Bab 7

Short Story Completed 1911

Haizad sedang membuat kerja rumah matematik yang Cikgu Aishah bagi.Tiba tiba dia berhenti menulis.Dadanya dipegang.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?"tanya Haizad.

Haizad mencapai phone di katil lalu mendail nombor Aira.Tidak berjawab.....

Haizad jadi tidak senang duduk.Dia teringat perbualannya dengan Aira tempoh hari yang menyebabkan Aira membencinya....

Aira sedang berehat di bangku sekolah.Dia bernyanyi nyanyi kecil.

"Aira!''sapa Haizad lalu duduk disebelah Aira.

"Kenapa?"Aira memandang Haizad.

"Aku tengok kau rapat je dengan Faim tu."kata Haizad.

"So?Apa salahnya aku kawan dengan dia.Dia baik kut.Bukan macam orang tu."sindir Aira.

"Kenapa kau yakin sangat dia tu baik?"tanya Haizad.

"Yang kau nak mempersoalkan pasal dia ni apahal?"Aira naik angin.

"Aku cakap je.Kau tu kan careless,kalau orang tu ada niat jahat pun kau tak perasan."balas Haizad.

Aira mengetap giginya."Kau ni kan.Jangan buat aku panas,bolehkah?suka hati akulah nak kawan ngan dia.Kau siapa!!"jerkah Aira.

Haizad agak terasa dengan ayat terakhir Aira.
"Aku siapa?Oh!Maksudnya selama ni aku bukan siapa siapalah?Even kawan kau?"balas Haizad.

"Yes!!Aku tak suka kawan ngan kau.Aku benci kau.Lagipun,aku akan keluar dengan Faim malam ni.Aku lagi suka kawan ngan dia daripada dengan kau."Aira menghamburkan ayat ayat yang pedas dan berlalu dari situ.

Haizad hanya memandang sepi.

Haizad meraup mukanya apabila teringatkan kejadian itu.Dia keluar dari biliknya.

"Izad nak ke mana?"tanya ibu Haizad.

"Izad nak keluar jap.Kejap je."jawab Haizad lalu keluar dari rumahnya.

Haizad pergi ke rumah seseorang.Pintu diketuk bertalu talu.Terjenggul kepala seseorang.

"Haizad?Apahal kau datang malam malam ni?" tanya Faim.Wajah terkejut Haizad dipandang.

"Aku ingat kau takde kat rumah."balas Faim.

"Kenapa pula?kan malam ni."Faim berasa pelik dengan sikap Haizad.

"Aira kata kau keluar dengan dia malam ni." ternyata pernyataan Haizad membuntangkan mata Faim.

"Ma..mana ada."balas Faim.

"Faim..kau cakap betul betul dengan aku.Mana Aira sekarang."desak Haizad.

"Mana aku tahu.Rumah lah kut."Faim melarikan pandangannya dari menatap anak mata Haizad yang menikam anak matanya.

"Kau tahukan yang aku tahu pasal bekas wanita kau tu.Aku tahu wajah Aira sama dengannya tapi kau tak sepatutnya buat sesuatu pada Aira hanya kerana wajahnya mirip."pesan Haizad.

Faim menggenggam tangan.Air matanya mengalir.Dia terduduk di atas lantai.

Haizad merendahkan badannya aras Faim. "Bagi tahu aku mana Aira berada."kata Haizad penuh mengharap.

"Se..sekolah.."jawab Faim teragak agak.

Haizad terus berlari meninggalkan Faim yang kaku di hadapan pintu.

Sampai sahaja di sekolah,dia mengejutkan pak guard yang tidur nyenyak itu.

"Pak cik!Tolong saya cari kawan saya."kara Haizad.

"Kawan kamu?Dia ada kat sekolah ni ke?"tanya Pak guard itu.

"Ya..dahlah.Jom kita cari."mereka memulakan pencarian.

"Aira!!"jerita Haizad dan pak guard itu.

Haizad lari dari hujung ke hujung.Dia berhenti di sebuah kawasan di mana bilik stor pendidikan jasmani berada.

Dia memegang mangga di pintu itu.Haizad terjumpa sebuah kerusi kayu lalu memukul mangga itu menggunakan kerusi.Mangga itu terbuka sepenuhnya.

Haizad merempuh ke dalam bilik itu dan melihat Aira tersandar lesu di dinding.Matanya tidak terbuka.Haizad menggoncang bahu Aira.

"Aira bangun!!"kejur Haizad.

"Ha..Haizad.."perlahan suara Aira keluar.Bibirnya pucat lesi.Tekaknya terasa kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience