Seorang figura masuk perkarangan Akademik. Dia memandang sekeliling. Tangannya naik mengaru dahinya yang tidak gatal.
"Aku salah jalan ke nie?" Dia menyoal sendiri.
Sedang sibuk mencari jalan tiba tiba dia melanggar seseorang. Dia mendecit geram. Tanpa aba aba dia terus menengkingnya.
"Woii!! mata letak mata?! tak nampak orang tengah jalan?!"
Tanpa membalas apa apa dia terus melangkah pergi. Dia mendengus geram.
'Bengaplah kau nie kan baik kalau kau tanya minah tadi taklah kau sesat macam nie' Dia mengomel dalam hati.
'Akademik nie pun satu besar sangat dah kenapa'
Dia berpatah balik lalu mengejar langkah perempuan tadi.
DIA melepas nafas lega. Dia berjalan dan mula mencari kelasnya. Tanpa sedar dia melanggar seseorang. Dia mengangkat wajah melihat orang dihadapannya.
"Lahh! engkau lagi? kau nie memang suka langgar orang pastu tak reti nak minta maaf?" Dia menjeling orang tersebut.
"Kau pelajar baru eh?"
"Haah asal nak gaduh?"
"Peraturan kat akademik nie pelajar baru kena ikuti perlawanan" Dia mengerut dahi.
"Aik! pengetua tak cakap pun tadi"
Si gadis mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia memandang si jejaka dengan datar.
"Selesaikan perkara nie di arena atau benda kita anggap settel?"
"Baikk! bila dan dimana?"
"Esok. Depan akademik"
"Tapi sebelum tu boleh tak tunjukkan aku jalan nak pergi kelas. Aku tengah sesat nie"
"Jalan lurus then belok kiri"
"Wahh terima kasihh" Dia jalan melepasi si gadis. Si gadis memandangnya sampai bayangannya hilang.
"Pelik pelik manusia zaman sekarang"
**********
"Heii Ruby!! Ada dengar ada budak cari masalah dengan kau betul ke?" Soal Kayra. Dia memandang wajah datar Ruby.
"Hmm"
"Then apa jadi?"
"Macam biasa. Arena" Ruby menyandarkan kepalanya dibahu Andra. Andra menoleh sekilas.
Kayra menepuk bahu Ruby perlahan. Ruby berpaling kearahnya. Alis kanan diangkat.
"Aku nak tanya boleh ?"
"Hmm ?"
"Ardella tu siapa eh ? asal macam semua orang takut dengan dia ?" Pertanyaan Kayra membuatnya tersentak. Pelajar berdekatan mereka tiba tiba meninggalkan mereka disitu.
"Lahh ?" Aihara menatap mereka bingung
"Dia adalah Dewi Perang. Dia sangat kuat. Tapi dia dah takde" Ruby tersenyum kelat.
"Kenapa?"
"Dia marah dan berdendam dengan someone sebab pergunakan dia hanya untuk kepentingan mereka sahaja. "
"Then kau nie siapa bagi dia ?"
"Aku ?"
Ruby berdiri sebelum melangkah pergi. Dia berhenti sebelum menyambung kembali langkahnya.
"Aku kawan baik dia "
BERSAMBUNG.....
Share this novel