Chapter 7

Romance Series 4943

3 tahun kemudian..

"Doc, kita dah tiada pesakit lagi." kata pembantu doktor itu. "Ah, thank you for the information Ita." kata doktor itu. Ita tersenyum menganggukkan kepalanya dan mula beredar dari bilik dokter itu.

Dia menyandarkan badannya keletihan pada kerusi empuk itu selepas pembantunya itu beredar. Tangannya mengurut lehernya yang lenguh itu. "Urgh.. finally" katanya dan mencampai gelas di tepi mejanya dan meneguk air.

Dia memusingkan kerusinya menghadap tingkap besar di belakangnya itu. Matanya jauh memandang kesibukan bandar di kota yang besar itu. Dia termenung.

Pintu biliknya diketuk membuatnya tersedar dan gelas di tangannya terlepas dari pegangnya dan tangannya tangkas menangkap gelas itu dari jatuh pecah berderai di lantai.

Pintu bilik dibuka. "Ai, kau dah kenapa?" tanya orang itu pada kawannya, hairan melihat kawannya itu memegang gelas dan memandang gelas itu dengan lama. "Ah.. nothing haha. Just nothing.." jawap Ai dan memandang kawannya itu geram.

"Whtever. Kau dah habis shift kan? Jom la balik. Aku dah lapar dah ni" katanya dan mengosok gosok perutnya. Ai hanya mengelengkan kepalanya. "Dah habis dah. Jom la. Aku dari tadi tunggu kau datang serbu bilik aku, Nana." kata Ai dan bangun dari kerusinya.

Dia meletakkan gelas di atas mejanya. Ai bangun dan membuka jubah putihnya itu dan menyangkutnya di kerusi. Dia mencapai handbag nya lalu keluar dari bilik itu bersama Nana.

Semasa berjalan menuju ke parking kereta, doktor dan nurse yang lalu di hadapanya semua senyum padanya. Ai hanya beriak biasa kerana sudah lali dengan suasana begitu.

"Untung la, baru 3tahun kerja sini, satu hospital kenal kau. Dah la lawa, pandai seni pertahankan diri pula tu. Ramai peminat.." kata Nana pada Ai. Ai tergelak kecil dengan omelan Nana itu.

Ia semua bermula pada satu kejadian yg berlaku pada hari pertama dia berkerja di sini. Seorang pesakit yg merupakan banduan melarikan diri dan menarik salah satu nurse di hospital sebagai tebusannya.

Ai yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian menolong menyelamatkan nurse itu dengan kebolehan seni mempertahankan dirinya itu. Ia membuatkan dirinya dikenali di seluruh hospital akibat keberaniannya itu.

"Ala kau ni, benda dah lama la. Takpayah la nak diungkit. Segan la aku" kata Ai sambil menampar perlahan bahu kawannya itu. "Iyela iyela." kata Nana sambil tergelak. Mereka beredar dari hospital itu dengan menaiki kereta suzuki swift milik Ai.

Ai dan Nana singgah di sebuah kedai makan makanan barat utk mengisi perut yg tengah kosong itu. Mereka duduk di luar kedai makan yg dihias dengan pelbagai pokok bunga.

"Ai, umur kau dah 25 kan? kau taknak kahwin ke?" tanya Nana tiba tiba sambil menyedut air minumannya. Ai tersedak apabila soalan tak diduga itu keluar dari mulut kawannya. Dia mengambil tisu di tepi meja dan mengelap mulutnya.

"Engko kan, tak ada soalan lain ke nak tanya aku? terkejut tau tak aku?" marah Ai perlahan. Nana tergelak melihat reaksi kawannya itu. "Tak ada la, kau lawa, ada kerjaya tetap pula tu. Masyuk pun masyuk. Sebab tu aku tanya psl kahwin" kata Nana selambe.

"Haih Nana wei.. kalau jodoh aku dah sampai, kahwin la aku. Jangan risau la" kata Ai dengan senyuman, ingin menghilangkan perasaan risau yg dialami oleh kwnnya itu. Nana mengeluh. "Aku dah nak kahwin nanti Ai. Aku taknak la kau duduk sorang. Bahaya la.." kata Nana dengan perlahan.

"Yela yela nanti aku cari la mana mana lelaki lepastu aku ajak kahwin ye Nana oi?" kata Ai dengan nada bergurau lalu tergelak. Nana memukul tangan Ai perlahan sebelum mula tergelak sekali dengan Ai.

Selepas habis makan, mereka menuju kearah kereta. "Nana, kau pergi la dulu. Aku nak pergi kedai runcit tu kejap" kata Ai dan beredar menuju ke kedai runcit itu.

Ai yang sibuk menyimpan dompetnya itu di dalam handbag tidak perasan kelibat seorang lelaki yang berada di depannya "Omg!! sorry encik. Saya tak perasan encik tadi" kata Ai mengelabah pada lelaki yang dilanggarnya itu.

"It's okey miss. Tak cedera pun." kata lelaki itu. "Maaf sekali lagi ye enci..." kata kata Ai mati dihujung apabila melihat wajah lelaki itu. Kakinya kaku ditempatnya berdiri....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience