BAB 4

Family Completed 669

Selepas cikgu Faizal pergi,Azizi pun mengambil buku untuk menghilangkan
rasa puasnya dengan membaca buku.Selepas habis waktu rehat,semua
murid-murid pun masuk untuk menyambung pelajaran.Cikgu Hazimah pun masuk
untuk mengajar subjek bahasa melayu,beliau sangat baik dan sangat
peramah orangnya.Beliau selalu menasihati semua muridnya supaya menjadi
orang berguna pada negara suatu hari nanti.Walaupun Azizi miskin,dia
tetap tekun belajar,waktu persekolahan pun tamat.Dia pun terus pulang ke
rumahnya sebab dia ingin menolong maknya,selalunya lepas menolong maknya
itu.Dia akan mengulang-kaji pelajarannya,Mak Yam pun menyuruh Azizi
supaya menyalakan pelita sebab hari semakin gelap.Tanpa buang masa dia
pun terus menyalakan pelitanya yang ada dekat dapur,dia pun terus
mengulang-kaji pelajarannya semula dengan diterangi oleh sinaran lampu
pelitanya yang dinyalakan tadi.Lepas habis mengulang-kaji dia pun terus
solah isyak dan terus tidur untuk pergi ke sekolah esok.

Awal-awal pagi lagi Azizi bangun,dan dia berazam tidak akan layan apa
yang dikatakan oleh semua kawannya lagi.Dia akan berusaha untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan “UPSR” pada tahun ini.Hari
pun semakin cerah,Azizi pun pergi ke sekolah dengan azam barunya
itu.Bunyi loceng sekolah pun berbunyi,semua murid-murid pun beratur
untuk menyanyikan lagu Negaraku,Selamat Sultan dan lagu sekolah.Lepas
habis menyanyikan lagu,semua murid-murid pun masuk ke kelas
masing-masing termasuk dengan Azizi sekali.Cikgu Faizal pun masuk
mengajar kelasnya,beliau mengajar subjek kemahiran hidup.Cita-cita Azizi
ingin menjadi seorang jurutera yang berjaya suatu hari nanti,dia berazam
ingin membina sebanyak bangunan yang boleh untuk memajukan negara
ini.Walaupun miskin,tidak bermakna kita tidak boleh berjaya dalam
hidup.Kita tidak boleh berputus-asa dan terus berusaha untuk mencapai
apa yang kita hajati selama ini,dan kita tidak boleh berputus-asa dari
berdoa pada Allah S.W.T.Kalau kita berharta sekali pun,kita tidak ada
ilmu semuanya tidak berguna dan sia-sia belaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience