Bab 33 - Buang

Horror & Thriller Completed 14391

?BAB 33

BUANG

"Syukri, buang ajelah dia dekat sini." Faisya menyatakan pandangannya. Lagipun, jalan yang sedang mereka lalui itu sangat berisiko untuk menghadapi kemalangan.

"Sure. Syukri tak kesah pun. Asalkan dapat buang mayat busuk ni." Syukri memberhentikan keretanya di pinggir jalan. Dia mengangkat tubuh Dato' Ibrahim menuju ke tempat duduk pemandu. Dilapnya stereng kereta itu bagi menghilangkan kesan cap jari syukri.

Kaki sang pemandu diletakkan di atas pedal minyak perlahan- lahan. Tak lama kemudian, brek tangan dilepaskan. Kereta mulai bergerak ke hadapan tanpa sebarang halangan.

Satu... Dua... Tiga

'Dum' bunyi kereta jatuh dari gaung yang agak tinggi. Yang lain mungkin akan bersedih atas kemalangan yang menimpa si mangsa, namun ada juga beberapa orang yang sedang leka berpesta meraikan 'kenyelapan' si mangsa yang bedebah mungkin.

Faisya dan syukri menanti kereta milik ad yang akan tiba sebentar lagi. Itulah yang dikatakan ad. Mungkin ad menipu atau tak, bukan menjadi persoalan lagi kerana bagi mereka berdua, kerja 'bodoh' ini telah pun berakhir.

"Faisya, u tak ada family ke?" Syukri cuba- cuba mengajak faisya berbual. Faisya memandang syukri sebentar.

"I ada family. But not with husband, children type. Just an ordinary family with dad, mom, brother and sister."ujar faisya ramah. Memang perbualan yang dia inginkan, tetapi dia buntu memikirkan topiknya.

"You don't have one?" Syukri memandang lembut wajah faisya. Dia menggeleng lemah.

"You don't have with the wife type or ordinary family?" Faisya galak bertanya.

"Both" ujar syukri perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinga faisya.

"I'm sorry." Ujar faisya bersimpati. Tiba-tiba dirasakan dirinya bertuah kerana masih mempunyai keluarga.

"Nah, it's okay." Ujar syukri sebelum memberikan satu senyuman paling menawan buat faisya. Cubaan menggoda kali pertama.

"Then, you tak nak kahwin?" Tanya faisya lagi. Syukri hanya memandang tepat ke arah anak mata faisya sampaikan faisya cair melihatnya. Cubaan menggoda kali kedua.

"I nak kahwin dengan you. I think I dah fall dekat you since kita bertemu dekat pangkor lagi. Remember me?" Syukri mengangkat sebelah keningnya. Faisya hanya tersenyum mengangguk.

"Marry me please faisya, i want you so much. " syukri memegang lembut tangan faisya yang seperti kapas itu dengan erat ditambah pula dengan panahan mata seperti burung helang seperti mencari mangsa yang diberikan oleh syukri. Cubaan godaan kali ketiga.

Pandangan syukri mula jatuh pada seulas bibir merah jambu milik faisya. Faisya hanya memerhatikan perbuatan syukri terhadapnya. Bibir mereka semakin rapat. Semakin rapat hingga dapat mereka merasakan hembusan nafas mereka. Hangat dan mengairahkan. Mata mereka bertaut saat bibir mereka hampir menghampiri di antara satu sama lain.

'Pinnn' bunyi hon berbunyi. Cepat- cepat mereka berdua mengemaskan pakaian mereka.

Orang suruhan ad datang menjemput mereka pulang dengan memaiki kereta audi. Terasa seperti anak orang kaya pula. Sepanjang perjalanan, kesemua mereka menyepi dan hanya ditemani dengan celoteh DJ di corong radio. Sempat juga syukri disebelah faisya menjeling ke arahnya, namun dibiarkan saja.

Mereka dibawa ke sebuah pent house milik ad. Bru saja ad menamatkan panggilan dengan syukri kerana faisya terlalu penat sehingga terlelap dan tidak menyedari ad menelefon. Mereka menuju ke tingkat atas sekali.

Sebuah rumah pent house bercirikan moden menjadi tatapan mata mereka. Perabot di dalam rumah ini mampu menggambarkan tahap ketebalan poket si pemilik.

Faisya malas mahu meneroka keliling rumah kerana terlalu penat. Dia memilih master bedroom sebagai tempat terbuai mimpinya. Dia tahu ini biliknya kerana namanya terpampang di hadapan pintu bilik itu.

Syukri masih leka membelek- belek perhiasan rumah tersebut. Walaupun dengan gajinya yang banyak dihabiskan untuk berjoli sekalipun, memang dia tidak mampu. Lagipun, hampir kesemua barangan di dalam rumah ditempah khas. Dan lebih mengejutkan ianya ditempah lhas di luar negara dan hampir datang dari seluruh dunia.

Dia melangkah menuju ke arah bilik di sebelah master bedroom. Dia terus merebahkan diri di atas katil yang beralaskan tilam king koil. Terasa seperti sedang bersantai di atas awan yang sungguh empuk rasanya. Seketika kemudian, kedua- dua mereka terlena. Enak dibuai mimpi indah. Tidak lagi kisah akan kedatangan hari esok

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience