Nini dan haziq memasuki pesawat boeing 777-300
Penerbangan KL 0810 menggunakan khidmat KLM airlines dari kuala Lumpur International Airport ke Zurich International Airport.
Ini adalah Penerbangan terus ke zurich memakan masa 15 jam dan 25 minit.
Namun begitu, nini dan haziq boleh menghabiskan masa dengan menonton filem filem terkini dan blockbuster dengan kemudahan in light entertainment.
Setiap kerusi di dalam pesawat itu di lengkapi dengan panel personal tv dan headset untuk keselesaan tontonan setiap penumpang.
Penumpang juga boleh bersantai di dalan in flight lounge yang terdapat di bahagian hadapan pesawat boeing itu.
Haziq merasa teruja kerana ini adalah perjalanannya yang paling jauh. Haziq masih tak putus2 mengucapkan terima kasih kepada nini kerana hadiah kejutan yang istimewa, aksi haziq mengundang rasa bersalah di hati nini,
"kejutan dinda belum tamat lagi kanda," nini menghantar telepati di dalam hati.
Haziq dan nini, terlena kerana terlalu selesa.
Tidur mereka di kejutkan dengan laungan pengumunan dari pilot pesawat itu bahawa mereka akan mendarat tidak lama lagi.
Setelah mengambil bagasi, nini dan haziq melangkah keluar ke balai ketibaan di zurich International Airport itu, haziq dan nini menghampiri seorang lelaki separuh umur memegang name board dengan nama mr. Haziq rayzal and mrs ariana Hannani. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai mr Johnson, pemandu pelancong yang telah di upah oleh secretary tuan khamri. Mr johnson menolong membawa bagasi mereka ke kereta sedan yang telah menunggu di perkarangan Airport. Apabila berada di luar Airport, haziq menyedari ianya sudah pukul 3 petang waktu zurich. Mereka bertolak pada pukul 11.30 mlm waktu Malaysia.
Mr Johnson membawa haziq dan nini ke bandar lama zurich, dimana terletaknya hotel penginapan haziq dan nini iaitu alexander guesthouse.
Sepanjang perjalanan mereka melalui gedung membeli belah dan pelbagai jenis restaurant.
Terdapat juga satu kawasan perkampungan tradisi orang swiss sebelum memasuki bandar lama zurich itu,
Mr Johnson kenjelaskan, tempat itu di kenali sebagai lindenhof. Nini dan haziq boleh berjalan kaki dari hotel alexander ke lindenhof untuk hertemu dengan pemain2 catur yang masih bersemangat.
Haziq amat tertarik dengan seni bina rumah2 lama yang masih mengekalkan tradisi warisan orang swiss.
Terdapat juga museum-museum untuk mereka lawati.
Berhampiran dengan hotel alexander terdapat 2 pengkalan kapal yang membolehkan mereka melawat Switzerland kelalui kapal laut. Kemudahan pengangkutan awam lain yang terdapat di zurich juga mudah untuk di pilih, zurich railway central station juga berada hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel alexander
Di zurich railway central station mereka boleh mendapatkan perkhidmatan, bus, teksi dan juga tram.
Setibanya mereka berdua di hotel alexander, mereka di sambut dengan ramah oleh semua pekerja hotel,
petugas kaunter check in memberikan password untuk free wifi dan tiket percuma untuk melawat zoo zurich. Nini dan haziq juga diberitahu bahawa mereka boleh membeli tiket tram dari kaunter hotel itu. Perkhidmatan hotel yang terbaik.
Bilik mereka terletak di tingkat 3, mr johnson bersama2 pekerja hotel membantu membawa bagasi mereka ke tingkat 3.
Bilik mereka ialah bilik untuk pasangan dengan katil bersaiz queen dgn tilam ber saiz 180cm.
Bilik mereka berdua menghadap taman yang sunyi dan aman damai.
Hotel alexander ini ialah hotel keluarga dan masih diuruskan oleh keturunan mr alexander sendiri.
Share this novel