BAB 11

Fantasy Series 3161

"Aku pelik dengan pengetua" Kata Damien yang diam sejak tadi. Semua mata memandang Damien.

"Asal kau cakap macam tu?"

"Yelah wei , selama nie elok je pengetua healer anak orang tak perlu pun mamat gila tu. Tapi tadi tup tup pengetua bawa dia. Korang tak pelik ke?"

Mereka diam. Cuba menghadam Kata-kata Damien.

"Lagi satu , kita cuma perlu hentikan Andra bukan nak bunuh dia. Korang tahu kan Kuku Besi Neraka tu untuk hukuman tapi kenapa buat kat Andra? Sedang Andra manusia biasa je" Sambung Damien

"Kenapa kau yakin sangat Andra tu manusia biasa? Aura yang ada pada dia bukan aura manusia biasa" Balas Fiona

"Aku tak sure tapi aku yakin dia manusia biasa dan bukan Ardella" Pandangan Xavier beralih kearah Damien

"Asal ka-"

"Cara kau pandang Andra pun dah cukup buktikan yang kau anggap dia Ardella bukan Andra. INGAT!! Xavier siapa yang buat dia macam tu kalau bukan kau?" Potong Damien

"Tapi ak-"

"Siapa yang buat dia hancurkan tiang hayat dia sendiri kalau bukan kau? Kau boleh tipu semua orang tapi bukn aku. Kalau Ardella hidup sekalipun dia takkan maafkan kaulah wei" Nada Damien sedikit meninggi.

Xavier meraup kasar wajahnya. Dia memandang wajah mendung Damien. Fiona dan Davian hanya diam menikus memerhati pertelingkahan mereka.

'I'm sorry'

"Kau boleh jumpa Ruby kalau kau nak tahu pasal Ardella" Nada Damien berubah biasa

"Nak ke Ruby jumpa aku?"

Damien mengangkat bahu.

"Tak cuba tak tahu"

*********
Andra memandang tepi tingkap. Hujan renyai-renyai mula membasahi kota bumi. Xavier dan yang lain hanya menjadi pemerhati.

"Aku nak pergi" Kata Andra tiba-tiba

"Kau kan sakit lagi sedar lah diri sikit"

Andra mula memandang mereka tajam. Fiona mencuit bahu Davian menyuruhnya diam.

"What? Betul apa? Dah sakit buat cara sakit nie tak nak menyusahkan orang juga" Davian menjeling Andra. Menyampah melihat wajah dingin itu.

Andra mengengam kedua tangannya. Menahan bara api dari meledak.

"Dahlah wei! Jangan nak keruhkan keadaan" Ujar Xavier dingin

"Aku cuba cakap cara baik"

"Asal? Kau nak gaduh ke? Mehlah setakat perempuan macam kau nie bawah tapak kaki aku jelah!" Balas Davian sinis.

Kata-kata davian seperti mengundang di lembah kematian. Suasana rumah mereka menjadi dingin dan tegang. Ketegangan Andra membuat mereka meremang. Davian yang tadinya sinis menjadi cuak.

"Sabar aku had!!"

Mata helangnya memandang Davian tajam. berketar lutut Davian membalas pandangan itu.

"Kita pergi minggu depan. oky? "

Suasana kembali seperti asal. Mereka menghembus nafas lega.

"Oky"

*******
Davian dan Xavier mundar mandir di ruang tamu. Damien santai menonton televisyen manakala Fiona sibuk membaca novel.

"GUYS!! korang dah gila nak masuk hutan bahaya tu? Aku tak nak mati awal lah wei!!" Protes Davian

"Dah tu mati jelah , Takde siapa pun nak kat kau yang buaya nie" Jawab Damien selamba.

"Tak! itu bukan masalahnya! Hutan tu bahaya! B.A.H.A.Y.A ! Faham tak?!"

"Dah tu kau nak tinggal mana kalau rumah nie hancur? bawah jambatan? fikir lah sikit perasaan orang Vian. Jangan nak ikut sangat kepala kau tu. Tak semua benda yang kau tu nampak betul. Betul juga kata Andra tu , takkan kau nak tengok sabahat dia mati sia-sia. Fed up lah cakap dengan orang macam kau" Damien terus pergi selepas berkata. Tak guna bertekak dengan orang yang selalu rasa diri tu betul.

Fiona juga berlalu pergi. Davian meraup kasar wajahnya.

'Salah aku ke?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience