BAB 4

Drama Completed 460

Tetiba ada orang ketuk pintu kelas. Semua pandang termasuk aku. Eh? Mamat tu lagi.

“ maaf cikgu, boleh saya jumpa kai sekejap?”

“ kai??” suara cikgu Maznah kedengaran. Pelik.

“ yee..tu dia ” serentak dengan itu , dia tunjuk ke arah aku.

Aku pusing belakang. Takde orang pun. Eh aku ke? Sejak bila nama aku jadi kai ni?

Aku pandang dia pelik.

“ ohhhh..okay, lima minit je tau!” kata cikgu Maznah.

Aku tengah blurr tapi still jalan ke arah mamat tu yang tunggu aku kat luar.

“apa dia?”

“ nah..” dia hulurkan sesuatu. Eh, gelang aku tu!

“ jumpa kat mana?” Tanya aku selepas gelang bertukar tangan.

“ dewan makan.”

“ ohh..okay..by the way, how did you that’s mine?” tanyaku.

“teka je ”

Aku angkat kening sambil pakai gelang.Baru je aku nak pakai gelang tetiba mamat depan aku ni halang. Nak kena sepak ke?Aku pandang dia. Buat muka marah , acah acah tak puas hati.

“sini, sekolah..bukan rumah..aksesori dilarang pakai..sebab tu aku tahu ni kau punya. Semua orang tahu rules kat sekolah ni kecuali kau. Budak baru kan?” katanya.

“ohh..yup. baru masuk tadi. Oh ye..macam mana awak tahu nama saya?”tanyaku.

“tu..” mata nya tertancap pada tudungku. Oh lupa! Nametag aku. Nametag sekolah lama. Aku sengih.

“And thankyouuu..nasib baik awak jumpa.kalau tak , matilah saya..ni gelang mak saya tau..dia bagi kat saya tahun lepas..saya sayang sangat. Waktu tu , saya umurr…”

“ whatever..” katanya lalu pusing..

“terima kasih cikgu!” tunduk sikit dan selepas itu, dia blah. Whattt?! Speechless aku kat situ. Kurang ajar betul. At least bagi lah aku hint suruh berhenti ke. Menyampah ! aku masuk kelas.

“ kai, tu meja awak. Tapi tempat duduk awak belakang sekali dan takde partner.. takpe kan?”

“eh..takpee.takpe.saya okay je.” Aku senyum dan terus jalan ke tempat aku. Sebelum aku duduk,

“ err..cikgu!”

“ ye. Ada apa apa masalah ke?” Tanya cikgu Maznah.

“ err.. nama saya bukan kai”. Cikgu pandang aku pelik.

“maksud saya .. kai memang short form dari Ellora tapi..”

Belum sempat aku habiskan ayat, tetiba ada orang menyampuk

“ excuse me, do you really think I care whether your name kai or Ellora or what so ever. Sekarang ni kan waktu belajar..so pleaseeee..”

Menyirap darah aku bila tengok empunya badan yang bercakap. Saat itu , aku rasa macam aku boleh nampak nasib aku nanti. Malang! Sebab apa? Jeng…jeng…jeng.. si minah gedik a.k.a Aubrey satu kelas dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience