Chapter 16. Flying kiss

True Story Completed 4978

Peperiksaan sijil pelajaran Malaysia sudah bermula. Nini melangkah ke dewan Peperiksaan dengan yakin, semua masalah melibatkan hati telah tamat, dia tidak sabar untuk menanti hari bahagia bersama haziq. Nini menoleh ke seluruh dewan. Mencari wajah haziq, haziq bagaikan mendapat isyarat telepati dan pandangan mereka bertembung, seulas senyuman dilemparkan kepada nini bersama flying kiss, nini membuat gerakan menangkap ciuman terbang itu, dia mengikat dan di simpan di dalam hati, nini kemudian melastik ciuman yang sama kepada haziq. Haziq melompat sedikit dan menangkap dengan mulut. Satu kenyitan diberikan kepada tunang tercinta. Haziq menyebut dengan perlahan, "good luck dinda, i love you," nini membalas, "same to you, i love you too,"
Suara pengawas peperiksaan memberi salam menghentikan isyarat cinta 2 remaja itu. Kedua duanya mulai fokus kepada kertas peperiksaan di hadapan mereka.
"pelajar semua boleh mula menjawab," suasana menjadi sunyi sepi semerta ibarat negeri di langgar garuda.
Tempoh peperiksaan yang memakan tempoh seminggu telah tamat, selesai kertas terakhir, nini berlari mendapatkan haziq untuk berjalan pulang bersama. Nini melihat haziq bersandar di dinding, sedang berbual dengan seorang remaja perempuan yang lain, hatinya berbunga cemburu.
"kanda. Jerit nini, adelia tersentak, tidak menyangka nini sudah berdiri di belakangnya.
" jom balik, " nini menarik tangan haziq pergi dari situ.
" sabarlah dinda, kanda nk jumpa kawan2 kanda dulu, " haziq sudah memahami perasaan amarah nini,
" x puas lagi bercakap td?" nini menyembur haziq.
"itu kan adelia jer,"
"adelia jer, adelia tulah yg selalu nk duduk sebelah kanda di tadika dulu, adelia tu yg suap2 kanda mkn cendol di kedai mak yam, adelia tu kan yang kanda cerita selalu WhatsApp kanda malam2 dengan alasan nk tny kerja rumah?" satu persatu peristiwa lama dikeluarkan oleh nini. Haziq tidak mahu berlama lamaan berdiri di situ dan menjadi bahan tontonan pelajar2 lain,
" ok sayang, jom kita balik, " haziq mengalah.
" dua minggu jer lagi kanda majlis kita, kanda nk buat dinda tawar hati ke?" nini mengugut.
"kenapa, dinda ada kanda yang lain ke?" pertanyaan diajukan kepada nini semula.
"kalau dinda jawab ada, macam mana?" nini mencabar haziq.
"dinda jangan menyesal ya." haziq menggumam geram.

Nini tidak menerima sebarang panggilan dan mesej dari haziq selama seminggu. Haziq juga tidak ada di rumah. Nini tidak tahu, kemana menghilangnya haziq, mama dan papa haziq juga mengunci mulut mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience