Chapter 1

Romance Series 4943

Lagu dimainkan dengan kuat, kusyuk menari dengan pelbagai tarian. Ada yang sudah tenggelam dengan dunia ciptaan sendiri kerana minuman keras. Lelaki, perempuan bersentuhan tanpa memikirkan dosa.

Iris memerhati mereka yang menari sakan manakala dia hanya duduk sambil menikmati air coke nya. "What the hell i'm doing here" kata Iris perlahan.

Kalau tidak disebabkan tugas, dia tidak akan berada disini. Seorang lelaki mabuk terhuyung hayang sambil berjalan keluar dari kelab malam itu. Iris menghabiskan minumannya dan mula mengekori lelaki itu.

Lelaki itu berjalan di tempat sunyi, menuju ke arah keretanya. Belum sempat dibuka pintu kereta, seseorang menariknya ke lorong yang gelap, sunyi. Badannya ditolak ke dinding.

Lelaki itu melihat wajah seorang perempuan yang memakai serba hitam. Dia meronta ingin melepaskan diri. Zupp! terasa ada tusukan benda tajam di perutnya. Dia memandang perutnya yang mula mengalirkan darah.

Iris menekan pisau itu dalam di perut mangsanya. "I'm sorry sir, i'm just doing my job right now." kata Iris bersahaja sebelum menarik pisau itu keluar. Lelaki itu jatuh terjelopok di lantai dan kaku tidak bergerak.

Iris mengelap pisau dan menyimpan pisaunya sambil berjalan ke arah kereta yang diparking jauh dari kelab malam itu. Selepas masuk ke dalam kereta, Iris mengapai phonenya. "Settle." type Iris dan menghantar sms itu.

Dia mula memandu keretanya, pulang ke rumahnya. Iris memasuki kondonya dan membaling beg di tepi sofa. Dia menuju ke biliknya.

Iris memandang cermin sebelum membuka rambut palsunya, contact lens dan makeup nya sebelum menuju ke arah bilik air.

Dia memandang tangannya yang dilindungi dengan sarung tangan. Dipenuhi dengan darah. Iris buka sarung tangannya dan mencampaknya di dalam bakul. Matanya tajam merenung dirinya di cermin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience