Bab 3

Short Story Completed 1911

Aira masuk ke kelas 4 Kembara bersama Haizad lalu berdiri di hadapan kelas.Riuh rendah kelas itu macam pasar malam.Kehadiran mereka berdua tidak dihiraukan.

"Kelas!!"lantang sekali suara Aira.Persis seperti seorang guru disiplin.Haizad memandang Aira penuh hormat kerana sekali panggil semua murid senyap.

"Kenapa cik pengawas oi??"usik salah seorang daripada pelajar lelaki di kelas itu.

"Kita ada murid baru.Perkenalkan diri Kau."kata Aira tanpa menghiraukan usikan pelajar tadi.

"Hai!Nama saya Haizad Shah bin Hazam Shah. Selamat berkenalan."Haizad memperkenalkan dirinya.

"Comelnya kau ni!"kata seorang pelajar perempuan tanpa perasaan malu.Haizad hanya tersenyum.

"Euww.."perlahan suara keluar dari mulut Aira tapi didengari Haizad.Haizad memandang tajam pada Aira.Aira mengangkat tapak tangannya tanda maaf.

"Kau boleh duduk situ."tunjuk Aira pada kerusi kosong sebelah Shasha.Shasha yang gedik tersengih sengih macam kerang busuk.

"Boleh tak aku duduk sebelah kau?"tanya Haizad.

"WHAT??Dah kenapa pula?"tanya Aira.

"Yelah,kau je aku kenal buat masa ni."jelas Haizad.Aira ingin menolak tapi tidak jadi apabila cikgu masuk.

"Dah dah..jangan nak bertekak sebab tempat duduk je.Yasmin,kamu pindah sebelah Shasha." suruh Cikgu Siti.Yasmin hanya menuruti arahan guru.

Haizad duduk di tempat duduk sebelah Aira apabila disuruh oleh Cikgu Siti.Aira hanya mampu menjerit dalam hati.Cikgu Siti mula mengajar subjek English.

"Kau jangan nak perasan yang aku suka kau pulak ye."bisik Haizad berbaur sindiran.Aira menggigit bibirnya menahan geram.

Pada waktu rehat...

"Hensem kan budak baru tu."tutur damia sambil mengunyah roti.

Aira yang sedang menjamah nasi berhenti seketika."Hensem lah sangat."katanya.

"Hensem lah tu.Itulah ciri ciri lelaki idaman perempuan sekarang tau.Muka bersih tanpa jerawat,rambut yang kemas dan tidak nampak nerd,baju kemas dan senyuman dia lagi menawan."kata Damia lagi.

"Setakat dia,bagus aku pilih pak cik sekuriti tu." lagak Aira.

"Euww...takde testnya kau ni."balas Damia.

"Okey apa?kau ingat jadi sekuriti tu hina sangat ke?"tanya Aira.

"Yelah,yelah..takyalah emo.."balas Damia.

Aira memandang Haizad dari jauh.Haizad sedang berbual dengan beberapa pelajar perempuan.'Famous juga dia tu.'bisik Aira

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience