Bab 34 - Habuan

Horror & Thriller Completed 14391

BAB 34

HABUAN

Syukri menyelak selimut yang membaluti tubuhnya. Dia meregangkan badan. Tuala di penyidai dicapai dan dia menuju ke bilik air.

Kedengaran syukri bernyanyi-nyanyi kecil. Gembira sungguh dia hari ini.

Faisya sedang menyediakan sarapan pagi. Scramble egg yang dimasaknya kelihatan menyelerakan dihidangkan di mej makan. Tidak lupa juga, chicken bacon dan juga sosej menjadi sebahagian daripada sajian.

Syukri yang baru selesai memakai pakaiannya menuju ke dapur. Deria baunya menangkap bau makanan yang menyelerakan.

Dari jauh, kelihatan syukri memerhatikan saja pergerakan faisya yang lincah menyediakan sarapan. Dia melangkah mendekati faisya dan duduk.

Selesai sahaja bersarapan, faisya berlalu ke pintu kerana terganggu dengan bunyi loceng. syukri pula membawa pinggan kotor ke singki dan mencucinya.

"Syukri~ ade briefcaselah kat depan pintu." Ujar faisya dari muka depan pintu.

"Hah? Ada briefcase? Amik la bawak masuk dalam dulu. Kita bukak sama-sama nanti." syukri meneruskan semula kerjanya yang tergendala.

Selesai membasuh pinggan, syukri menyertai faisya di ruang tamu. Faisya sedang memerhatikan briefcase tersebut dengan penuh khusyuk.

"Well, dah try bukak?" Syukri duduk di salah satu sofa berdekatan dengan faisya.

Faisya menggeleng tanda'belum'. Syukri mendekati briefcase itu dengan perlahan- lahan. Dia membuka briefcase itu dengan berhati- hati kerana bimbang dwngan isi kandungan briefcase itu meletup.

Briefcase tersebut ternganga luas. Isinya merupakan sejumlah Ringgit Malaysia. Jumlahnya syukri dan faisya sendiri tidak pasti.

"Kita nak buat ape ni?" Suara faisya semakin peelahan.

"Aq pun tak tahu. Entahla. Kau rasa kenapa ada yang nak bagi kita duit banyak macam ni?" Syukri duduk sambil menyilangkan kaki. Dahinya berkerut tanda ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Faisya ternampak sesuatu seperti kad terselit di antara timbunan duit- duit tersebut. Dia mengambil kad terselit itu dan menyerahkan kepada syukri. Syukri mengambil kad itu dan mulai membacanya kuat.

"Tahniah kepada kauorang berdua sebab dah hapuskan musuh aq. Terima kasih banyak lagi. Maka, sebagai habuan tolong terima duit sebanyak 10 juta ni. Dan hadiah yang baru akan tiba tak lama lagi. Dari ad." Faisya memandang sepi duit itu.

Kalau mahu diikutkan, kedua- dua mereka tidak memerlukan duit itu. Tetapi nampaknya usaha keras mereka dibayar dengan duit dan tak patut dibazirkan begitu saja.

"let's split the money baby." Ujar syukri teruja. Dia memegang duit yang kelihatan masih elok tersusun. Dia tersenyum lebar dan mula membahagikan duit.

Faisya hanya memerhatikan saja perlakuan syukri itu. Dia masih ligat memikirkan sesuatu.

"Syukri, kau rasa ape maksud hadiah baru akan tiba tak lama lagi?" Ujar faisya. Perlakuan syukri terhenti.

"Entahla. Tapi sape kesah? Yang penting kita dah kaya. Kita dah boleh enjoy tak payah nk susah- susah keje dah." hujah syukri. Dia semakin teruja memikirkan hidupnya yang mewah itu.

"Wait, syukri, I think something wrong with the money." Syukri memandang faisya dengan seribu keeutan di dahinya.

Faisya mengambil sehelai duit habuan tersebut dan mengangkatnya tinggi si bawah lampu. Betul tekaannya, duit yang diberi ad itu palsu. Habuan konon, getus hati faisya.

Riak wajah syukri menjadi suram. Habis musnah kesemua impiannya tadi. Dia melutut menyesali kerana beragan-angan terlalu tinggi.

Ding.. dong..
Kedengaran bunyi locemg diselangi oleh bunyi ketukan pintu yang agak kuat.

"Encik syukri dan faisya, sila serah diri. Kami polis. " suara garau menyapa telinga mereka.

Faisya dan syukri masing- masing panik. Faisya mengambil sebuah permata kecil yang sempat dicuri dari mangsa pembunuhannya semalam dan diselitkan di poket belakang seluar jeansnya.

Syukri mula mencari pintu keluar. Namun nampaknya perbuatannya sia- sia kerana mana mungkin dia dapat melarikan diri atas sebab mereka kini berada di penthouse. Dan penthouse tak pernah berada di aras bawah kecuali di aras paling tinggi.

"Kami ulangi, sila buka pintu atau kami pecahkan pintu ni" pihak polis mula mendesak.

Faisya yang baru keluar dari bilik kini berpakaian ketat berwarna hitam dan bersama beg sandang. Dia mencampakkan tali ke bawah melalui balkoni. Nampaknya kesemua pihak polis berada di depan pintu rumah, semakin mudahlah kerjanya.

Dengan perlahan- lahan, dia melompat turun ke bawah. Syukri cuba melompat juga, namun sempat faisya memotong tali tersebut.

Bajunya mengeluarkan sayap seakan- akan kelawar. Bajunya itu ditempah khas buat faisya. Kini faisya jauh dari penthouse ad dan syukri. Berbaloi sungguh dia berkomplot bersama ad untuk kekal bekerjasama dan menyingkirkan syukri.

Syukri yang sedang berdiri di balkoni hanya mampu memandang faisya yang kini terbang jauh meninggalkannya. Dia semakin panik apabila pihak polis sudah merempuh pintu. Dia berdiri di atas balkoni dan terjun kebawah.

Syukri disahkan mati akibat kepalanya yang pecah, tulangnya patah dan tulang belakangnya hancur. Tamatlah sudah riwayat seorang lelaki yang dikenali dengan nama syukri.

Faisya pula, hilang menghilangkan diri. Masih bersama dengan ad demi menjayakan hobi barunya iaitu membunuh. Sesungguhnya sehingga kini, faisya masih bebas kerana pihak berkuasa masih tidak dapat menangkapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience