haah Rina, siapa nak jaga kamu nanti" pujukan mamaku disokong oleh papa

"Hmm, bagi Rina masa nak fikir pasal ni. Kalau tak ada apa- apa lagi Rina nak masuk bilik dulu" kataku

"Dah tak ada apa- apa, Rina pergi la masuk bilik" mama benarkan aku masuk ke bilik

Aku mengangguk dan terus berjalan menuju ke arah tangga. Aku terus masuk bilikku.

Di dalam bilikku...

Hmm, patut ke aku terima perkahwinan ni? Kalau tak terima, mama dengan papa berkecil hati. Tapi kalau aku terima, cita- cita aku macam mana? Haih, buntulaa

Afrina terima atau tak perkahwinannya bersama Farish? Apakah yang akan terjadi selepas ini? Nak tau baca next part okey
Rate dan comments amat diperlukan, terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience