BAB 8

Drama Completed 460

“yelahhh..yelahhh..memang aku yang buat. Puas hati?” tanyaku kepada KD.

“japp..japp..apa yang jadi sebenarnya sekarang ni?” tanya qie lalu minum air. Dah habis pun makanan dia. hantu air pun.

“ aku nak balas dendam dengan Aubrey pasal semalam. Sebab dia sorokkan buku aku, aku kena denda dengan Puan Sally . So aku letakla ular getah bawah meja dia. The end.”

“ohhhh..aku dah agak dah” kata KD.
“ habistu apa jadi dengan Aubrey ?” tanya qie

“ yang ni lawak. Mula mula dia naik atas kerusi. Lepastu dia upgrade naik atas meja lepas si kimi campak ular tu dekat dia kali kedua..hahahaha..”

“hahahahahaha… good job , kai! Aku harap aku ada kat situ..” kata si hantu air sambil ketawa sambil ketuk meja.

“ apa yang kelakar sangat ni?” acap berkata sambil menatang dulang yang dipenuhi makanan.

“ pasal Aubrey tadi.” Jawab KD sambil mengambil makanan dari Acap. Acap mengambil duduk sebelah aku.

“ha’ah. Kelakar wehh muka dia tadi. Aku rasa macam nak rakam je.sape lah punya koje.” Kata Acap.

“sape lagi kalau bukan orang sebelah kau.” KD memuncungkan mulut ke arah aku. Acap pandang aku. Tak percaya.

“ seriously?! Kau yang letak ular getah tu ??”

“ well..kai kan. Setakat ular getah tu apa lah sangat..” jawab ku. Ketawa. Acap menunjukkan tangannya. Kekonon high five. Aku jeling lalu kami berdua ketawa. Aku pandang KD , hantu air dan qie yang tetiba freeze. Kenapa?

“ohhh..rupanya kau lah yang letak ular tu eh?”

Ehh..macam kenal je suara tu..takkannn….

“Aubrey !” serentak KD , hantu air dan qie menjerit. Nice! Soalan aku dah pun terjawab. Belum sempat aku pusing , tetiba ada cecair atas kepala aku. What ?!

“ni hadiah untuk kau sebagai tanda terima kasih.” Kata Aubrey sambil letakkan gelas yang selamat kosong atas meja.

Aku tengok mulut KD,qie dan hantu air dah melopong. Aku lagilah. Terkejuttt beruk! Aku bangun dan tolak kerusi sampai jatuh. Menghadap Aubrey .

“ yes. Memang aku yang letak.” Jawab aku. Berani.

“tak guna punya perempuan!” serentak dengan itu Aubrey cengkam tudung aku. Nak gaduh ye? Ingat aku takut la. Aku tarik tudung dia ke belakang sampai nampak anak tudung. Macam makcik makcik dah tapi tak nampak la rambut.

“lepaslah bodoh!” jerit Aubrey .

“you should let me go first.” Kataku. Tegas.

Tangan kiri cengkam tudung aku. Tangan kanan cengkam bahu aku. Nice, Aubrey !kami saling bertatapan. Hmmm..tiada tanda tanda nak lepas ni. Aku pun apa lagi, pijak kaki Aubrey sekuat hati. Menjerit lagi minah tu. Haaa..lepas pun!

“ kenapa ni? Kaii , Aubrey .ikut aku sekarang.”

Hmmm..mamat ni lagi. Kenapa lah dia selalu ada di mana mana. Menyampah pulak!

“ dia yang start dulu.” Ngadu Aubrey . Aku diam. Malas nak bertekak.

“ apa pulak kai yang start dulu. Kau yang datang pastu tuang air atas kepala kai.” Jawab hantu air membela aku. Thanks hantu air !

“tapi kai yang letak ular getah bawah meja Aubrey . So kai yang start dulu.” Celah mila.

“ kita settle kat bilik disiplin. Kai and Aubrey ke bilik disiplin. Sekarang!” jawab mamat tu.

Aku jeling mamat tu dan blah dari situ. Sape mamat tu nak arah arahkan aku? I don’t give a damn la! hantu air , qie , KD dan Acap kejar aku dari belakang.

“Kai, tunggu lah kitorang”

“ kai, jangan lah jalan laju sangaat.”

“tulaa..penat kitorang kejar ni. Makanan dalam perut aku ni dah merungut tau. Dia pun penat sekali.”

Aku berhenti. Nak ketawa pun ada. Statement apa lah macam tu. Aku pusing.

“ kau nak ke mana , kai?” tanya KD.

“entah. Mana mana je. Tempat yang orang takkan jumpa aku. Aku nak tenangkan diri.” Jawabku.

“hah, jom!” heret hantu air . Dia lead. Kitorang ikut je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience