BAB 3

Family Completed 669

Azizi pun pergi ke sekolah tepat jam tujuh pagi,dia hanya pergi seorang
diri sahaja sebab dia tidak ada seorang kawan pun.Azizi pun pun
sampailah dekat pintu pagar sekolahnya dan dia pun masuk ke
kelasnya,semasa dalam perjalanan hendak masuk ke kelasnya semua kawannya
mengejek-ejak dan menghinanya.Dia tidak berkata apa-apa pun dan terus
masuk ke kelas,Azizi berada di darjah enam dan dia akan menduduki
peperiksaan yang penting pada tahun ini iaitu Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).Mak Yam pernah berpesan padanya supaya “belajar
bersungguh-sungguh dan ubah taraf hidup dan jadilah seorang manusia yang
berguna untuk masyarakat dan negara kita”pesanan itulah yang
menjadikannya tabah dan redha dengan qadak dan qadar Allah S.W.T dan
menjadi perbakar semangatnya untuk berjaya dalam hidupnya.

Jam loceng sekolah pun berbunyi,menandakan waktu rehat.Azizi hanya duduk
dalam kelas sahaja sebab dia tidak ada duit untuk membeli makanan
dikantin,dia hanya dapat melihat kawan-kawannya makan sahaja.Semasa
Azizi termenung melihat kawannya makan,cikgu Faizal pun datang menegurnya.

“Kenapa tak pergi rehat”tanya cikgu Faizal.

“Saya tak ada duit nak beli makanan cikgu”jawab Azizi.

“Marilah saya belanja awak makan”pelawa cikgu Faizal.

“Tak apalah cikgu saya sudah kenyang”kata Azizi sambil senyum dan
menolak pelawaan cikgu Faizal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience