Rate

Bab 1

Romance Series 3568

"Kita putus! You cantik tapi you bukan ciri ciri yang I nak. I dah jumpa perempuan yang sesuai dengan I" tenang Hairi mengeluarkan kata-kata. Matanya tidak lepas dari memandang mata Athifa yang tidak beriak mukanya. Huh! Dasar perempuan tak ada perasaan.

"Sure?" hanya sepatah kata yang keluar dari mulut Athifa. Anggukan dibalas.

Athifa bangun lalu senyuman manis diberikan kepada Hairi "Ok fine. Thank you sebab pernah gembirakan I selama kita bercinta. I minta maaf jika I pernah tersakitkan hati you or anything else." pantas dia meninggalkan Hairi seorang diri.

Kakinya berjalan tanpa hala tuju. Hatinya kini langsung tidak dapat diungkapkan. Dia menahan teksi dan memberitahu tempat yang ingin dia pergi. Dia mengeluh perlahan. Ayat tadi. Ungkapan yang sering diungkap dari mulutnya selepas putus dengan mana mana lelaki.

Seusai sahaja teksi berhenti, beberapa keping duit dihulurkan kepada pemandu teksi tersebut. Perlahan kakinya melangkah menuju ke pantai. Tiupan anginnya mendamaikan hatinya yang sedang bergelora.

Matanya menangkap aksi sebuah keluarga yang sedang berkelah. Hatinya sayu. Macam manalah keadaan keluarganya. Apa khabar mereka semua. Masih ingat lagikah mereka kepadanya atau sudah membuangnya terus dari hidup mereka.

Telefon bimbit dikeluarkan daripada beg silangnya. Aksi mereka sekeluarga di rakam tanpa pengetahuan mereka. Seorang perempuan di cempung oleh lelaki yang sangat kacak. Mungkin isteri kepada lelaki itu. Ada juga pak cik dan mak cik yang tertawa gembira melihat perangai anak menantu mereka. Keluarga itu terlalu bahagia. Rasa cemburu menyerang hati Athifa. Dia inginkan kehidupan seperti mereka. Rakaman dihentikan apabila melihat mereka sekeluarga yang sedang berkemas untuk pulang. Tidak sedar sudah lama dia memerhatikan mereka sekeluarga.

Dengan perlahan Athifa menapak ke arah gigi pantai. Sesekali kakinya disapa air. Muka didongak memandang langit. Bilakah aku boleh gembira macam orang lain? Aku inginkan kehidupan yang boleh membuatkan aku gembira. Senyum tipis diukir apabila sedar air mata mulai mengalir dipipi. Perlahan air mata disapu. Tanpa sedar dia diperhati seseorang dia terus berjalan menjauhi pantai itu dan duduk di atas satu buaian yang berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience