BAB 1

Romance Completed 4661

Langit biru didongak dari bawah. Terkerdip-kerdip mata. Sinar suria menerjah masuk ke mata tanpa terhalang oleh apa-apa. Cermin mata hitam sudah disapu dan dibuang jauh-jauh. Eh, bukan. Disimpan tanpa diketahui tempatnya. Itu antara satu syarat yang tidak boleh dilanggar. Wajib dituruti. Andai enggan, boleh angkat kaki dan say goodbye! Argh! Aku bukan lelaki macam tu. Pantang menyerah sebelum berjuang!

“Betul ke bang… kena panjat pokok ni?”

Tanya Yussuf ingin kepastian. Gila! Aku mana pernah buat benda macam ni. Mengarut betul. Tak masuk akal langsung. Hilang tabiat. Jatuh aku nanti, siapa nak sambut? Patah kaki aku nanti macam mana? Menderita aku siapa nak jawap? Argh!!! Gila…

“Yelah. Kau ada masalah pendengaran ke? Aku cakap… P.A.N.J.A.T… panjat! Aku suruh panjat bukan nengok aje…”

Izzue di sebelah langsung tidak menunjukkan muka kesian. Ambik kau! Menggatal sangat dengan adik aku. Ingat senang ke apa nak jadi sebahagian dari kami. Sebelum itu terjadi, kau kena hadap aku dulu.

“Ini ujian fizikal. Aku nak tengok kau ni laki sejati ke tidak. Kalau yang ni kau tak lepas… maknanya, kau boleh simpan saja angan-angan nak dapatkan Sara.”

Ujar Izzue tetap dengan syaratnya. Apa syaratnya Izzue?

“Kau panjat pokok kelapa tu. Ambil buahnya. Kopek sabutnya. Air kasi aku minum. Isinya nanti aku bagitahu balik perlu buat apa. Faham?!”

Tegas Izzue bersuara. Tiada tolak ansur. Yussuf akur. Mahu tidak mahu dia menurut sahaja arahan Izzue a.k.a ‘Bakal Abang Iparnya’ itu. Izzue hanya memerhatikan saja. Perut sudah mula tergeletek. Mahu saja dia ketawa berdekah-dekah melihat muka Yussuf yang sudah pasrah sepenuhnya. Pohon kelapa yang punya ketinggian sama tinggi dengan bumbung rumah dipanjat jua. Gayat berada di atas pohon tersebut usah dicerita.

Memang hilang terus kata-kata yang nak terluah bagi menggambarkan betapa menderitanya jiwa dikerjakan cukup-cukup oleh Izzue.Izzue di bawah mengacip gigi dari kedua-dua rahang untuk mengelakkan suara tawanya terhambur. Memang nekad betul budak ni. Sanggup dia panjat pokok kelapa tu. Eish-eish… betullah cinta itu buta dan gila. Buta akal untuk nilai benda itu wajar atau tidak dilakukan. Gila sebab sanggup buat benda gila! Izzue menggeleng. Nanti kalau aku jatuh cinta. Pasti gayanya begini juga rupanya. Uish! Teruk kalau macam ni. Izzue geleng lagi. Yussuf sudah berjaya sampai puncak. Nafasnya turun naik. Sesekali dia pandang ke bawah. Nampak kelibat Izzue yang terdongak-dongak dari bawah.

“Ambil yang muda. Bukan yang tua. Faham?!”

Jerit Izzue. Yussuf hanya mengangguk. Lidah seperti sudah terpotong. Dia tidak boleh bertutur seperti sedia kala. Hilang seketika satu deria.Satu buah kelapa ditarik dari tangkai. Susah betul nak dirungkai buah itu. Tercalar-calar tangannya terkena ranting-ranting pelepah kelapa. Sakit! Tapi kesakitan itu ditolak ke tepi dulu. Misi dia adalah untuk mendapatkan buah kelapa itu dulu. Tidak boleh bertangguh lama. Dia bukan boleh duduk lama sangat di atas pohon ini. Perut sudah mula mual gara-gara terlajak gayat.

Gedebukk…

Buah kepala akhirnya berjaya dijatuhkan menyembah tanah. Pantas tanpa menunggu lama, dia turun ke bawah. Izzue mengangguk puas. Satu halangan sudah berjaya dilepasi.Sebaik kaki menginjat tanah bumi, Yussuf hampir tersungkur. Kaki sudah goyah sebab ‘gayat’ masih lagi belum hilang sepenuhnya. Namun, dia kuatkan juga diri untuk terus bertahan. Kudrat masih bersisa, dikerah keluar sepenuhnya untuk menampung badan yang sudah terhuyung-hayang seperti pokok yang tunggu masa mahu tumbang.

Izzue baru saja mahu membuka mulut untuk bersuara namun kata-katanya mati apabila Yussuf sudah melangkah pergi mendapatkan alat pengoyak kelapa. Izzue tersenyum sumbing. Bagus. Boleh baca apa yang aku fikirkan.

“Okay. Sekarang kau boleh pergi masuk rumah. Mandi. Bersiap untuk solat asar. Dan tunggu kami kat ruang tamu.”

Satu arahan meluncur laju keluar dari mulut Izzue.

“Kami?”

Soal Yussuf pelik. Setahu dia, di rumah tu hanya ada Izzue dan Pak Nasir merangkap bakal bapa mertuanya saja. Tidak pula dia melihat manusia sejantina dengannya yang lain lagi.

“Sekejap lagi, adik aku akan balik. Dia akan ikut sekali kita ke surau untuk solat. Kau faham!?”

Izzue bercekak pinggang.

“Abang ada adik lelaki ke?”

Polos pertanyaan Yusuff.

“Ya.”

Ringkas jawapan daripada Izzue.

“Jadi mereka juga abang Sara?”

Satu soalan yang tidak sepatutnya ditanya terbabas keluar. Tapi sebab mulut sudah begitu ringan untuk digerakkan maka terkeluarlah satu soalan yang dianggap bodoh ditanya.Izzue menjegil mata.

“Kau ingat Sara tu adik tiri aku ke apa? Dah sah-sahlah kalau aku ada adik lelaki lain… maksudnya Sara pun ada abang lelaki lain selain dari aku! Apasal kau ni lemb… sangat eh?”

Izzue sudah menyinga. Cuma tidak sampai melalut sehingga sanggup mengata Yussuf ‘LEMBAB’ walaupun hampir terkeluar. Dia bukan apa. Geram dengan sikap Yussuf yang nampak sengaja buat diri tidak cekap dalam menangkap setiap butir bicaranya. Aku hempuk kang.. menangis pula budak ni nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience