Rate

Bab 2

Romance Series 3564

Perlahan kaki dibawa melangkah ke arah bangku berdekatan dengannya di taman berdekatan kolejnya. Plastik ais krim yang baru dibeli tadi dikoyak dan dimasukkan di dalam mulut.

"Athifa!"

Tersedak athifa yang sedang menikmati aiskrim tadi. Laju sahaja tangan diangkat ingin memukul perempuan yang menyergahnya sebentar tadi.

"Ala thifa janganlah marah. I minta maaf ok? I nak tanya sikit ni. Boleh?" Cepat sahaja tangan Nazirah mencapai tangan Athifa menghalang perbuatannya.

Senyum diukir memandang Nazirah yang selalu menganggu hidupnya. Tapi dia selesa.  Nazirahlah salah seorang yang berani menegurnya. Dia tahu ramai perempuan di kolejnya tidak suka kerana ramai lelaki terpikat dengan dia. Bukan nak bangga tapi itu hakikatnya. Mungkin paras rupa yang menawan ditambah lagi dengan hati yang lembut membuatkan dia senang dibuli perasaannya oleh seseorang yang dinamakan lelaki.

"Ya nak tanya apa? Tanya je lah.. pelik tau. Selama ni you main aci redah je nak tanya I. Tak pernah minta izin. Tetiba hari ni terbuka hati nak minta izin." Tawa perlahan dilepaskan.

"You ni kan! Lain kali I tak nak minta izin langsung karang baru tau.."

"Memang you tak pernah minta izin pun" cepat sahaja athifa membalas kata kata Nazirah.

Mahu terburai tawa Athifa melihat muka cemberut Nazirah. Aduhai comelnya.

"Hisy! Ni yang malas ni! Ok la I straight to the point ok? Macam mana keadaan you lepas seminggu putus dengan Hairi? Menangis tak? Apa rasanya?"

Terdiam Athifa mendengar pertanyaan Nazirah lantas senyum tipis diberikan.

"Macam biasa la I ok je. Buat ape berharap dekat orang yang dah tak sayang kita bukan? Dia ada life dia sendiri, macam tu juga I. Dia nak cari kebahagiaan dia. Mungkin I bukan yang terbaik untuk dia. Mungkin ada lagi baik dari I di luar sana. Jadi I redha. Jujur I cakap I  sedih. Ye la siapa je yang tak sedihkan? Ni kali keberapa I putus. Tapi bagi I walau macam mana pun kita kena teruskan kehidupan. I dah lalui lebih dari putus cinta jadi I tak kesah. Bagi persoalan you yang I ni menangis atau tidak. I nak tegaskan disini yang I tidak menangis. Kalau I menangis mungkin sebab lain. I takkan habiskan air mata I dengan orang tidak ada kena mengena dengan hidup I kecuali sahabat dan orang yang I dah anggap sebahagian dari hidup I" panjang Athifa menerangkan apa yang ingin Nazirah tahu. Dia harap Nazirah tidak lagi bertanyakan soalan yang sama lagi.

"Ouh.. jadi You tidak akan pernah serik walaupun you dipermainkan berkali kali? Langsung tiada penyesalan ke di hati you?" Bulat mata Nazirah bertanya. Gelengan dibalas lalu senyum manis terukir dibibir.

"Tabahnya seorang perempuan. Kuatnya seorang perempuan. Bukan kerana lelaki. Ia kerana dirinya sendiri. Kita tak boleh la terus bergantung harap dekat orang yang sama. Mana tau ada hikmah disebalik ini semua terjadi" cepat sahaja athifa menghalakan mukanya ke arah lain. Entah mengapa bila dia mengucapkan ayat terakhir itu air matanya cepat sahaja ingin mengalir. Mungkin orang lain nampak dia menangis sebab lelaki tetapi tidak! Ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan.

Dengan tangkas air mata disapu apabila dia sedar dirinya diperhatikan oleh seorang lelaki yang berada dekat dengan mereka. Dia tahu lelaki itu sudah pun mendengar perbualan mereka. Rasa malu mulai menerjah dirinya.

*****

"Mummy!! Cepatlah" gesa Adilla apabila melihat Puan Saimah masih lagi berada di dalam biliknya.

"Kejaplah sayang,Mummy nak pakai tudung ni" kelam kabut Puan Saimah menyarung tudung bawal chiffon ke kepalanya. selesai bersiap terus kakinya di bawa ke arah ruang tamu dimana Adilla menunggu.

"Mummy ni lambatlah. Abang pun satu, hari tu kata nak hantar tapi tak jadi pula, geram betul, girlfriend dia lagi penting daripada dilla ni agaknya"

"apa lagi yang dilla bebel tu, mummy dah siapkan? jom la. mummykan boleh teman dilla, biarlah abang dilla tu. bukan selalu nampak abang dilla keluar" pantas Puan Saimah memintas apabila Adilla sudah mula berprasangka buruk. Anaknya yang sorang ni memang langsung tidak matang.

"Siapa kata adik abang ni tak penting?"

Adilla mengangkat muka apabila terdengar sahaja suara yang amat dikenalinya itu. "Abang!! Abang tipu Dilla eh? Abang kata nak jumpa girlfriend Abang. Abang ni tak baik tau!"

"Masa bila pula abang tipu? Abang tak tipu la. Ni ha depan abang ni ha girlfriend abang" berdekah dekah tawa Iskandar melihat muka adik kesayangannya. Alahai adik dia yang sorang ni, suka sangat fikir yang bukan bukan.

"Mummy!! tengok abang Is ni!!"

"Dah la tu. kamu ni suka sangat menyakat Adilla tu kenapa Iskandar? tu pergi angkat beg adik kamu tu masuk dalam kereta. tadi ada orang tu bising dekat mama kata dah lambat tapi dia pula yang lambat." perli Puan Saimah melihat Anak perempuannya yang sorang itu menghentak hentakkan kakinya merajuk.

"saja je mummy. Is suka tengok dia merajuk" Beg yang berada di depan pintu diangkat. Beratnya! Adik aku ni nak pindah terus ke apa ni? Iskandar menggelengkan kepalanya melihat Adilla yang selamba membuka pintu kereta dan membiarkan dia seorang yang mengangkat bengnya yang berat itu. Bertuah punya adik! Beg diangkat ke arah kereta. kereta menderum laju diatas jalan raya selesai sahaja mengangkat semua barang.

*****

"Pewitt, weyh Athifa weyh!" Semua mata memandang ke arah Athifa tidak kira lelaki atau perempuan apabila melihat gadis itu berjalan memasuki dewan kuliah. Athifa hanya menundukkan kepalanya sepanjang berada di dalam kelas tersebut. bukan dia tidak dengar suara gadis gadis di kelasnya itu yang mengumpat mengenainya.

"Hai Thifa, jom couple dengan I. You dah putus dengan Hairi kan? apa kata you bagi I peluang pula untuk membahagiakan you. Hairi tu bodoh! perempuan secantik you dilepaskan. I janji takkan buat you kecewa kalau you sanggup terima I" 

Athifa menghela nafas perlahan mendengar siulan nakal rakan rakanya. mata diangkat memandang Azri yang tidak habis habis mengacau dirinya. membulat mata Athifa apabila melihat Fayyadh yang berada di belakang Azri. mulutnya diherot ke kiri tersenyum sinis.

"Dasar perempuan murah. Semua lelaki nak dikebas. Kalau boleh satu kelas ni kau nak" selamba Fayyadh berjalan dan duduk di belakang Athifa. Pantas Athifa memalingkan kepalanya ke belakang memandang Fayyadh.

"mulut tu baik sikit. Kalau you tak tahu apa apa jangan main tuduh yang bukan bukan. I bukan perempuan murah seperti apa yang you baru katakan sebentar tadi. I tak tahu apa you punya masalah, dah lama I perhati yang you ni asyik tak puas hati dengan I since first day I masuk. I tak pernah berkenalan dengan you, ambil tahu pasal you, malah meluahkan ketidakpuasan hati I terhadap you because we are nothing. Kita tak pernah ingin mengenali satu sama lain dan kenapa I perlu sakit hati dengan you? Sama juga macam you, kenapa perlu sakit hati dengan I? I tak faham mana point dia untuk you benci I. Perangai I? Apa yang salah perangai I? I ada kacau you? Ok, I minta maaf kalau perangai I buat you menyampah tapi please hormat I sebagai classmate you macam mana I hormat you sebagai classmate I!"

Pantas Athifa bangun dari duduknya dan mengangkat beg keluar dari dewan kuliah. Tiada hati ingin belajar pada hari ini. Athifa sedar mata mata yang memandangnya tajam sewaktu dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada jejaka idaman malaya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience