Ariana Hannani

True Story Completed 4978

Tanggal 29 February 1980, seorang puteri comel lahir ke dunia.
Kedua ibu bapanya telah memberikan nama ariana Hannani, ariana bermaksud (suci) manakala Hannani (kesayanganku/kecintaanku). Lengkaplah nama anak bongsu daripada 3 beradik itu sebagai kesayangan ku yang suci. Namun begitu, menjadi lumrah bagi ibu bapa untuk memberikan pet name atau nama timang timangan kepada anak mereka, anak sulung perempuan, (Ariana Sofea) di panggil kakak, yang kedua lelaki , (Arian Christopher(abang) , namun begitu untuk anak bongsu ini, mereka tidak bercadang untuk memanggilnya adik , atau baby kerana di khwatiri  bakal menimang anak yang lain di kemudian hari. Oleh itu mereka mula memanggil anak bongsu ini sebagai Nini. Pasangan suami isteri ini sangat2 dihormati di dalam  dunia perniagaan. Mereka ialah tuan Abdullah Khamri dan puan Syamim. Puan syamim bertindak sebagai pembantu peribadi suaminya kerana  dia tidak  mudah mempercayai orang lain yang bukan dari kalangan ahli keluarganya. Puan syamim disahkan menghidap penyakit  Pistanthrophobia, ini adalah satu penyakit dimana penghidapnya mengalami trauma kerana pernah dikhianati orang-orang terdekat yang disayanginya. Beberapa gejala Pistanthrophobia antara lain, selalu menghakimi orang lain, mengabaikan orang lain yang ingin bercakap atau membantu, dan tidak pernah minta bantuan siapa pun kecuali ahli keluarga atau teman2 rapat. ., akibat daripada tuntutan tugas yang sibuk,  Nini telah dihantar untuk tinggal bersama datuknya di Slim River perak seawal usia 5 tahun. , sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, tuan Abdullah dan puan syamim pasti akan pulang ke slim river untuk melawat nini supaya nini tidak terasa diabaikan.
Namun berbeza pula bagi nini, dia merasakan dirinya lebih selesa tinggal bersama datuknya dan tidak menyukai sikap ibunya yang terlalu mengongkong hidup  nini, nini tidak dibenarkan keluar untuk bermain basikal dengan kawan kawan seusianya kerana puan syamim bimbang nini akan jatuh basikal dan melukai dirinya sendiri, nini selalu berdoa agar ibu bapanya tidak pulang untuk melawatnya selalu.nini juga tidak dibenarkan untuk mempunyai haiwan peliharaan walaupun seekor kucing. Kerana bimbang haiwan itu membawa penyakit. Hiduplah nini ibarat burung di dalam sangkar, sedari kecil, nini berhasrat untuk mengembara dan menjelajah keliling dunia. Nini sangat2 meminati putera William, duke of Cambridge. Nini merasakan prince William juga mengalami nasib hidup yang sama sepertinya, iaitu hidup terkurung di dalam istana. Oleh kerana itu nini selalu membayangkan dirinya adalah repunzel dan mula menyimpan rambut panjang. Setelah 10 tahun, rambutnya kini sudah mencecah paras pinggang.
Menjelang remaja, nini mempunyai seorang kekasih yang merupakan teman sekelasnya, haziq. Haziq ialah olahragawan sekolah dan anak seorang pegawai polis di pekan slim river itu.ibu haziq ialah guru sekolah rendah. Rumah nini dan haziq juga berdekatan kerana daripada kawasan taman yang sama.
Pada hari sabtu, , sewaktu tuan Abdullah dan puan syamim sampai, haziq datang berjumpa nini untuk meminjam buku. Nini seorang yang teliti, buku notanya sangat kemas, haziq ingin meminjam buku nota nini untuk mengulangkaji, puan syamim tidak suka melihat remaja yang berkulit sawo matang itu berjumpa dengan nini,

"siapa tu," puan syamim menyoal saat keluar dari kereta.
"assalamualaikum mommy, awal mommy sampai hari ni?" nini menyoal ibunya untuk mengalihkan perhatian.
"nasib baik mommy datang awal kan. Nini tak ingat ke pesan mommy?" no puppy love. Kakak dan abang takde pun puppy love. Nini nak mommy bawa nini balik kl ke?", mendengarkan ayat ibunya nini mula  merasa risau,

"Well done mommy, since i was 5 years old until i am 15 years old now, mommy tinggalkan nini kat sini for 10 years baru nk tuntut hak sebagai ibu ke?" nini bertanya sinis.
"tuan Abdullah Khamri, looks at your daughter. Ikut perangai siapa macam ni?"

", perangai awak lah puan syamim oii. Awak tu queen of the house. Eloklah sebab nini tu princess." tuan abdullah menjawab sambil tersenyum memandang nini.
Nini membuat thumbs up di kedua 2 tangannya dan berkata berlahan, you are the best daddy.
" tapi ini bukan macam princess la daddy, ini macam mem besar,macam mama bosan tu" puan syamim masih tidak berpuas hati.
"eh, khamri dan syamim dah sampai, kenapa berborak di luar pagar  masuklah dulu, tuan haji razali menjemput anaknya khamri dan menantunya masuk ke dalam rumah, kerana hari sudah menghampiri waktu senja." kakak dengan abang x ikut? "tuan haji  razali bertanya.
" Abang ada aktiviti perkhemahan, , kakak tengah bersedia untuk final exam dia."
" kenapa abang boleh pergi berkhemah, nini takboleh pun. "soal Nini sinis.

" sebab abang tu lelaki, and you are still young. " balas Puan Syamim.
" mommy suka layan nini macam budak kecil."Rengus Nini.
Nini dah remaja lah mommy, "ariana masih tidak puas hati.

"jarang betul ayah dapat jumpa 2 orang cucu ayah tu," tuan haji razali menyatakan kerinduannya.
"hari raya nanti kami bawa mereka balik ya ayah, tuanAbdullah membalas bagi pihak isterinya.
" kalau dorang tu balik, kemudian busy menghadap telefon pintar tu, x balik pun tak apa, kamu berdua pun tak perlu balik sini selalu, ayah masih ada kudrat nak jaga nini." sindir tuan haji Razali.
" tak boleh ayah, tadi pun saya nampak ada budak lelaki di depan pintu pagar tadi.. Lepas ni saya akan lebih kerap balik. Ujar puan syamim.

" ooo itu haziq, kawan sekelas nini, dia datang pinjam buku jer, kamu pun kenal ayah dia khamri. Si rayzal tu. "tuan haji razali menerangkan.
" la anak si rayzal rupanya...rayzal tu inspector  polis  di balai polis slim ni."sahut Tuan Abdullah.

"saya x kisah, yang pasti saya x suka. Nini takde kawan yang elok sikit ke?" puan syamim bertanya pada anaknya.
"tak tahu macammana nini nak jawab, nini tinggal sini dari umur 5 tahun, kawasan perumahan ni pun nama rumah awam, mana ada anak dato, anak tan sri atau kerabat diraja disini kalau nak dibandingkan dengan sekolah di kuala Lumpur sana mommy," nini masih sinis menjawab pertanyaan ibunya. Dia selalu mendengar ibunya memjji abang dan kakaknya kerana berkawan dengan anak orang kenamaan. Ibu nya telah menetapkan ciri2 menantu yang perlu di cari oleh anak2 nya. Kadangkala nini menganggap ibunya itu bukan ibu kandungnya, nini sudah hilang rasa hormat.

"ok. Kalau mommy nak sangat, nini ajak prince William kahwinlah, untung2 dapat jadi ratu, queen Elizabeth's the3rd, ujar nini selamba menyebut nama putera sulung princess Diana dan prince Charles itu.

" anak awak perli saya, "puan syamim mengadu pada suaminya.
" dah , jom kita balik sekarang, hari nak mendung ni. Tuan Abdullah khamri cuba menghentikan perbalahan isteri dan anak bongsunya.
" dua - dua keras kepala. Tuan Abdullah meggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience