Bab 2

Short Story Completed 1911

Pelajar lelaki itu masuk ke dalam bilik guru. Matanya melilau mencari seseorang.

"Haizad?"tegur seorang guru wanita.

"Ya saya."balas pelajar bernama Haizad itu sambil tersenyum manis.

"Kamu budak baru tu kan."kata Cikgu Maria.

"Ya."

"Cikgu rasa cikgu tak sempatlah nak tunjuk sekeliling sekolah ni."kata Cikgu Maria sambil berfikir.

"Cikgu Maria,ni buku latihan kerja rumah kelas saya yang cikgu suruh hantar hari tu."sampuk seseorang tiba tiba.

Cikgu Maria dan Haizad memandang orang tersebut.

Aira menoleh ke sebelah dan alangkah terkejutnya dia apabila terpandang Haizad di sebelahnya.Buku yang dipegang diangkat paras muka untuk menutup wajahnya.Malunya masih bersisa.

"Alang alang kamu ada kat sini,cikgu nak minta tolong."kata Cikgu Maria.

"Apa dia cikgu?"tanya Aira.

"Cikgu nak kamu tolong Haizad ni.Dia pelajar baru kat sini dan dia akan berada di kelas yang sama dengan kamu."Cikgu Maria menekan ayat dan.

"Kenapa saya pula yang kena tolong dia cikgu?" tanya Aira sambil memandang wajah pelajar lelaki yang berada di sebelah cikgu Maria yang mempamerkan wajah selamba.

"Alah kamu ni.Kamu tu pengawas.Takkan tak boleh tolong kawan baru kamu."kata Cikgu Maria.

"Kawan?Dia nak dipanggil kawan?NO WAY!" teriak Aira dalam hati walaupun dia tersenyum di hadapan cikgunya.

Wajah pelajar baru itu dipandang hujung mata. Pelajar itu menjungkit bahunya.

Aira menghentak hentak kakinya tanda protes apabila keluar dari bilik guru.Tangannya disilang lalu memandang ke arah Haizad yang hanya memerhati gerak gerinya sejak tadi.

"Follow me!"arah Aira lalu mula melangkah. Haizad membuntut dari belakang.

"Yang sana tu tandas lelaki."tunjuk Aira tanpa berhenti atau sekurang kurangnya memandang ke belakang.

"Yang itu bangunan untuk tingkatan 1dan 2. Dan yang sebelah sana tu bangunan 3,4 dan 5 di mana kelas kita berada."jelas Aira.

Aira memandang Haizad yang hanya mendiamkan diri sejak tadi.'Dia dengar ke tidak apa yang aku cakap dari tadi ni?'tanya Aira dalam hati.Dia mendekati kedudukan Haizad yang sedang memandang suatu tempat.

"Apa yang kau tengokkan tu?Nak cakap ada pelajar perempuan tak juga."tanya Aira.

"Tempat apa tu?"Haizad menuding jarinya pada sebuah bilik sederhana besar dia sebelah tandas perempuan.

"Oh itu!Cikgu cakap tempat tu digunakan untuk letak letak barang pendidikan jasmani dulu.Tapi sekarang dah tak guna dah.Ramai pelajar yang tak perasan bilik tu ada kat situ.Bagus juga mata kau."puji Aira.

"Kau pula?Macam mana kau tahu?"tanya Haizad sambil memandang Aira yang tidak melarikan pandangan pada bilik itu.

"Err..dahlah.Mari aku tunjukkan kantin."Aira mengubah topik tiba tiba.

Haizad memandang Aira yang sudah jauh di hadapan dengan perasaan pelik.

Selepas menunjukkan kantin,Aira membawa Haizad ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience