Daniel POV
"Ting!"
Satu mesej baru masuk.Aku capai telefon yang ada kat atas meja belajar.Mesej itu dari Yoona.
"Niel,esok kita keluar nak?"
Aku terus balas mesej itu.
"Hmmm..sorry darling.Esok saya busy.Ada training."
Aku letakkan phone kat tempat tadi lepas balas mesej Yoona.Walaupun Yoona ni gf aku,tapi aku bukannya suka sangat kat dia.Aku cuma couple dengan dia untuk enjoy je.Well,nama dah playboy kan?Sebenarnya esok aku bukannya ada training.Aku sengaja cakap macam tu sebab esok aku nak jumpa dengan Nayeon.
-----------------------------------
Nayeon POV
Lega bila aku dah berbaik dengan Chan.Tapi masih ada lagi masalah lain.Pasal hubungan sebenar aku dengan Chan,orang belum tahu.Esoklah aku settle pasal benda tu.Aku tak tahulah kenapa kepala otak aku ni dari tadi terfikir pasal Daniel.Walaupun Chan dah halang aku dari minat dengan Daniel,tapi aku tak dapat nak kawal perasaan aku.Baru sekali je aku jumpa dia.Kenapa aku dah gila bayang camni?Dia ni pakai bomoh ke apa?Hahaha.Apalah aku ni?Mengarut pulak.Tetiba teringat masa dia sebut nama aku.Bergaya betul.
"Nayeon?Am I right?"
Eh,kau ni dah kenapa Nayeon?Aku tepuk dahi sendiri.Kononnya nak sedarkan diri aku yang tengah angau ni.Aku tengok cermin.
"What?Dia playboy?Tak kisahlah,janji dia jadi milik aku."
Itu yang aku kata kepada diriku di depan cermin.Sebelum ni aku tak pernah bercinta.Kenapa?Sebab aku sekolah kat sekolah perempuan.Takpe,aku akan cuba dekati Daniel tanpa pengetahuan Chan.
-----------------------------------
Chanyeol POV
Penatnya.Aku baru je habis training bola keranjang.Maklumlah,aku ni kan tinggi.So,aku jadilah atlet bola keranjang.Sepatutnya,Daniel pun join sekali.Tapi,batang hidung dia pun aku tak nampak.Tengah dating lah tu agaknya.Aku duduk kat bangku sambil lap peluh aku.Tak lama kemudian,aku nampak Daniel baru datang.
"Hey,sini!"
Daniel berjalan ke arah aku dan terus duduk kat sebelah aku.
"Semangat betul training sorang-sorang.Yang lain mana?"
Aku minum air sementara Daniel membebel.
"Hari ni mana ada training.Aku saja je nak training.Akh mana ada kerja.Lainlah macam kau.Setiap hari dating ngan awek."
"Bunyi macam kesunyian aje.Nak aku carikan awek ke?"
"Tak payah.Dah ada dah pun."
Aku buat muka malas nak layan dia.Daniel terkejut dengar ayat aku tadi.
"What?Bila masa pulak?"
Muka Daniel terkejut macam apa.
"Kau tak tahu lagi?Satu kelas dah kecoh semalam.Nayeon."
"Nayeon?So,semalam kat rooftop tu.."
"Oh..kau nampak eh semalam?"
Sengaja aku cakap macam tu.Biar Daniel give up je nak mengurat kakak aku.Walaupun Daniel ni playboy,tapi dia tak kacau awek orang.
"Nampak.Kau peluk dia kan?Aku ingatkan korang takde apa-apa.Patutlah masa aku tunjuk gambar dia hari tu kau macam tergagap je.Wey,sorry ah.Aku tak tahu pulak dia tu awek kau."
Aku angguk kepala je sebagai tanda aku maafkan dia.
"It's ok."
-----------------------------------
Nayeon POV
"Nak pergi ke tak?Dah untung dia tengah sorang tu.Pergi ajelah."
Setelah beberapa lama berfikir aku pun pergi berjumpa dengan Daniel.
"Daniel."
Daniel pusing belakang.Dia senyum kat aku.Dari tadi aku tengok dia duduk sorang sambil main phone.
"Nayeon.Meh duduk sini."
Dia tepuk tempat kosong kat sebelah dia.Aku pun duduk.Aku rasa muka aku makin panas.Aku blushing ke?
"Kenapa dengan muka awak?"
Aku pegang muka aku.Malunya!!Dia tahu yang aku tengah blushing.Tiba-tiba dia pegang pipi aku.
"Awak demam ke?"
Tangan dia beralih ke dahi aku pulak.
"Dahi awak pun panas.Jom saya bawak pergi bilik rawatan nak?"
"Takpe,saya tak apa-apa.Maybe sebab cuaca panas kot."
Cepat-cepat aku bagi alasan sebab tak nak dia tahu yang aku ni sebenarnya blushing sebab dia.
-----------------------------------
Daniel POV
Aku tahu yang dorang tu couple.Tapi kenapa aku masih nak kat Nayeon?No!Bukan prinsip aku untuk rampas hak orang.Takpe,aku rasa maybe sebab jarang spend time dengan gf aku yang berlambak tu.Tulah aku asyik teringatkan Nayeon aje.Tiba-tiba aku teringat pasal petang tadi.
Aku tahu Nayeon sebenarnya memang tak demam.Tapi,dia blushing sebab aku.Aku dah masak sangat dengan perangai perempuan.Bila dorang suka seseorang memang macam tu.Tapi,bukan Nayeon tu dengan Chanyeol ke?Peliklah aku dengan dorang ni.Macam ada yang tak kena je.Aku tidur selepas puas berfikir.
-----------------------------------
Chanyeol POV
"Akhirnya,aku berjaya yakinkan Daniel pasal aku dengan noona.Lepas ni mesti dia takkan kacau noona."Aku tersenyum gembira.Nasib baiklah si Daniel tu playboy yang tak kacau awek orang.Selamatlah noona aku daripada jadi mangsa dia.Tengah aku sengih-sengih dalam bilik,tetiba Nayeon masuk.
"Chan,kau kena tanggungjawab!!"
Apesal dia ni tetiba marah.Period ke apa?
"Kenapa,noona?"
"Sebab kau cakap aku ni gf kau,takde sorang laki pun berani nak dekat dengan aku."
Nayeon mencebik.Tu je ke?Aku ingatkan ape benda yang dia marah tadi.
"Noona,dorang tu bukannya buat macam tu sebab Chan.Dorang buat macam tu sebab noona garang sangat.Tulah sapa suruh jadi tomboy."
"Kau ni!Bukannya nak tolong settle masalah.Malah aku pulak yang kau perli.Kau tahu tak?Aku ni jadi tomboy pun sebab aku nak protect kau.Kau tak ingat ke masa kecik-kecik dulu aku yang belasah orang yang buli kau?"
"Auchh."
Aku pegang dada aku.
"Deepnya ayat noona.Mian.Gomawo sebab protect Chan dari kecik.So,sekarang ni giliran Chan untuk protect noona."
Aku cakap macam tu sambil pegang bahu Nayeon.
"Sebenarnya,Chan cakap yang kita couple sebab Chan nak protect noona dari lelaki tu semua.Kalau ada lelaki yang lulus ujian jadi abang ipar Chan,baru Chan akan cerita perkara sebenar dekat lelaki tu.For the time being,can't we just keep it as a secret?Hmm?"
"Ok."
Tu je jawapan dari Nayeon lepas aku membebel bukan main panjang.Dia keluar dari bilik aku dengan langkah yang lemah.
-------
Nayeon POV
Aku datang ke sekolah bersama dengan Chanyeol.Nilah first time aku naik motor besar dia.Bukan apa,aku ni lagi selesa naik kereta berbanding dengan motor.
"Weyh,Chan.Kau hantar aku kat main gate ajelah.Biar aku jalan kaki masuk dalam."
kataku kepada Chanyeol.
"Lah,biarlah Chan parking motor kat dalam kan senang."
Melawan pulak budak ni.Orang dah suruh tu,ikut ajelah.
"Aku malulah orang tengok kita datang sekolah sesama."
"No!Chan nak biar semua orang tahu takde sapa boleh dapat kakak kesayangan Chan ni melainkan Chan setuju."
Akhirnya,dia hantar aku sampai ke dalam sekolah.Semua orang tengok kami berdua.Malunya tak dapat nak cakap.Aku rasa tahap kefamousan aku kat sekolah ni makin meningkat sebab gosip aku dengan Chan.Kebetulan masa aku tengah buka helmet,Daniel datang dengan kereta sport dia.Maklumlah orang kaya.Dia parking tak jauh dari tempat Chan parking motor.Aku cepat-cepat buka helmet dan menuju ke arah kereta dia.Sempat jugak aku betulkan rambut aku yang kusut lepas pakai helmet tadi.
Daniel POV
Aku baru je keluar dari kereta.Aku perasan ada seseorang yang tengah jalan ke arah aku.Nayeon.Aku tak tahulah kenapa aku rasa happy sangat bila tengok muka dia.Aku balas senyuman Nayeon.
"Daniel,ni kereta awak ke?"
Kenapa aku rasa Nayeon ni macam lebih cantik dari semalam eh? Aku menepuk kepala aku sendiri lepas sedar yang aku ni berkhayal.
"Nae,kereta ni saya punya.My dad give it to me as a birthday present last year."
"Woah..Daebak.Kalau saya nak jalan-jalan naik kereta awak boleh?"
"Sure.Next time kita pergi dengan Chanyeol sekali."
Sengaja aku tekankan nama Chanyeol biar si Nayeon ni sedar yang Chanyeol tu bf dia bukan aku.
"Ouh..ok.Jomlah masuk kelas.Nanti lambat pulak."
Tiba-tiba,Nayeon tarik tangan aku.Aku lepaskan tangan dia dengan lembut.Aku tahu dari tadi Chanyeol tengah perhatikan aku.Aku tak nak jadi pengkhianat.
"Mianhae,saya nak kena jumpa cikgu dulu.Awak pergilah dengan Chanyeol dulu."
Aku tinggalkan Nayeon di situ.
-------
Nayeon POV
Aku berjalan masuk ke kelas sendiri.Nampaknya si Daniel pun macam tak suka kat aku je.Ke dia takut dengan Chanyeol?Dari tadi dia asyik sebut pasal Chan.
"Noona!"
Chan tiba-tiba muncul dari belakang.Aku tersenyum hambar je tengok muka Chan.
"Waeyo?"
Dia tanya aku.Nak aje aku jawab yang aku tengah sedih sebab Daniel tak nak terima cinta aku.Tapi,aku abaikan aje niat aku tu.Aku tau Chanyeol memang tak suka kalau aku suka dengan Daniel.
"Huh?...Er..er..nothing.Just rasa mual aje.Maybe sebab first time naik motor kot."
Itu alasan aku kepada Chan.Aku terus masuk ke tandas yang terdekat untuk berpura-pura muntah.Kenapa aku rasa sedih sangat bila Daniel tak layan aku?Ni ke orang cakap love at first sight?Memang yalah tu.Takpe,aku akan pastikan Daniel akan jadi boyfriend aku yang pertama and terakhir.Aku tengok muka aku dalam cermin dan senyum.
"You can do it,Nayeon!Fighting!"
Aku menyemangati diri sendiri.Aku segera keluar dari tandas bila ada orang lain masuk.
----------
Daniel POV
Aku tengah breakfast dengan Yoona di kafe sekolah.Sepatah pun aku tak bercakap.Yoona yang pelik tengok perangai aku,terus tanya.
"Niel,are you okey?Any problem?Hmm?"
Yoona nilah satu-satunya awek aku yang tinggal.Sejak sebulan yang lalu aku break up dengan semua awek aku.Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu.Mungkin sebab aku nak insaf kot.Kenapa aku pilih Yoona?Sebab dia ni tak gedik macam gf aku yang lain.Sebenarnya,aku dah anggap dia macam kawan.
"Yoona,I think I've falllen in love."
Terbeliak mata Yoona dengar apa yang aku cakap.
"What?Seriously?Dengan sapa?"
"Nanti-nanti saya cerita."
Muka Yoona berubah.Dia jeles ke?Entahlah,aku rasa dia pun tahu yang aku anggap dia tak lebih dari kawan.Mungkin salah aku juga sebab aku cakap dia tu gf aku.
Share this novel