Bab 6

Short Story Completed 1911

Semenjak pertemuan Aira dan Faim hari tu, mereka dah semakin rapat.Ada yang menyatakan bahawa mereka itu couple.

"Aira!Awak boleh jalan tak malam ni?"tanya Faim.

"Malam ni?Ermm..boleh!"balas Aira selepas berfikir sejenak.

"Jom pergi tengok wayang."ajak Faim.

"Okey."balas Aira.

Malam itu...

Aira memakai baju T-shirt lengan panjang yang berwarna biru dan seluar jeans.Tudung pula dia memilih untuk memakai shawl warna hitam.

Dia menunggu di hadapan rumahnya kerana Faim yang menyuruhnya.

Tiba tiba datang sebuah kereta warna hitam dan berhenti tepat dia hadapan Aira.Aira kalut. Seorang lelaki memaksanya masuk ke dalam kereta dengan menggunakan sebilah pisau. Mukanya bertopeng.

Aira ketakutan.Air matanya mengalir di pipi."Ya Allah,selamatkan aku Ya Allah.Jauhkan diriku dari segala bahaya Ya Allah."doa Aira dalam hati.

Aira meronta ronta dalam kereta sehingga dia merasa pipinya ditampar dengan tangan yang kasar.Pipinya terasa pedih tapi hatinya lebih rasa takut.Dia mula tidak menyedarkan diri dan akhirnya pandangannya mula kabur.

Kereta itu meluncur laju ke arah kawasan sekolah.

Aira membuka kelopak matanya.Kepalanya terasa pening.Dia memandang sekiling.Hanya ada satu lampu yang ada untuk menerangi dirinya di situ.

"Dah bangun?"tanya seseorang.

"Faim??Kenapa kau buat aku macam ni?"tanya Aira dengan tangisan di pipi.Sungguh dia tidak percaya Faim akan membuatnya macam tu.

"Kalau kau nak tahu..muka kau ni,sama macam bekas girfriend aku tau."Faim memulakan perbicaraannya.

"So?Apa kena mengenanya dengan aku?"Aira jadi bengang.

"Aku sangat sayangkan dia.Kami bahagia ketika bersama sama.Tapi bahagia tidak mencukupi jika diri ditipu.Depan di cakap sayang,belakang dia couple dengan lelaki lain.Yang lebih kacak, lebih kaya dari aku.Sekarang,aku tak percaya dengan mana mana perempuan.Kau nampak mayat sebelah kau tu?"Faim menunjuk sesuatu di sebelah Aira.

Aira terkejut apabila di sebelahnya ada sebuah bangkai yang busuk.Hanya tinggal tengkorak sahaja.

"Dialah perempuan yang aku sayang tu..aku yang bunuh dia.Cantikkan?"Faim bercakap seperti seorang psiko.

"Kau memang kejam Faim!!"teriak Aira.

"Sekarang,aku akan kurung kau di sini bersama dengan mayat tu.Aku tidak boleh melihat wajah kau yang persis perempuan tu berada di dunia ni. Aku benci tengok muka kau!!"jerit Faim.

"Faim..tolonglah..jangan kurung aku kat sini.Aku takut.."rayu Aira.Air matanya mengalir laju.

Faim hanya tersenyum sinis.Dia berdiri di depan pintu bilik itu lalu menutupnya dengan kunci mangga.

"Tolong!!!Ada orang kat dalam.."jerit Aira.Tangan dan kakinya yang berikat menyukarkannya dari berjalan.

"Tiada orang boleh tolong kau.Aku dah buat pak guard tu tidur nyenyak dah."teriak Faim dari luar.

Aira hanya mampu menjerit dan terlolong di malam yang sunyi.Akhirnya suaranya hilang. Dia sudah tidak mampu mengeluarkan suara.

"Esok hari sabtu..mesti tiada orang datang sekolah.Matilah aku macam ni.Ya Allah, selamatkan aku Ya Allah."Doa Aira.Matanya tertutup lesu.

"Haizad.."Entah kenapa dia menyebut nama lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience