BAB 4

Drama Completed 310

Berderai-derai air mataku membasahi bumi. Kau masih terlalu ku sayangi, Layla ! Terlalu! Sehingga aku tidak mampu lagi mendengar tangisanmu... Aku lelaki yang tegar tetapi tewas dengan air mata bekas kekasih.

Dari hari ini aku belajar membencimu lagi untuk kesekian kalinya. Tetapi aku pasti, api benci itu tidak ada untuk kau wahai wanita bernama Layla . Kerana... kau telah abadi menjadi nyawa dan nafas yang membangkitkan perjalanan hidupku.

Aku telah bekerja di sebuah syarikat penerbitan akhbar cawangan Sabah sebagai 'part timer'. Daripada menghabiskan masa menanti kerja tak kunjung tiba, lebih baik ku rebut semua peluang yang datang. Aku makin ligat menghasilkan karya samada cerpen, novel atau kritikan politik semasa untuk menajamkan lagi kemahiran bahasaku.

Pada ketika ini aku berkenalan dengan seorang gadis yang juga berkecimpung di dalam bidang penulisan. Kami berkenalan secara maya dan tidak pernah bertemu sehingga kini. Walau tidak mengenalinya di alam nyata, tetapi aku dapat rasakan semangat dan auranya sama seperti Layla . Ah! Nama itu lagi yang melatari bibit-bibit percintaan kami. Padanya aku berterus terang. Tanpa segan atau rasa bersalah aku menyatakan harapan sekiranya aku dapat tawan hati Layla semula. Kejam kah aku! Memberikan ruang cinta terbuka kemudiannya meracuni dengan kenangan silamku sendiri? Aku keliru...

"I faham apa yang you lalui, Azmad . Berikan masa pada diri you untuk melupakan itu semua. Lambat laun kau akan terbiasa..." begitu lembut tutur katanya.

Sayla seorang penyabar dan pendengar yang setia. Tuhan masih mengurniakan aku seorang wanita yang berhati mulia walhal kaum tersebut seringkali aku lukai hati mereka.

"I tak tahu berapa tahun lagi harus I lalui untuk lupakan Layla . Selagi masih bernafas, selagi itu I rasa dia menghuni lubuk hati I yang paling dalam. Sudah hampir enam tahun, Yati..." aku berterus terang.

Setiap kali aku berkongsi masa silamku dengan Sayla , dengan sabar gadis Pahang itu sentiasa memberikan perangsang untuk aku melupakan Layla . Bak katanya; Barang yang lepas jangan dikenang, dah menjadi hak orang lain. Aku mengiyakan apa yang diperkatakannya tetapi ia cuma sementara. Akhirnya, di sepertiga malam aku mengadu pada yang Esa. Berdoa untuk melupakan Layla .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience