Bab 35 - Meow Meow

Horror & Thriller Completed 14391

?BAB 35

Meow... meow.
putih merintih kuat. Putih ialah kucing milik jiran keluarga faisya. Jirannya kini sedang bercuti di amsterdam dan meminta faisya menjaga kucingnya itu.

Faisya mengambil pisau dapur yang baru dibelinya dari kedai runcit tadi. Perlahan- lahan dia menyiat-nyiat kulit kucing itu tadi. Darah memancut- mancut keluar, habis basah baju faisya dek kerana darah kucing itu tadi.

Tiada lagi kedengaran suara putih merintih menahan sakit dan meminta tolong. Nampaknya putih dah mati, yang tinggal cumalah jasadnya yang kaku.

Faisya mulai bertindak kejam. Dia menarik kulit putih dari tubuhnya. Dia tidak berasa jijik pun dengan bau hanyir darah dan keadaan putih yang kelihatan menggerunkan.

Selesai menarik kulit putih, dia menggali lubang bagi menanam putih. Digalinya dalam- dalam agar tidak disedari oleh sesiapa pun. Diatas lubang putih, faisya menanam bunga- bungaan bagi mengelakkan syak wasangka tentang tanah yang digalinya nanti.

Setelah selesai, faisya membawa kulit putih itu tadi dan membersihkannya. Disabun kulit putih dengan penuh kasih sayang. Kemudian, dia pula menukar pakaian dan membersihkan diri.

Dia mengeringkan kulit putih dan membawanya menuju ke dalam bilik tidurnya. Dia menjahit beberapa bahgian sebelum memasukkan kapas dan terus menjahit di sekeliling kulit putih itu tadi. Kini, kulit putih itu kelihatan seperti anak patung tanpa mulut, hidung dan mata.

Faisya menjadikan 3 butang sebagai mata dan hidung anak patung barunya itu. Sebagai mulut, faisya menggunakan teknik jahitan yang pernah dipelajarinya dulu. Maka siaplah anak patung baharunya yang dinamakannya sebagai 'snow'.

Faisya dan snow dilihat selalu bersama. Memandangkan mummynya dan daddynya selalu sibuk, maka faisya selalu diabaikan. kadangkala, faisya akan menonton video yang menunjukkan haiwan- haiwan peliharaan diseksa. Akibat keinginannya untuk mencuba, kini bertukar hobi pula. Baginya ia satu kepuasan melihat haiwan- haiwan bodoh diseksa.

Ramai yang tidak mahu berkawan dengannya namun dia tak pwrnah ambil kesah. Baginya berkawan atau tidak, kehidupannya masih berjalan.

Hati- hati mungkin faisya sedang menghendap anda dibalik almari atau dibawah katil memerhatikan anda membaca kisah hidupnya ini. Mumgkin, cuma mungkin.

Berjaga- jaga buat mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, mungkin haiwan kesayangan anda mangsa faisya yang. seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience