BAB 5

Family Completed 669

Azizi pun fokus dan menyalin nota-nota yang cikgu Faizal bagi,selepas
pada belajar dalam kelas.Cikgu Faizal pun membawa semua muridnya dan
bersama Azizi sekali memasuki bengkel kemahiran hidup untuk buat
projek-projek yang disuruh oleh cikgu Faizal.

Dalam bengkel itu,hanya Azizi sahaja yang berjaya dalam projek-projek
yang disuruh oleh cikgu Faizal.Semua kawannya memujinya,dia berasa
rendah diri pada kawan-kawannya dan berasa gembira kerana semua kawannya
telah menerima dirinya.Sudah lama Azizi menunggu saat ini,Allah S.W.T
telah makbulkan doanya dia bersyukur dengan semua ini,sekarang Azizi pun
tidak diejek-ejek oleh semua kawannya lagi dan kawan-kawannya hormatkannya.

Tinggal dua bulan lagi untuk Azizi menduduki peperiksaan yang penting
tu,Azizi pun tekun dan bersungguh-sungguh belajar lagi untuk perolehi
keputusan yang cemerlang dalam ujian itu untuk dia mengejar cita-citanya
untuk menjadi seorang jurutera suatu hari nanti.

Mak Yam pernah berkata padanya,kalau Azizi berjaya mendapat keputusan
yang sangat cemelang dalam peperiksaan itu.Mak Yam akan menghadiahkannya
sehelai baju yang berwarna merah,Azizi tidak sabar untuk mengetahui
keputusannya.Selepas peperiksaan “UPSR” habis,selepas tiga bulan
menunggu.Keputusan peperiksaan itu pun diumumkan,akhirnya Azizi pun
berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang dan Mak Yam pun
menghadiahkannya sehelai baju yang berwarna merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience