BAB 5

Drama Completed 310

Suatu hari yang mendung sedang aku menatap komputer riba di dalam kamar, mama menghulur sepucuk surat bersampul ungu. Wangi baunya. Mataku meliar mencari maklumat pengirim saat sampulnya terbuka.

"Jemputan Perkahwinan Layla dengan pasangannya."

Cinta hatiku bakal berkahwin. Secara automatik meluputkan langsung peluangku untuk menawan hatinya semula. Lihatlah lelaki ini... sehingga hujung waktu begini masih mengharap 'cinta monyet'nya diterjemah menjadi cinta abadi. Diluar hujan yang tadinya renyai semakin lebat turunnya membasahi bumi. Tanpa dapat ditahan, air mata lelakiku tumpah lagi.

Aku berdoa biarlah air mata ini yang terakhir untuk Layla !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience