Bahagian 1

Fanfiction Series 3067

Nayeon POV
Tergesa-gesa aku berlari untuk masuk ke kelas.Hari ini adalah hari pertama aku berada di sekolah ini.Sememangnya aku mahukan first impression yang baik daripada semua orang.Aku menghentikan langkahku apabila namaku dipanggil.Aku menoleh ke arah suara itu.

"Noona,kenapa jalan cepat sangat?Hmm?Penat Chan kejar tau."

Lembut je suara si Chan ni bila bercakap dengan aku.Sayng betul dia ngan aku.Chanyeol ni bukan bf aku,dia adalah kembar tak seiras aku.Aku lahir beberapa minit awal dari dia.Jadi,secara teknikalnya akulah kakak.Mungkin sebab tu dia manja sangat dengan aku.Sampai ada orang pernah ingat kita orang ni pasangan kekasih.Aku pun rasa nak gelak bila terfikir pasal tu.Tapi antara kami,ada satu benda je yang sama.We're both good looking.Hahaha.Aku ni memang perasan lawa jugak rupanya.

"Kau ni,tak payah manja sangat boleh tak?Aku ni kakak kau je.Nanti orang salah faham macam dulu.Terpaksa aku pindah sekolah lain."

Awal aku mengingatkan Chanyeol tentang hal itu.Aku tak mahu pisang berbuah dua kali.Dulu,omma aku pindahkan aku ke sekolah lain sebab orang selalu sangat salah sangka tentang hubungan kami.

"Noonaaa..."

Panjang pulak dia ni panggil nama aku.Rambut aku yang sedikit terjuntai dikemaskan ke telingaku.

"Mianhae,Chan tahu Chan ni suka susahkan noona.Dahlah,jom masuk kelas."

Tangan aku ditarik ke dalam kelas yang terletak hanya beberapa langkah dari tempat aku berdiri.Sejurus masuk ke kelas,satu kelas riuh.Mungkin sebab aku datang lambat kot.Atau sebab adik aku yang hot ni masuk kelas.Guru kelasku memandang kami berdua.Segera aku meleraikan tangan Chan yang tadi memegang tanganku.

"Chanyeol,duduk di tempat kamu."

Kata guru kelasku kepada Niel.Kemudian guru kelasku memandang aku.

"Kamu sila perkenalkan diri."

Aku pun memperkenalkan diri.Semua mata tertumpu ke arah aku.

"Annyeong,saya Nayeon.Saya harap kamu semua dapat beri tunjuk ajar kepada saya.Seperti yang kamu semua lihat tadi,saya dan Chanyeol adalah..."

Aku nak bagitau satu kelas yang aku dengan Chan ni pasangan kembar,tapi belum habis lagi aku perkenalkan diri,Chanyeol pula mencelah.Aku rasa macam nak ketuk je kepala budak degil ni.

"Kami berdua couple."

Dengan muka selamba dia cakap macam tu.Mana tak darah aku naik.Aku tak dapat nak mencelah sebab satu kelas riuh dengan kenyataan dari Chanyeol tadi.

"Ok,Nayeon kamu boleh duduk sebelah Yoona."

Guru kelasku menunjukkan ke arah seorang yeoja cantik yang duduk bersendirian.Aku pun menuju ke tempat duduk itu.Hasratku untuk memberitahu perkara sebenar tergendala.

-----------------------------------

SEHARI SEBELUM ITU...

Chanyeol POV
"Chan,kau ada dengar pasal budak baru yang nak pindah tu?Aku dengar budak tu hot."

Itulah Kang Daniel aka Playboy Kang.Playboy paling terkenal di Jeguk High merangkap kawan baik aku.

"Tak tahu apa pun.Kenapa?Mana kau tahu semua benda ni?"

Aku memang tak berminat pasal yeoja ni.Malas nak layan perangai dorang.Sebab tulah aku tak pernah couple dengan sesiapa walaupun aku tergolong dalam kategori Hot Namja kat Jeguk High ni.

"Adalah sumber yang boleh percaya.Aku ada gambar dia.Ni."

Daniel menyerahkan telefon bimbitnya kepada aku.Aku melihat gambar Hot Yeoja yang dikatakan oleh dia tadi.

"What?!Ni.."

Aku terkejut.Rupanya yeoja tadi adalah kakak aku,Nayeon.

"Kenapa?Kau kenal dia ke?"

Niel mengusik aku.Sedaya upaya aku cuba kawal ekspresi wajah aku.

"Aku tak boleh biar noona jadi mangsa dia.No!!!Never!!"

Nasib baiklah aku hanya bermonolog dalam hati.Kalau tak..

"Aku tanya ni,kau kenal dia ke?"

Sekali lagi Niel tanya soalan tadi.

"Er...tak tak kenal."

Tergagap-gagap aku jawab soalan Niel.

"Buat saspen je.Aku ingatlah kau kenal dia.Nama dia Nayeon.Kalau tak silap aku," dia dari Shinee Girl Highschool."

Nasib baiklah Niel ni tak berapa bijak.Takdelah dia curiga sebab aku tergagap tadi.

"Mana kau tahu semua ni?Minat betul kau dengan dia.Dahlah aku ada hal ni.Aku pergi dulu."

Daripada terus berada di situ aku segera memberi alasan untuk beredar.

-End of Throwback-

-----------------------------------

Nayeon POV
Aku makan tengah hari dengan classmate aku.Dah orang ajak kan,aku ikut ajelah.Sebenarnya aku plan nak makan sama-sama dengan Chan,tapi sebab dia dah cakap benda pelik-pelik pagi tadi,aku abaikan je niat aku.

"Nayeon,you dengan Niel berapa lama dah couple?"

Alamak!Yoona dah tanya soalan tu.Ni lah yang aku tak nak!Kan dah ada orang salah faham.Chan!!!Jaga kau!Aku diam sebelum menjawab soalan dari Yoona.

"Yoona,sebenarnya kami tak.."

Tiba-tiba mulut ku ditutup dari belakang.Aku menoleh.Jangkaan ku tepat.Ni semua dia punya kerja.Sempat lagi Chan tersengih ke arah aku dan kawan-kawan baruku.

"Noona,tak payahlah nak cerita detail pasal relationship kita ngan orang lain.Malulah Chan."

Masih lagi Niel tersengih.Tanganku tiba-tiba ditarik lalu dia membawa ku pergi dari situ.Siap kau Chan!Nak malu apa bangang?Aku ni kakak kau!

-----------------------------------

Yoona POV
"Peliklah dorang tu.Ada ke couple panggil gf dia noona?"

Soalan itu aku tujukan kepada girls yang ada di situ.

"Mestilah ada.Sweet apa?"

Dahyun yang dari tadi diam, menjawab soalan aku.Manakala girls yang lain mengiakan kata-kata Dahyun.

"I pun rasa sweet kalau bf kita panggil kita noona.Kalaulah Chanyeol tu bf I,memang I suruh dia panggil I noona.Lagipun I lagi tua dari dia dua bulan."

Kali ini Mina pula yang mencelah.Sakit pula hati aku dengan dorang ni.Akhirnya aku tak berkata apa-apa.Malas nak bertekak dengan dorang.

-----------------------------------

Nayeon POV
Tangan Chanyeol yang memegang tanganku aku lepaskan.

"Kau ni,aku dah cakapkan.Kenapa kau cari pasal hah?"
Meledak kemarahanku di situ.

"Mianhae,noona.Jongmal mianhae.Chan buat semua tu ada sebab.Nanti sampai rumah Chan cerita dengan noona."

Sengaja Chan buat muka cute biar aku tak marah dia.Aku pun memang tak boleh nak marah dia lama-lama.Dia ajelah satu-satunya adik yang aku ada.Mahu tak mahu kena terima jugak perangai dia.Aku mengeluh.Chanyeol menepuk perlahan belakangku.Seolah menenangkan aku yang tengah stres sebab dia.Tubuhku dia raih ke dalam pelukannya.Walaupun Chan selalu menyusahkan aku,tapi dia tak pernah lupa nak pujuk aku balik.Tulah aku sayang sangat kat dia.Dia meleraikan pelukannya apabila terdengar suara seseorang.Setahu aku,cuma aku dengan Chan je ada kat rooftop ni tadi.Aku menoleh ke arah suara itu.Aku nampak dia tengah tersenyum dekat sorang namja.Kawan dia kot ni.

"Hey,Chan!"

Dari atas sampai bawah namja tu lihat aku.Aku rasa semacam pulak.

"Awak ni siapa?"

Aku bertanya kepada namja itu.Rasa tak selesa dengan pandangan dia buat aku nak tahu tentang namja tu.

"Saya Kang Daniel.Panggil Niel je.Kalau nak panggil oppa pun boleh."

Mak aih,hensem giler dia ni. Aku tak tahu pulak ada manusia muka camni.Cute pun ada gak.Aku terpesona seketika tengok muka dia.Dia hulur tangannya kepada aku.Aku sambut tangan dia tapi Chan menghalang.Apa punya adiklah!Tak supporting langsung!Aku nak kenal dengan namja yang hot macam tu pun dia tak suruh.Aku tahulah aku ni tak nampak macam kakak dia sebab dia lagi tinggi dari aku.

"Annyeong saya..."

Belum sempat lagi aku nak sebut nama aku,Niel mencelah.Hish memang sama spesis dengan Chan lah dia ni.Suka mencelah bila orang tengah cakap.

"Nayeon?Am I right?"

Penuh bergaya dia sebut nama aku.Aku menganggukkan kepala mengiakan apa yang dia cakap.Dia hulurkan tangan sekali lagi sebab nak shake hand dengan aku.Baru je aku nak sambut tangan dia,Chan pula yang sambut tangan dia dulu.

"Hey,Niel.Buat apa kat sini?Mana kau punga gf?"

Tiba-tiba cakap pasal gf Niel kat sini,kenapa?Chanyeol sengaja tak nak aku dekat dengan Niel ke?Muka Niel pun berubah bila Chan cakap pasal benda tu.Aku cepat-cepat mencelah sebab aku takut budak dua ekor ni bergaduh kat sini.

"Hai,Niel.Mana awak tahu nama saya?Saya baru je pindah sini."

Aku nampak muka dia macam gelabah bila aku tanya.

"Err..awak kan cantik.Saya ni memang akan kenal semua yeoja yang cantik and cute macam awak."

Wei,dia puji aku cantiklah.Pipi aku merah sebab blushing.Selama aku hidup,belum pernah lelaki puji aku cantik.Maklumlah,aku ni tomboy.Semua lelaki takut dengan aku walaupun aku ni lawa.

"Gomawo sebab puji saya cantik.Saya memang cantik pun."

Tiba-tiba,aku jadi gedik sebab perasan diri aku ni cantik.Chanyeol yang rimas tengok aku menggedik,tarik tangan aku dan bawa aku pergi dari situ.

-----------------------------------

Chanyeol POV
Aku ketuk pintu bilik Nayeon beberapa kali.Tapi tiada jawapan.Apalah yang dia buat dalam bilik tu?Tidak lama kemudian,Nayeon membuka pintu bilik.Aku terus masuk dan duduk di atas katil.Nayeon pula duduk dekat meja belajar dia.

"Noona buat apa tadi?Chan ketuk pintu noona tak jawab pun."

Giliran aku pulak nak merajuk.Apa?Ingat namja hot macam aku tak merajuk ke?

"Oh..aku mandi tadi.Kenapa?Ada benda nak cerita ke?"

Noona aku memang masak sangat dengan perangai aku.Setiap kali aku ada problem,mesti aku cari noona aku dulu.Noona aku ni memang expert dalam bab menyelesaikan masalah.Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka bicara.

"Chan tak nak noona rapat dengan Niel.Chan tak suka."

"Wae?Aku tengok budak tu baik je."

"Noona,dia tu memang baik especially dengan yeoja.Noona nak tahu kenapa?"

"Hah..kenapa?"

"Sebab dia tu buaya.P.L.A.Y.B.O.Y."

"Oh,ye ke?"

Yoona diam seketika.Yoona pegang bahu aku.Dia tengok ke dalam mata aku seolah-olah nak tahu aku jujur ke tak.

"Kau tak tipu kan?Ke kau jeles sebab noona kau ni lagi famous dari kau.Maklumlah kau kan takde gf."

Aku pulak yang kena perli oleh Yoona.

"Noona,I'm serious.I don't want you to have any kind of relationship with him.Arasseo?"

Aku bangun lalu keluar dari bilik Nayeon selepas katakan semua itu.Tak guna aku lama-lama dalam bilik dia kalau dia tak nak percaya apa yang aku cakap.

-----------------------------------

Nayeon POV
Lepas Chan keluar dari bilik aku,aku tak senang duduk.Aku rasa dia merajuk dengan aku sebab aku tak percaya apa yang dia cakap.Dia yang mengarut,macam mana aku nak percaya?Suka hati je nak cakap si Niel tu playboy.Bukan salah aku ok!Aku tengah pikir sama ada nak pergi pujuk dia ke tak?Nak pergi?Tak?Aku mundar-mandir dalam bilik.

"Nayeon,kamu buat apa tu?"

Omma aku tetiba muncul.Dia tengah berdiri depan pintu bilik aku yang memang terbuka sejak Chan keluar dari bilik aku tadi.

"Omma.Masuklah."

Omma aku masuk ke dalam bilik aku.

"Kenapa ni?Nayeon gaduh dengan Chan lagi ke?"

Omma aku duduk di sebelah aku di atas katil.Aku baring kat atas paha omma.Sekali sekala nak bermanja tak salah kan?Omma belai rambut aku.Lembut.Sampai nak tertidur aku.

"Omma,perlukah Chan nak masuk campur dalam hidup Nayeon?Ada jugak masa Nayeon nak privacy.Omma cakaplah dengan dia.Dahlah dia tu asyik merajuk je.Penatlah Nayeon nak pujuk dia all the time."

Aku mengadu segala yang aku rasa kepada omma.Omma melihat wajah aku dengan senyuman yang menghangatkan.Cantiknya omma aku ni.Patutlah aku cantik.Sama macam dia.

"Nayeon,dia tu satu-satunya adik kamu.Kamu kenalah layan dia elok-elok.Dia tu dah takde sapa-sapa kecuali kita.Sejak appa dah takde,kita ajelah tempat dia bergantung hidup.Dia tu adik,so biasalah kalau dia merajuk.Bila dia dah matang nanti,oklah tu."

Lepas dengar apa yang omma cakap,hati aku rasa tenang.Untung aku dapat omma yang penyayang dan lemah lembut macam ni.Berbeza betul dengan perangai aku yang kasar ni.

"Nae,omma.Nayeon nak pergi pujuk Chan lah kalau macam tu."

Omma keluar dari bilik aku.Aku pun keluar dai bilik dan pergi ke bilik Chan.

-----------------------------------

Chanyeol POV
"Tok!Tok!"

Ada orang ketuk pintu bilik aku.Aku tanggalkan headphone yang aku pakai sejak tadi.Aku buka pintu.Nayeon tengah berdiri depan pintu bilik aku.Aku duduk kembali di katilku.Headphone aku pakai semula.Aku masih merajuk.Sebab tu aku taknak layan Nayeon.

"Chan..."

Sengaja betul Nayeon buat suara memujuk dia.Aku cuba kawal diri supaya tak terpujuk.Aku pasang lagu kuat-kuat dalam headphone supaya aku tak dengar apa yang dia cakap.Nayeon yang kelihatan geram dengan aku terus cabut headphone aku.

"Chan,aku minta maaf."

Nayeon tunduk sambil minta maaf kat aku.

"Kenapa?Noona ada buat salah ke?"

Aku berpura-pura tak tahu apa-apa.Saja je nak mengusik dia.Biar dia tahu apa yang aku rasa bila dia merajuk.

"Chan..tak sayang noona ke?Kalau macam ni,noona keluar ajelah."

Aku terus peluk Nayeon.Sapa cakap aku tak sayang dia?Aku sayang dia.Dialah kakak aku yang paling aku sayang.

"Mestilah sayang.Mianhae sebab buat noona macam tu.Chan cuma tak nak noona dipermainkan oleh Niel je."

"Gwenchana.It's not your fault.Aku tahu kau cuma caring je.Aku yang react lebih-lebih.Mianhae."

"Dah dah.Ape ni feeling-feeling?Tak sukalah.Mana kakak Niel yang tomboy tu?"

Aku kesat air mata Nayeon.Noona aku ni memang kuat menangis jugak sebenarnya.Benda simple camni pun dia nak nangis.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience