Mereka mula melangkah kedalam Dark Forest. Suasana sungguh gelap. Mereka semua harus peka dengan keadaan sekeliling.
"Gelapnya wei" Ucap Fiona kagum.
Mereka berjalan dengan berhati hati. Setiap gerakan diperhati kerana Dark Forest bukan calang calang hutan seperti hutan yang mereka lalui. Tumbuhan di sini juga semuanya mati dan layu.
BUK!
"Aduh! bala apa pula kali nie!"
Laju mereka mengeluarkan senjat masing masing. Xavier dan yang lain juga peka dengan dengan keadaan. Andra cuma diam. Mereka mula bergerak perlahan lahan.
"Jangan bergerak!" Ruby tangkas mengelak serangan bayangan hitam itu. Nampaknya apa yang mereka baca dari buka hanya khabar angin semata mata.
Pelbagai cara mereka lakukan untuk mengelak dan menyerang bayangan hitam tersebut namun semakin lama semakin banyak bayangan hitam yang keluar. Sepanjang bertarung Ruby dan Xavier dalam diam memerhatikan cara Andra bertarung. Ruby tersenyum dalam diam.
'Kau masih sama'
Xavier terdiam terkaku. Cara Andra bertarung mirip dengan seseorang. Seketika dia terleka tanpa sedar bayanganh hitam tersebut menghampirinya dan menyerang. Dia mengerang kesakitan. Dia bangkit lalu menyerang balas bayangan hitam tersebut.
Serangan bayangan hitam semakin berkurangan. Ruby segera mengeluarkan element cahaya. Kini Dark Forest kembali cerah. Tumbuhan hitam mula tumbuh.
"Guys! let's go kita dah nak dekat"
**********
"Ruby lama lagi ke?! Aku dah letihlah!" Davian menjerit lantang sehingga burung diatas dahan berlarian. Ruby menjeling tajam.
"Kau nie kan dari mula kita sampai sini mulut kau asyik memekak je! Kau ingat kau seorang je letih?!" Dingin suara Ruby. Aura negetif mula keluar dari tubuhnya.
Entah mengapa Andra tiba tiba rebah. Xavier menyambut tubuh kecil itu. Andra menolak tubuh sasanya.
"Tepilah!"
Ruby memapah tubuh lemah itu. Andra tidak membantah. Fiona yang ingin mendekatinya di tatapan tajam membuat Fiona mematikan niatnya membantu Andra.
"Asal nie?"
"Cepat kita dah nak dekat"
Mereka meneruskan lagi perjalanan mereka. Tidak lama kemudian , mereka tiba di satu kawasan yang agak luas dan mempunyai bukit yang agak tinggi.
"Kita dah sampai"
"So apa nak buat sekarang?"
"Sekarang kita tunggu"
3 JAM KEMUDIAN
"Woii! bangun" Ruby mengejutkan mereka semua. Davian masih melanjutkan tidurnya. Tidak memperdulikan yang lain. Yang penting sekarang dirinya sangat penat.
"Eh! Tasik tu dah keluarlah!"
"Uhuk! uhukk!"
Ruby mengambil satu gelas lalu mengisinya. Kemudian disimpan didalam beg. Satu gelas lagi diambil kemudian dihulurkan kepada Andra. Andra menyambutnya lalu meminumnya. Tidak lama kemudian , tenaganya kembali seperti biasa.
"Mari balik tugas kita dah settel" Ruby portal lalu masuk kedalamnya. Kini mereka kembali di tempat mereka berada iaitu depan halaman rumah.
"Cepat! Mereka dah nazak!"
Lantas Andra berlari masuk ke dalam rumah. Pintu rumah itu ditendang sahaja. Dia segera mendekati kedua sahabatnya. Bekas yang diisi oleh Ruby dikeluarkan lalu membantu mereka meminumnya.
"Aikk? Kenapa takde berubahan pun?" Ujar Damien hairan.
"Kita dah terlambat kot. Maybe dorang dah mati"? Jawab Davian selamba.
Tidak lama kemudian , jari jemari mereka mula bergerak. Dahi mula berkerut kerut. Xavier dan yang lain menghela nafas lega kecuali Davian. Dia mendengus geram.
'Asal tak mati jer ! hidup pun menyusahkan orang!'
Tanpa dia sedar Andra mendengar suara hatinya. Dia maju mendekatinya Davian. Dia mencekik leher Davian. Davian dan yang lain terkejut.
"Yahh! Kau pahal?!"
"Patutnya yang tanya tu aku , kau tu pahal?" Kata Ruby. Davian mendecit geram. Lupa yang Ruby mampu membaca suara hati orang.
"Don't touch them or--"
Andra mendekakan bibirnya ke telinga Davian.
"You'll die!" Amaran keras di beri. Tubuh Davian ditolak.
BERSAMBUNG....
Share this novel