Haziq x sabar menunggu, lantas dia menghubungi mr johnson lagi, mr johnson memberitahu nini sudah keluar hospital 4 hari yang lalu, mr johnson sedang dalam Perjalanan ke hotel alexander untuk memeriksa nini di sana,
Haziq bertambah resah, dia bercadang untuk menamatkan pelayaran bila princess cruise berlabuh di india, kemudian, haziq akan ambil flight ke zurich semula. Dia ingin mencari isterinya sendiri. Mr johnson mengesahkan nini sudah check out dari hotel alexander juga 4 hari yang lalu, namun nini meminta pihak hotel membenarkan barang2 haziq tersimpan di dalam bilik itu,
mr johnson bertanya seandainya dia perlu melaporkan kehilangan nini kepada tuan khamri, haziq menegah dan meminta mr johnson menunggu sehingga dia kembali ke zurich semula.
Timbul kekesalan di hati haziq kerana terlalu menurut kata2 nini. Haziq akhirnya memikirkan kemungkinan keberadaan nini, fikirannya terlintas kepada patrick yang berada di jerman, kalau nk di ikutkan cuma patrick seorang sahaja yang berada di benua eropah ini. Haziq menghantar mesej kepada arian Christopher meminta number contact zhafran. Kemudian haziq menghubungi Zhafran untuk Bertanyakan tentang number telefon patrick di jerman.
Patrick langsung tidak tahu menahu apa2 tentang ariana Hannani,
haziq sudah kehabisan idea. Dia perlu kembali ke zurich dengan segera.
Cuma tinggal 30 minit lagi untuk princess cruise berlabuh di india.
Haziq menemui kapten kapal itu untuk memaklumkan bahawa dia tidak akan meneruskan pelayaran yang selebihnya.
Penerbangan dari delhi ke zurich memakan tempoh 10 jam, itu adalah tempoh paling cepat untuk haziq jembali ke zurich. Haziq meminta mr johnson menjemputnya di zurich International Airport. Perjalanan haziq ditemani oleh Hasmida, gadis itu terdengar perbualan haziq bersama kapten kapal dan merancang untuk mengikut haziq. Hasmida memang seorang yang aneh, bila ada seorang lelaki menolak dirinya, dia smakin merapat, ketegasan dan kesetiaan haziq memikat hati hasmida, haziq tak mampu berbuat apa2.
Hasmida: kalau betul pun awak dah kahwin, kita x boleh berkawan ke?" nama pun awak tak nak beritahu, "hasmida mencuba lagi,
Haziq: nama saya haziq. "
Hasmida: wow haziq dan hasmida. Has dan haz, macam ada jodoh kan? "
Share this novel