BAB 10

Drama Completed 460

“whatever! Sebab aku tahu, tak kira apa aku cakap, kau tetap akan salahkan aku kan. So teruskan lah salahkan aku. Aku tak peduli. Sebab bagi aku sekarang ni, kau takde kredibiliti pun sebagai seorang presiden.Kau cari salah orang lain untuk backup orang yang salah. I hate you!”

Dan aku blah.

“ Arianna Ellora , awak didenda untuk bersihkan tandas selama seminggu selepas waktu kelas”

Ayat cikgu disiplin masih terngiang di telinga aku. Aku mengeluh.

“ kau kenapa kai?” tanya KD

Dia pusing menghadap aku. Cikgu dah keluar lima minit yang lepas. Subjek terkahir hari ini. Semua orang tengah berkemas untuk balik.

“ aku kena denda. Bersih tandas selama seminggu. “ jawabku lemah.

KD terlopong. “Seriously?!”

“ kalau iye pun tutuplah mulut tu sikit.” Aku ligat kemas barangku. Bersiap nak kemas tandas pulak.

“aku pergi dulu.” Kataku usai kemas barang. Sampai depan tandas , aku letak beg. Aku sensing lengan baju. Ambil baldi kat tepi pintu dan mula mengemop. 15 minit kemudian aku siap mengemop. Oh,sakitnya badan aku! Selesai mengemop tetiba masuk 4 orang pelajar dengan kasut kotor. Aku membulatkan mata. Bila aku angkat kepala rupa rupanya Aubrey dan 3 kutu! Arghhhhh! Geramnya!

“opssss..sorry!kitorang nak guna tandas kejap!”

Ya Allah berilah aku kesabaran. Aku teruskan cuci sinki. Sudah selesai diorang gunakan tandas , diorang berdiri kat pintu.

“korang tahu tak ada tukang cuci baru kat sini?” – Aubrey

“oh ye ke?” – Zack

“ ha’ah. I rasa memang sesuai dia jadi tukang cuci.” – Aubrey

“tulah. Takyah nak berlagak sangat. Sepatutnya jadi tukang cuci je. Ada faedahnya jugak. Daripada kenakan orang. Tulah balasannya.”- Mila

Berdesing telinga aku. Aku pusing dan bagi pandangan tajam kat diorang.

“jomlah kita balik. Nanti tak pasal pasal dia mengamuk.”

Huh, panas je aku rasa. Aku intai diorang pergi. Tetiba aku dapat idea. Toink! Toink! Aku perhati diorang turun sampai bawah. Ekceli tandas aku tingkat satu. Sampai je diorang dekat tempat aku aim. Haaa..aku curahkan air lebihan mop tadi.apa lagi, menjeritlah minah minah tu semua. Aku ketawa jahat…

“kalau berani naiklah atas balik. Aku ada banyak lagi lebihan air mop ni. Bolehlah kalau nak mandi untuk kali kedua.” Jerit aku.

“kauuuuu..!!!” Aubrey jerit geram. Aku angkat kening.

“ nak lagi ke?”tanya aku. aku angkat baldi. Acah acah nak simbah air untuk kali kedua. Apa lagi si 3 kutu cepat cepat tarik Aubrey pergi dari situ. Elehhhh.. gertak sikit dah lari. Sambil hentak kaki pulak tu. Ingat comel? Fuh, nasib baik tak naik atas balik.

Dari jauh aku nampak Rasfan tengok apa yang aku buat dan aku senyum sinis. Aku buat mimik muka seolah olah aku cakap “ I don’t give a damn what you are thinking about me right now.”

Aku masuk tandas balik. Sambung cuci. Aku cuci sambil nyanyi. Hindustan pulak tu. Feeling betul! Hahaha

“ woiii makcik! Enjoy nampak.” Aku stop cuci.

“ eh KD..! HANTU AIR PUN ADA SEKALI! QIE PUN!!!” jeritku eksaited!

“jangan lupa acap sekali.” Tetiba tersembul kepala acap disebalik pintu.

“ini tandas perempuan la Acap . kau buat apa kat sini?” kataku.

“ alaa..waktu sekolah dah habisla. Let me help you too” acap sengih.

“ohhhh..korang datang nak tolong eh? Okay.. korang sambung apa yang aku buat. Aku nak rehat jap.” Aku hulurkan mop dan duduk telunjur kat luar sambil mengadap mereka.

“ kai , tapak kasut sape ni? Kotornya.” tanya hantu air

“Aubrey dan si 3 kutu” jawabku.

“ mesti diorang datang sini nak kenakan kau lagi kan.” – Qie

“yee.. tapi don’t worry. Aku dah bagi pembalasan on the spot.” Jawabku sengih.

“ kau buat apa weyyy?” – KD

“ aku simbah air lebihan mop kat diorang.” – aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience