Chapter 9

Romance Series 4943

*woo woo it's a me myself and i, solo ride until i die~* lagu Me,Myself And I yang dinyanyikan oleh G-Eazy & Bebe Rexha kedengaran.

Tangannya meraba meja di tepi katilnya dan mengapai fon yg bingit itu. Matanya terbuka sedikit. Tentera nombor telefon dari hospital. Ai mengeluh.

"Hello?" Jawap Ai dengan suara seraknya. "Hello doc! You need to come here right now!" jerit
suara di sana. "Today is my off day.." kata Ai dengan suara dalam. Bengang kerana tidurnya diganggu.

"i'm sorry doktor Ai. Ada patient dalam kritikal sekarang. Dia perlu melakukan pembedahan sekarang. Doc Nana still dlm bilik operation dengan pesakitnya." kata Nurse itu.

"Fine. Kejap lagi saya sampai. You settlekan yang lain dulu." Jawap Ai dan bangun dari katilnya. "Thank you Doc!" jerit Nurse itu dan menamatkan panggilan.

Ai bangun dan menuju ke bilik air ingin mencuci muka dan mengosok gigi. Bajunya ditukar dengan baju lain. Dia meletakan satu baju dalam begnya. Ai mengemaskan ikatan rambutnya.

"Haih aku tak sempat nak mandi!" kata Ai sambil membuka pintu rumahnya. Dia berlari anak ke keretanya. Setelah memanaskan enjin keretanya. Ai memecut laju menuju ke hospital.

Ai memasuki hospital dengan langkah laju. Nurse dan Doktor disitu hairan melihat Ai yang tergesa gesa dan berada di hospital kerana seingat mereka, Ai off day selama 2hari.

Ai memasuki ke bilik operation setelah selesai menukar bajunya. Nurse mula memasangkan kelengkapan pada Ai. "Macam mana keadaannya sekarang?" tanya Ai. "Stabil" kata Nurse yg membantunya. "Kita mulakan operation sekarang" kata Ai dengan serius..

6jam kemudian..

Ai menuju ke biliknya dan duduk di kerusi. Dia memejam matanya sambil mengurut lehernya yang keletihan akibat operation yang dia hadapi selama 6 jam itu. Telefon Ai berbunyi. Ai membuka matanya. Tentera nama MAMA. Dia tersenyum. Tangannya mencapai fon di atas meja.

"Hello Ma.." jawap Ai dengan suara ceria. "Hello anak mama. Sihat? Anak mama kat mana ni?" kata Auntie Aile. "Ai sihat mama. Kat hospital ni. Mama sihat? Kejap lagi Ai balik rumah Mama." jawap Ai.

"Bagus sangat la tu. Mama pun dah rindu anak mama ni. Susah betul nak tengok muka" kata Auntie Aile. "Hahaha yela ma. Nanti jumpa sana ye ma." kata Ai dan menamatkan panggilan. Ai mengemaskan barangnya dan keluar dari biliknya itu.

Kedengaran bunyi kereta. Auntie Aile bergegas menuju ke ruang parking di hadapan rumahnya yang luas itu. Ai keluar dari suzuki swift nya itu. Auntie Aile memeluk Ai erat.

"Mama.. nak peluk pun masuk la rumah dulu" rengek Ai manja. Auntie Aile tergelak kecil. Dia menarik tangan Ai masuk ke rumah banglo itu. Ai memandang sekitar ruang tamu. Sudah 2bulan dia tidak balik ke rumah akibat jadual kerjannya yang penuh itu.

"Berdiri apa lagi kat pintu tu? Sini la dekat mama. Mama rindu anak mama sorang ni" kata Auntie Aile. Ai menuju ke sofa besar itu dan duduk di sebelah Auntie Aile. Ai memeluk mamanya itu erat dan mencium pipinya berkali kali.

"Mama.. rindunya Ai pada mama." kata Ai dengan suara perlahan. "Itula, mama suruh kerja dengan papa, Ai taknak. Nak juga kerja doctor. Kan dah penat." kata Auntie Aile. "Maa.. Ai ada ijazah bidang doctor mama. Takkan Ai nak simpan je." kata Ai. "iyela iyela." kata Auntie Aile mengalah.

"Papa mana mama? Ai tak nampak papa pun." tanya Ai. "Hm papa kamu tu busy dengan syarikat dia tu. Kejap lagi dia balik la tu" jawap Auntie Aile. Kedengaran bunyi kereta di depan rumah. "Haa panjang umur. Tu papa kamu dah balik dah tu"

Ai menuju ke pintu. Ai tersenyum lebar apabila melihat kelibat papanya itu. "Papa.." panggil Ai. "Ai anak papa!" kata Uncle Zul. Senyuman Ai mati apabila melihat seseorang yg ingin dia elak jumpa berada di sebelah papanya

Share this novel

Nuradawiyah Adaroslan
2020-05-18 08:49:45 

:)apa lah yg jadi setrusnya....pliss sambung


NovelPlus Premium

The best ads free experience