Bab 30 - Intip

Horror & Thriller Completed 14391

BAB 30

INTIP

Sejak dari pukul 7 pagi lagi, faisya dan syukri setia menanti rutin harian Dato' Ibrahim Isyak bermula. Sejak dari semalam lagi, faisya tak sabar ingin memulakan tugasan gila ni.

Faisya bngun pada pukul 5 pagi. Setelah membersihkan diri, dia menyiap- nyiapakan alatan mengintipnya. Dia tak mahu dengan ketidakadaan alatan yg secukupnya, menjejaskan intipannya.

syukri di sebelah faisya dri tadi, asyik menguap. Tidak dapat menahan rasa mengantuknya. Kerana dipaksa bngun awal oleh faisya, terpaksalah dia korbankan sedikit masa tidurnya.

Hmpir 3 jam menanti, akhirnya si mangsa telah memulakan rutin hariannya. Berpakaian sukan. Ini bermakna dia ingin bersenam.

Si mangsa melangkah masuk ke dalam kereta audi 5 series miliknya. Usai kereta si mangsa berlalu meninggalkan kediamannya, faisya dan syukri melangkah keluar kenderaan.

Mereka berdua berpakaian seperti penjual karpet. Rancangan mereka ialah mereka ingin berpura- pura menjual barangan kepada mereka. Sambil- smbil itu,mereka boleh meninjau keadaan rumah si mangsa.

"Hello encik." Syukri menekan loceng rumah sebelum disambut oleh sorang lelaki yg kelihatan kemas. "Nak ape? Nk berniaga bukan dkt sini. " pntas lelaki tadi menghalaunya.

"Encik, saya dengan bini saya datang sebab mahu cari makan. Tolong kami encik, kami ada anak yang tak cukup makan dekat rumah." Syukri mula berdrama. Si pengawal mula menunjukkan riak simpati.

"Hurm... boleh. Tapi awak kena tunggu tuan saya sampai rumah dulu. Awak nk tunggu atau datang balik nanti?" Si pengawal bertanya. Perlahan- lahan faisya mengangguk tanda menghantar telepati 'tunggu' pada syukri.

"Kami tunggu sajalah. Tapi dengan encikla. Tak nak masuk. Nanti kami dituduh mencuri pulak." Syukri menjelaskan. Kelihatan riak si pengawal yg tadinya tegang menjadi lega. Si pengawal mengangguk tanda memahami.

Setelah hampir berjam- jam lamanya syukri dan faisya bersembang dengan Amin, si pengawal tadi. Dapat juga mereka korek serba-.sedikit perangai, sikap, latar belakang mangsa dari amin. Sungguh amin ramah bercerita.

Setelah menanti dengan lama, faisya dan syukri memilih untuk pulang. Mereka berjanji mereka akan datang lebih awal esok. Amin menghantar mereka dengan pandangan mata kerana tak mahu meninggalkan tugasnya.

Setelah menaiki kereta, syukri lantas memecut laju membelah kepekatan malam. Kedua- dua penumpang berdiam diri. Kerana kepenatan, faisya terlena dan membiarkan syukri memandu bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience