Rate

BAB 3

Romance Series 3568

Novel ditutup kasar dan dicampak ke arah meja belajar yang berdekatan katil yang didudukinya. Bosan! Satu keluhan terlepas dari bibir Athifa. Kenapalah dia balik? Dah la tak ada roomate. Housemate pula masing- masing ada kelas.

Kaki ditarik rapat ke dada. Muka di sembamkan di atas lutut. Inilah yang harus dia terima setiap kali putus cinta. Cacian dan segala jenis penghinaan dari rakan sekuliahnya. Siapa kata semua orang yang ada rupa paras yang menawan mempunyai ramai kawan? Hakikatnya dia tiada rakan.

Nazirah seorang sahaja yang mahu mendekatinya sedangkan semua orang meminggirkan dia. Mujur juga housematenya daripada kalangan senior yang baik- baik. Entahlah kenapa dia dicampakkan di dalam satu rumah dengan senior senior ini. Kemungkinan tiada bilik lain. Husnuzon! Tinggallah dia si junior bersama senior senior yang sentiasa sibuk memanjang.

Mungkin Ada hikmahnya dia tinggal satu rumah dengan seniornya. Mereka baik. Mungkin sebab mereka jarang ada di rumah kerana terlalu banyak aktiviti yang mereka terlibat.   Dan dia tidak pernah dimarahi oleh seniornya malah di layan dengan baik seperti nazirah melayannya.

Kesimpulannya mereka tidak seperti orang lain di universiti ini yang sering memandangnya dengan penuh kebencian.Malah seringkali di lemparkan tuduhan 'seorang perempuan perampas'.

Siapa tak sakit hati? Semua orang tidak suka jika digelar perampas. Dia pun tidak tahu apa silapnya. Bukan dia minta untuk mempunyai rupa paras yang menawan. Kalau boleh dia mahukan rupa paras yang biasa kalau itu yang membuatkan semua rakan rakannya tidak membencinya.

"Thifa. Ibu sayang thifa, anak ibu ni. Thifa anak yang baik dan solehah. Ibu harap thifa tak kecil hati dengan apa yang ibu cakap ni ye sayang. Ibu tak ada niat nak buat Thifa sedih. Anak ibu dah besar. Athifa sepatutnya faham apa yang ibu rasa. Hidup kita ada pasang surutnya sayang. Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita sedih.nak gembira kita kena berani tempuhi kesedihan itu. Mungkin ada hikmah disebalik kesedihan yang kita tempuhi. Dan mungkin juga akan datang bahagia yang kita tidak jangka disebalik apa yang terjadi. Jadi, kita ni cuma perlu kuatkan diri untuk tempuhi hidup kita dengan sempurna. Thifa kena jadi anak yang kuat untuk ibu dan ayah. Jangan terlalu ikutkan hati. Tiada siapa boleh lari dari masalah sayang.

Semua orang nakkan hidup yang baik tanpa ada cacat celanya. Tapi kalau ini la takdir yang kita kena tempuhi, reda dengan ketentuannya adalah jalan yang terbaik. Ikhlaskan hati untuk terima jalan yang telah ditakdirkan untuk kita. Ingat! Allah takkan bagi ujian jika hambanya tidak mampu. Sebab kita mampu. Allah beri. Jangan mengeluh sayang. Sebab thifa dah besar dan boleh berfikirlah ibu nak thifa fikir kenapa ibu buat macam ni"

Perlahan nafas dilepaskan. Kata-kata ibu amat kukuh terlekat dihati. Masalah tidak habis- habis menimpa dirinya. Mana mungkin dia lupakan kata-kata ibunya yang satu itu. Itu satu-satunya kata kata yang menjadi penguat semangatnya walaupun hakikatnya terselit kisah duka disebalik kata-kata itu. Ya!  Ibu betul!  Dia perlu tabah! Punggung diangkat dari tilam. Jaket dan tudung sarung dicapai lalu kaki melangkah ke arah pintu bilik.

*****

"Jom mama angkatkan beg dilla. Abang Is kan tak boleh naik. Kamu jangan nak mengada sangat eh" keras amaran Puan Saimah kepada anak perempuannya yang manja itu.

Bibir Adilla dicebikkan. Alahai kalau dah namanya Adilla siapa tak kenal dengan sifat manja yang terlampaunya itu.

"Ala mama ni. Dilla tau la. Abang Is jangan pergi mana mana tau! Nanti kita pergi makan dulu sebelum mama dengan Abang Is balik!"

"Ye abang tunggu. Cepat sikit, abang nak jumpa member abang kejap lagi" Iskandar bersuara melihat adilla yang gigih menggangkat bagasinya.

"Hisy beratlah! Kenapalah abang tak boleh naik! Kalau abang boleh naik kan senang dilla suruh abang je angkat bawa ke bilik! Menyampah betul!" Perlahan Adilla menggumam tidak puas hati.Bagasi ditendang sedikit sebelum menarik pemegang bagasi.

Puan Saimah menggelengkan kepalanya perlahan mendengar kata kata anak perempuannya itu. "Kamu ni dilla. Abang tu kan lelaki. Takkan la dia nak naik atas. Fikirlah sikit. Ni kan kolej perempuan. Dah jangan banyak bunyi. Jom naik! cepat hantar beg cepat boleh turun makan dengan kami!"

Adilla menayangkan muka tidak puas hatinya melihat Iskandar tertawa apabila dia dimarahi Puan Saimah. 'Tak guna punya abang! Bukan nak back up adik sendiri! Menyampah!' Iskandar dijeling sebelum kaki cepat melangkah untuk pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience