Rate

BAB 4

Romance Series 3568

"Hai sweetie nak order apa? hari ni abang am belanja" senyuman manis diberikan kepada Athifa. melihat muka mendung wanita itu buatkan dia simpati. Kerana rupa paras yang menawan dan mampu memikat hati semua lelaki, wanita ini sering dibuli oleh pelajar di kolejnya kerana dengki yang tidak pernah habis. malahan dia sendiri terpikat dengan kecantikan athifa ditambah pula dengan hati yang baik wanita itu membuatkan dia lagi terpikat dengan wanita itu.

"abang am ni.. tak payah la susah susah.. Thifa boleh bayar sendiri, abang am simpan je duit abang am untuk hantaran kahwin abang am dengan pilihan hati abang am.. Thifa nak order Roti bakar dengan jus epal tau" senyuman diberikan kepada pelayan lelaki yang dipanggil abang am.

"siapalah nak abang am ni. kerja waiter je.. ada ke perempuan yang nak? Thifa tak nak abang ke? kalau thifa nak tak apa lah" perlahan badan dipusingkan selepas menyakat perempuan cantik itu.

tawa kecil dilepaskan sejurus sahaja mendengar jawapan lelaki itu. mata mengikut gerak geri abang am yang berjalan ke arah ruangan dapur cafe. haih ada sahaja la lelaki itu mahu menyakatnya.. kepala digeleng perlahan

"tengok tu baru lepas putus dah cari lain dasar perempuan murahan. Dia ingat dengan rupa paras dia tu boleh beli hati semua lelaki ke. haih perempuan tak sedar diri ni"

Athifa memberikan senyuman kecil kepada dua orang wanita yang baru sahaja mengumpat dirinya secara terang terangan sebelum kedua wanita itu memberikan jelingan tajam kepadanya. kepala ditunduk sedikit menahan sebak di hati. dugaan yang perlu dia tanggung untuk menjadi wanita yang kuat dan tabah. Dia kini tiada tempat bergantung, jadi dia kena sentiasa kuat. senyuman diberikan sedikit kepada pelayan yang menghantar makanan sebelum tangannya mencapai roti bakar dan menyuapkan kedalam mulut perlahan-lahan.


******
beg ditarik masuk ke bilik hujung. usai sahaja kaki melangkah ke dalam bilik mata terpandang 2 katil. satu katil sudah terkemas seperti ada penghuninya dan lagi satu katil masih berbalut tilamnya.

'hmm ni mesti katil aq' gumam Adilla perlahan sebelum meletakkan bagasinya di tepi katil yang berbalut plastik. mata melilau melihat sekeliling bilik

"keciknyer bilik ni mama.. bilik dilla lagi besar.. boleh ke dilla tidur dengan lena ni?" Rungut Adilla sebelum kakinya melangkah ke arah tingkap. Adilla menarik senyum lebar apabila sedar biliknya menghadap cafe.

Puan saimah menjeling tajam anak perempuannya sebelum membidas kata kata Adilla "ok la ni untuk kamu belajar, tak ada lah kecik sangat pon.. cuba belajar bersyukur"

"ye la ye la.. ma! sini kejap" Bersungguh sungguh Adilla memanggil Puan Saimah agar mendekatinya. berkerut dahi Puan Saimah sebelum mendekati anaknya itu. apa sahaja la yang menarik perhatian anaknya itu.

"cuba ma tengok tu. abang Is pergi mana mana pon bawa laptop dia. tak habis habis dengan kerja dia tu. menyampah tau" dengusan kecil dilepaskan melihat kelibat abang kesayangannya itu di cafe. Puan saimah menggeleng perlahan melihat anak terunanya yang sedang makan sambil membuat kerja.

"Biar la abang kamu tu kerja dia berlambak. Nak kena ambil cuti untuk hantar kamu lagi bertambah kerja dia. Dah cepat kemas lepastu turun makan dengan abang" Puan Saimah bergerak ke katil anaknya lalu mencabut plastik yg membalut tilam sebelum menggantikannya dengan cadar berwarna biru cair.

Adilla mencebik. Kakinya masih terpaku di tepi tingkap melihat katil lagi satu. Cantik. perlahan kaki bergerak ke meja belajar rakan sebiliknya. Kemas. nota ditampal dengan rapi di atas board yang disediakan. Bilik pun harum semerbak! Agaknya siapalah roommate dia. Pandai betul menjaga kebersihan bilik. Ting dapat 5 bintang untuk kebersihan bilik. Senyum lebar dikoyak.

"Dah apa yang dilla termenung? tersenyun senyum pandang katil orang. jom turun mama dah siap kemas katil dilla tu. nanti mama balik dilla kemas almari dilla pulak. jangan sepah sepah. kat sini tak ada bibik. malu sikit dengan roommate kamu. bersih je bilik dia jaga. cuba dilla belajar berdikari" bebel Puan Saimah sebelum melangkah meninggalkan Adilla.

"Iye la dilla tau la. Ma! tunggu la Dilla!" kaki dihentak di atas lantai sebelum mengejar langkah Puan Saimah. Ye dia anak yang manja. kerana Adilla anak bongsu dia sering dimanjakan oleh mama dan papanya. tak lupa juga abang kesayangannya yang sentiasa mengikut kehendak dia. Tapi dalam kasih sayang yang diberi masih terselit sikap tegas di dalam diri 3 insan kesayangan itu. Bagi Adilla, Tegas kerana sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience