BAB 2

Drama Completed 460

“ what are you waiting for? I said NOW!”

Bila madam dah bertukar jadi singa. Nak tak nak aku terpaksa keluar dari kelas dan berjalan ke padang. Nasib baik jarak kelas aku dengan padang tak jauh. Means madam memang boleh Nampak dari jauh. Tahniah kaisara! Tak sampai seminggu kau dah buat hal. Hmmmm..

Sampai padang , aku boleh Nampak dari jauh yang satu kelas tengah tengok aku…

Okay..kaisara.you can do this. Fighting !

Okay kawan kawan . sambil berlari meh aku nak story sikit pasal aku. Ni hari lima aku kat sekolah ni. So kita flashback hari pertama yee.. mama dengan papa outstation. So abang aku jela yang akan hantar aku kat sekolah ni. Sekolah berasrama penuh. Kenapa aku dimasukkan kat sini? Sebab mama dengan papa always busy. Takde masa dengan aku. Setiap bulan mesti akan outstation. Maka tinggal lah aku dengan bibik dan abang. Sebab tu aku prefer nak duduk asrama supaya aku tak kebosanan sangat di samping nak belajar berdikari. Abang pun lepas aku stay asrama dia akan fly ke oversea. Sambung study kat sana.

Aku salam abang. Abang cium dahi aku. Kemudian bisik “ belajar rajin rajin. Abang sayang Ara.” Aku senyum. Tahan air mata. Sedih woii nak berpisah dengan abang. Aku masuk asrama. Dia ke luar Negara.Nice sangat! Lepastu tinggal lah bibik kat rumah kawan dengan kucing.hahahaha. selesai sesi perpisahan, aku tarik beg melangkah ke asrama. Oh yee.. sekarang waktu belajar. So memang sunyi la kawasan asrama ni. Dan penolong kanan hal ehwal murid dan bagi aku pengecualian untuk masuk kelas lewat sikit iaitu lepas rehat.

Awal lagi ni. Ada dua jam sebelum kelas. Sempat la nak kemas barang. Aku cari bilik aku. 208. Duaa..kosong..lapan.. manalah bilik 208 ni. Hah, dah jumpa! Aku ingat dorm. Rupanya bilik. Empat orang . hmmm not bad.. ada katil..almari..tempat belajar.. okay la. Aku pun kemas barang aku. Pasang cadar.pastu golek golek..guling guling atas katil. Yuhuuu~

usai kemas bilik. Aku keluar cari dewan makan. Laparrrrrr! Isi perut dulu. Perut kenyang, hati senang! Dalam 15 minit jugakla aku cari dewan makan ni. Alhamdulillah jumpa pun.

Tetiba aku dengar loceng bunyi. Dah waktu rehat ke? Aku tengok jam di tangan. A’ah laa. Dah rehat rupanya. Aku cepat cepat beli makanan dan duduk di satu sudut sambil perhati orang yang beratur ambil makanan. Suasana dekat dewan makan ni jadi bising bila ada budak potong barisan. Pastu berlaku aksi tolak menolak. Maka , ada la sorang budak ni tertumpahkan air kat lantai. Lahaiii budak budak ni.

Aku bangun. Dah siap makan. Pinggan dan gelas aku pegang. Terus jalan ke tempat letak pinggan gelas. Tengah jalan tiba tiba lengan aku dipaut . pastu tak sempat aku nak imbang badan, aku terjatuh bersama empunya badan yang paut aku. Tak lama lepastu pulak dengar suara menjerit macam Pontianak. Suasana tiba tiba senyap. Diam. Kalau cicak jatuh pun konfem boleh dengar ni. Aku dapat rasakan semua tengah tengok aku dan dia. Lagi hebat , sisa makanan aku jatuh atas dia. Patutlah menjerit sampai nak pecah anak tekak.

“woii perempuan! Mata kau letak kat mana? kat lutut?!”

Aku urut dada. Okay sini aku nak mengumumkan aku dah terkejut kuasa dua.

Terkejut sebab sepantas kilat aku jatuh

Terkejut sebab kena marah.

Eh kejap! Minah depan aku ni nak cakap aku yang salah ke camne?

“tapi awak yang paut lengan saya tadi. Sebab tu saya tak dapat imbang badan. Sebab tu saya jatuh. Sebab tu sisa makanan…”

Belum sempat aku habiskan ayat aku , minah depan aku menjerit untuk kali kedua. Haish..tak sakit tekak ke menjerit banyak kali? Nyaring pulak tu. Minah tu bangun sambil buat aksi geli ewwww~ aku pun bangun sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience