Bahagian 4

Fanfiction Series 3067

Seminggu dah pun berlalu..
Nayeon POV
Aku bersiap ke sekolah seperti biasa.Hari ini Chanyeol akan berangkat ke China.Sebelum itu,aku meminta Chanyeol untuk menghantar aku ke sekolah.
Chanyeol POV
Semua barang telah aku simpan dalam bagasi.Teruja rasanya untuk ke China.Lagipula,ini adalah kali pertama aku ke luar negara.Aku menghantar Nayeon ke sekolah sebelum berangkat ke lapangan terbang.Selesai menghantar Nayeon aku pulang ke rumah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada omma.Aku menaiki teksi ke lapangan terbang.
Daniel POV
Aku lihat Nayeon berjalan menuju ke kelas.Tiada Chanyeol menemani dia seperti biasa.Hari ini Chanyeol berangkat ke China untuk program pertukaran pelajar.Aku memberanikan diri untuk berjalan ke arah Nayeon.
Nayeon POV
Terasa kosong bila Chanyeol tiada.Selalunya ada saja gurau senda masa perjalanan masuk ke kelas.Tak pun,Chanyeol akan tolong bawakan buku aku.Hari ini aku kena buat semuanya sendiri.Beberapa langkah lagi aku nak sampai ke kelas,tiba-tiba seorang pelajar terlanggar aku.Habis jatuh buku yang aku bawa.Aku kutip buku itu satu persatu.Sedang aku ingin mengambil buku yang terakhir,ada sesorang membantu aku.Secara tak sengaja,tangan kami bersentuh.Aku mengangkat kepala untuk melihat wajah dia.
"Daniel."
Dia senyum ke arah aku.Aku ambil buju tadi dan berdiri.
"Gomawo."
"Hai,Nayeon.Nak saya tolong bawakan buku awak?"
Inilah kali pertama Daniel bercakap secara selesa dengan aku.Selalunya,dia seperti takut-takut untuk berbual dengan aku.Barangkali kerana Chanyeol sudah berangkat ke China.Aku mengangguk lalu menyerahkan buku aku kepada dia.
######
Yoona POV
Dari jauh aku melihat Daniel dan Nayeon kelihatan mesra.Tiba-tiba,aku teringat perbualan aku dengan Daniel tempoh hari.
"Niel,are you okay?Any problem?Hmm?"
"Yoona,I think I've fallen in love."
Mungkin orang yang dia maksudkan tu adalah Nayeon.Aku tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.Nayeon adalah kekasih kepada Chanyeol,kawan baik kepada Daniel.Mungkin kerana itu,Daniel tak mahu memberitahu aku bahawa dia sukakan Nayeon.Aku tahu Daniel adalah seorang sahabat yang baik.
######
Di dalam kelas...
Nayeon POV
Yoona baru sahaja sampai dan terus duduk di sebelah aku.Aku lihat dari tadi dia tersengih sambil memandang ke arah Daniel.Aku tak tahu kenapa aku rasa sakit hati bila tengok dia tersengih kepada Daniel macam tu.
"Yoona?Apa relationship awak dengan Daniel?"
Tiba-tiba soalan itu muncul dalam kepala otak aku.Aku jeles ke?
"I dengan Daniel?I pun tak tahu macam mana nak explain dengan you.Dulu,I ni antara stok gf dia.Tapi,lepas dia break dengan semua gf dia,I rasa I ni lebih kepada kawan dia."
"Kawan?Ada ke kawan yang tersengih tengok kawan sendiri?Hari tu siap pegang tangan lagi?Kau ingat aku tak nampak?"
Mahu sahaja aku katakan semua tu depan muka dia.Tapi,status aku tak mengizinkan.Satu sekolah tahu aku ni 'gf' kepada Chanyeol.Aku pun tertanya-tanya,bila aku boleh beritahu perkara sebenar?
"Nayeon,kenapa diam ni?"
Baru aku sedar dari tadi aku hanya bermonolog dalam hati.
"Yoona,saya ada rahsia nak beritahu awak.Tapi,awak kena janji yang awak takkan beritahu sesiapa."
"Rahsia?Baiklah,saya janji."
Yoona membuat pinky promise dengan aku.Yoona adalah satu-satunya kawan perempuan aku sejak aku pindah ke sini.Maklumlah,aku ni bukannya jenis yang suka kumpul kawan.Sorang pun dah cukup.
"Sebenarnya,saya sukakan Daniel."
Riak wajah Yoona terkejut.Dia mengawal suaranya dengan menutup mulutnya guna tangan.
"What?Chanyeol macam mana?"
Bisiknya kepada aku.
"Rahsia yang saya nak cakap ialah pasal Chanyeol,bukan Daniel."
Dia menganggukkan kepala tanda faham.
"Sebenarnya,Chanyeol tu bukan gf saya.Dia kembar tak seiras saya."
Yoona menjerit di situ.Nasib baik aku sempat menutup mulut dia.Satu kelas memandang ke arah kami.Aku pura-pura ketawa untuk menghilangkan curiga pelajar lain.Setelah berjaya menenangkan diri,Yoona menyambung perbualan.
"Patutlah Chanyeol panggil you noona.I dah mula curiga masa first time you datang sini.Tapi,kawan-kawan I cakap,memang trend couple panggil gf dia noona."
"Trend?Lawaklah.Ada jugak trend macam tu "
Kami berdua gelak habis dengan isu panggilan noona itu.
"Tapi,kenapa dia mengaku yang you ni gf dia?Masa first day you kat sini pulak tu."
"Chan nak protect noona dari lelaki yang tak guna."
Aku meniru ayat yang Chan katakan kepad aku.
"So sweet.Untunglah you dapat adik macam dia.I ni tiap hari gaduh dengan adik I.So,sekarang ni Chanyeol pergi China,you nak ambik peluaang ni untuk pikat Daniel?Am I right?"
"Wahh...pandainya awak teka.Sekarang ni saya ada masa sebulan aje."
"Don't worry,I'll help you."
kata Yoona kepada aku sambil tersenyum manis.
######
Daniel POV
Hari ini sepatutnya aku dah mulakan plan aku.Pagi tadi,nasib memang menyebelahi aku.Aku tahu dia gembira masa tangan kami tak sengaja tersentuh.Sekarang dah waktu makan tengah hari.Aku bercadang untuk makan bersama dia.
"Daniel!"
Yoona memanggil nama aku.Aku tengah berjalan ke arah kafe.Aku melambaikan tangan ke arah Yoona.Nayeon ada di sebelah Yoona.
"Yoona!"
Aku,Yoona dan Nayeon makan bersama di kafe.Yoona duduk di sebelah aku dan Nayeon duduk di depan aku.Kami memang makan bersama,tapi aku rasa macam aku tengah makan sorang-sorang.Mana taknya,dari tadi dorang berbual sesama sendiri je,rasa macam tunggul pulak aku kat sini.
"Daniel,you tak makan ke?"
Aku melihat pinggan aku.Tak terusik pun makanan aku sejak tadi.Yoona mengambil chopstick aku lalu menyuapkan mi goreng itu ke dalam mulut aku.
"Awak berdua kenyang ke makan roti aje?"
tanyaku kepada mereka berdua.Hanya aku yang makan mi di sini.
"Kami ok jelah.Dah biasa."
kata Nayeon pula.Aku menyuap mi ke dalam mulut.
"Daniel,I kena pergi dulu.You makanlah dengan Nayeon."
Yoona bangun lalu meninggalkan kami berdua.Aku lihat Nayeon agak kekok di hadapan aku.Dia malu ke?
"Nayeon ssi,rasa macam dating pulak bila berdua macam ni."
Tersembur roti yang dimakan oleh Nayeon.
"Mian,mian."
Segera dia mengambil sapu tangan lalu mengelap muka aku yang terkena roti.Aku hanya tersengih.
"Awak ok tak ni?"
Tangan Nayeon masih mengelap wajah aku.Aku rasa muka aku dah bersih tapi kenapa dia masih tak berhenti lap muka aku?Aku pandang mata Nayeon.Tanpa aku sedar tangan aku menahan Nayeon dari terus mengelap muka aku.Keadaan senyap.Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kami.Sempat jugak aku meneliti wajah Nayeon.Masa pertama kali aku lihat dia,dia memang cantik.Tapi,bila aku tengok dia dekat macam ni,cute pulak.Ditambah dengan pipi yang gebu dan gigi arnab dia.Nayeon melepaskan tangan aku.Rasanya macam tak puas aku nak menatap wajah dia.
"Mianhae."
Sekali lagi dia minta maaf.
"Wae?Kenapa awak minta maaf?Awak ada buat salah ke?"
"Saya dah kotorkan muka awak.Awak janganlah marah."
"Takpe,salah saya jugak sebab sebut benda macam tu masa awak makan.Ada ke patut saya cakap kita ni macam tengah dating."
Aku menepuk kepala aku sendiri.
"Memang macam dating pun."
Aku dengar Nayeon berkata begitu dengan suara yang kecil.
"Apa awak cakap tadi?"
"Hah?Saya ada cakap apa-apa ke?Awak salah dengar kot.Saya pergi dulu."
Merah muka dia.Mesti dia malu sebab aku dengar apa yang dia cakap.Dia pun pergi meninggalkan aku.
######
Nayeon POV
Aku berjalan laju ke tandas.Macam-macam benda dah jadi.Tak sampai sehari Chanyeol takde.Aku menemui Yoona di tandas.Tadi,Yoona yang mencadangkan aku makan bersama Daniel.Dia sengaja berpura-pura ada kerja supaya aku makan berdua je dengan Daniel.
"Nayeon,so macam mana?"
Teruja betul si Yoona ni.
"Gomawo,Yoona.Kalau awak tak tolong saya,mesti saya takdapat alami semua ni."
Aku pun mula menceritakan kepada Yoona tentang apa yang berlaku di kafe tadi.
######
Daniel POV
Aku memegang sapu tangan Nayeon.Masih terbayang masa dia lap muka aku tadi.Aku dapat rasa yang dia juga sukakan aku.Sapu tangan itu tertinggal semasa dia pergi tergesa-gesa.Aku ingat lagi muka dia merah sebab malu.Dah kali kedua aku tengok muka dia merah macam tu.Cute.
######
Nayeon POV
Aku menyimpan semua buku aku ke dalam beg.Hari ini aku pulang sedikit lewat kerana aku belajar di perpustakaan.Lagipula,hari masih panas jika aku terus pulang ke rumah tadi.Aku menjenguk ke luar pagar sekolah.Manalah tahu ada sesiapa yang aku kenal.Dapat juga minta tumpang.Walaupun rumah aku dekat,tapi nak jalan kaki boleh tahan letih jugak.Setelah pasti tiada sesiapa yang aku boleh tumpang,aku mula berjalan pulang ke rumah.
#######
"Omma,Nageon dah balik."
Aku baru sahaja sampai di rumah.Aku terus ke dapur mencari omma aku.
"Nayeon,kamu dah balik?Lewat juga kamu balik hari ni?Kamu mesti penat.Pergilah mandi dulu.Omma siapkan makanan."
Aku naik ke bilik aku untuk mandi.Sempat aku melihat jam di bilik aku,rupanya sudah jam 4 petang.Aku tak sangka aku pulang selewat ini.Patutlah omma kelihatan risau.Sedang aku mengeringkan rambut aku depan cermin,satu mesej masuk.
"Noona,Chan dah selamat sampai."
Mesej dari Chanyeol rupanya.Siap ada gambar dia tengah selfie dekat airport lagi.Aku terus menelefon Chanyeol.Kami berbual seketika.Aku sebenarnya ingin berbual lama dengan dia,tapi masa tak mengizinkan.

TO BE CONTINUED..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience