BAB 3

Romance Completed 4661

Tadi, waktu mereka sampai dan melangkah masuk ke ruang tamu, dia hanya dipandang sekilas lalu sahaja. Langsung tiada sapaan. Saat berpamitan ke surau, mereka diam membisu. Sepertinya mulut mereka terpasung menyukarkan mereka untuk bertutur. Tak faham betul Yusuff dengan sikap dua orang abang Sara tu. Pulang dari surau baru dia disapa. Dan situasi itu… sekarang ni.

“Kenapa tak minta izin nak kawan dengan adik kami?”

Soal Zul lagi persis seorang penyiasat. Bertanya itu dan ini. Yusuff menghembus nafas kecil. Semput pula perut. Satu situasi yang paling dia tidak suka. Baru saja nak tarik nafas lega dengan kehadiran Ateeq, tiba-tiba muncul pula si singa yang bertaring tajam.

Namun demi Sara, gadis yang berjaya mencuri hatinya, dia sanggup hadap semua ni. Asalkan Sara jadi yang halal baginya, dia sanggup buat segalanya. Semuanya demi Sara. Ini padah bila sudah jatuh cinta. Dah nak buat macam mana kalau sudah cinta terjatuh ke hati. Takkan nak dilambung semula cinta keluar dari mulut, tendang jauh-jauh jangan sampai mendekat lagi. Kerja gila. Ada ke orang buat macam tu?

“Sebelum ni saya kenal dia dari jauh saja. Saya tak berani tegur dia.”

Jawab Yusuff dengan nada suara yang kedengaran bergetaran. Gugup.

Ateeq tersenyum. Dia membawa tangan bersilang ke dada. Dia lebih banyak bertindak sebagai pendengar. Tidak mahu menyampuk dan ikut serta sesi soal jawab Zul terhadap Yusuff.

“Habis Sara tahu kau datang sini?”

Lantang pertanyaan itu menyapa telinga Yusuff. Yusuff mengangguk. Takut pula dia dengan ketegasan Zul. Biarpun Zul nampak lebih muda dari dia tapi bila tengok ketegasan yang sudah terpamer di wajah lelaki itu memang secara automatik soal umur ditolak jauh ke tepi.

“Jadi maksudnya kamu pernah bercakap dengan adik kami?”

Akhirnya setelah lama berdiam, Ateeq bersuara kembali.

“Pernah. Tapi hanya sekali. Sumpah. Hanya sekali saja. Tu pun bila saya sampaikan niat saya nak kenal dia lebih dekat…”

Jujur jawapan Yusuff. Ateeq tersenyum kecil. Zul mengendurkan sedikit muka yang kelihatan tegang dan tegas itu.

“Apa Sara jawab?”

Soal Izzue yang tiba-tiba muncul, tercegak di pintu masuk. Seketika Yusuff menoleh ke arah datangnya suara. Keluhan kecil terluah. Aduih, malam ni aku memang kena ganyang betul-betul dengan kakanda-kakanda Sara.

“Jangan mengeluh. Jawab pertanyaan aku. Kalau tak kau…”

“Okay-okay… saya jawab.”

Belum sempat Izzue meneruskan ayatnya pantas Yusuff memotong. Yusuff tahu ke mana ayat bicara Izzue akan membelok. Tak lain tak bukan mesti ugutan yang sama seperti lewat petang tadi. ‘Kalau tak kau simpan saja anggan-anggan kau nak dapatkan Sara.’

Ayat itu yang dia nak elak dari terkeluar kembali dari bibir Izzue atau dua lagi abang Sara. Tak sanggup dia nak mendengar. Bimbang kata-kata itu jadi doa. Takut pula andai doa itu dimakbulkan Allah. Dia tak dapat bayangkan andai itu semua benar-benar terjadi. Pasti meroyan sampai ke tua dia sebab tak dapat kahwin dengan Sara. Uish, Nauzubillah… minta Allah jauhkan dari berlaku…

“Sara tak jawab apa-apa. Dia hanya bagitahu. Kalau betul ikhlas, jumpa wali dia…”

Jawab Yusuff sambil menunduk muka menyembah lantai bermozek hijau pekat itu.

“Jadi…?”

Tanya Zul tidak sabar.

“Jadi, saya dapatkan alamat rumah ni dari Sara dan terus datang sini tanpa fikir apa-apa…”

“Kau terlal…”

Zul mahu memberitahu sesuatu. Namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Yusuff memintas.

“Saya tahu, mungkin saya terlalu terburu-buru. Tapi saya yakin. Saya yakin dengan keputusan saya nak peristerikan Sara…”

“Buat istikarah dulu…”

Ujar Ateeq lembut bercampur tenang.

“Saya dah buat. Bukan sekali tapi berkali-kali. Jawapan tetap sama. Wajah Sara yang selalu muncul dalam setiap mimpi saya…”

“Kau terlalu angau…”

Kata Zul tidak bersetuju dengan kenyataan Yusuff.

“Achik…”

Izzue menegur. Zul diam.

“Takpelah. Kalau betul niat kau nak jadikan adik kami isteri kau, kau teruskan. Tapi kena ingat. Sebelum kau berdepan dengan abah kami… nak sampaikan hajat sebenar kau datang sini, kau kena hadap kami dulu. Kena lepas syarat kami dulu sebelum kau face to face dengan abah kami. Kalau lepas kami, Insha-Allah… urusan kau dengan abah kami akan smooth. Bukan tu saja… kami akan backup kau dari belakang.”

Ucap Izzue dengan muka tenang. Cukup berbeza dengan Izzue yang dikenali Yusuff sebelum ini.

“Abah tak tahu lagi ke?”

Soal Ateeq.

“Tak… aku cakap dia ni kawan aku.”

Jawab Izzue. Yusuff hanya memerhatikan saja perbualan yang separa berbisik antara Izzue dan Ateeq itu.

“Kalau abah tahu macam mana?”

Tanya Zul pula. Yusuff menoleh pula melihat Zul. Pening pula dia dibuatnya. Boleh pula mereka berbual depan aku. Buat aku seperti tak wujud di sini…

“Jangan risau… aku tahu apa yang nak dijawab nanti. Kau ikut je percaturan aku.”

Ujar Izzue menyakinkan adik-adiknya. Muka yang menyakinkan dipamerkan bagi menyokong kenyataannya.

“Dan kau Yusuff… jangan sesekali buka mulut bagitahu siapa kau pada umi dan abah kami. Kalau kau nak jadi adik ipar aku. Kau kena turut apa yang aku suruh. Kalau kau tak nak ikut. Kau boleh angkat kaki… blah dari sini. Faham?!”

Izzue menekan suara. Yusuff terus mengangguk. Takut dengan ugutan itu.

“Ujian Abah kami lebih teruk dari kami. Kalau kau nak tahu, dulu… waktu mak su kami nak kahwin… abah kami suruh pak su kami baca quran yang tak ada baris. Nasib baik lepas. Kalau tidak sampai bila-bila dia tak dapat kahwin dengan mak su kami…”

Ateeq memprovok. Yusuff kecut perut. Gila kalau bakal bapa mertua dia buat benda yang sama pada dirinya. Menangis boleh dia kalau kena buat macam tu. Dia yakin dia takkan dapat lepas ujian macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience