Bahagian 3

Fanfiction Series 3067

Nayeon POV
Hari ni baru aku mula belajar dalam kelas macam pelajar yang normal.Tempat duduk aku kat sebelah Yoona.Si Chan pulak duduk dengan Daniel.Aku pun mulanya terkejut.Aku ingatkan Daniel tak sama kelas ngan aku.Sebab masa first day aku datang,aku tak nampak dia pun.Aku cuma ingat aku terserempak dengan dia dekat rooftop,masa aku dengan Daniel.Tapi baguslah aku sama kelas ngan dia.Dapat jugak tengok muka hensem dia hari-hari.Aku tersengih sorang-sorang.
"Nayeon,kamu tak pilih ahli kumpulan kamu ke?"
Aku tengok sekeliling.Semua mata memandang aku.Rupanya masa aku sibuk tersengih tadi,cikgu dah mengarahkan kami pilih kumpulan kami sendiri.Aku cepat-cepat cari mana kumpulan Daniel.Sebaik sahaja nampak Daniel,aku terus duduk dalam kumpulan yang sama dengan dia.Satu kelas riuh sebaik sahaja aku duduk.Muka aku merah.Takkan dorang dah tahu yang aku suka kat Daniel kot?
"Noona."
Aku baru sedar.Rupanya dorang riuh sebab ada Chanyeol kat sini.
"Chan?"
Chanyeol pegang tangan aku.Makin riuh kelas itu sebab Chanyeol.Aku lepaskan tangan Chan.
"Ok,semua dah ada dalam kumpulan.Cikgu nak kamu semua siapkan projek ni.Masa kamu sampai hujung bulan ni."
Kami mula berbincang setelah cikgu habis memberi arahan.Aku baru perasan yang Yoona pun sama grup dengan aku.Jadi,kumpulan ni ada 4 orang.Aku,Daniel,Chan dengan Yoona.
######
Daniel POV
Sepanjang perbincangan aku tengok Nayeon ni dari tadi duk tenung aku.Aku sengaja pura-pura layan Yoona biar Nayeon sakit hati.Aku tak nak khianati Chanyeol.Chanyeol pun memang tak suka kalau aku rapat dengan Nayeon.
"Yoona,apa yang awak cakap tadi?"
Tangan Yoona sengaja aku pegang.Yoona memandang aku dengan pelik.
"I tengah explain pasal ni."
Yoona menunjukkan idea yang dia tengah bincang untuk projek kami.
"Ouh...saya pun rasa bagus jugak kalau kita buat macam ni."
Tetiba Nayeon berkata,
"Daniel saya rasa lebih baik kalau kita buat macam ni."
"Yelah,ok jugak kalau macam tu."
Yoona mengiakan kata-kata Nayeon.
"Ok,kelas hari ini tamat.Kamu semua boleh sambung bincang kat rumah."
Tanpa aku sedari,masa dah tamat.Cikgu mengemas bukunya lalu keluar dari kelas.
Chanyeol POV
Sebaik sahaja cikgu keluar dari kelas,aku tarik tangan Nayeon ke penjuru kelas.Untung takde sesiapa nampak.Kalau tak,memang riuh satu kelas.
"Noona,kenapa noona join team Chan?Noona nak sama team dengan Niel ke?Berapa kali Chan nak cakap jangan rapat dengan budak tu?"
Nayeon hanya menundukkan kepalanya.Barangkali rasa bersalah sebab dia buat aku risau.
"Mianhae,Chan.Noona bukan nak sama team dengan dia.Noona nak sama team dengan adik kesayangan noona ni."
Pipi aku dia cubit.Sakit.Aku pegang pipi aku yang merah.
"Oklah kalau macam tu."
Aku biarkan Nayeon duduk kat tempat duduk dia balik lepas aku ingatkan dia pasal Daniel.
######
Nayeon POV
Huh...nasib baik Chan percaya apa yang aku cakap.Pandai jugak aku berlakon kan?Aku senyum sorang-sorang.Makin senanglah aku nak jumpa Daniel kalau macam ni.
######
Daniel POV
Aku tengah belajar dalam perpustakaan.Ada satu benda yang korang tak tahu pasal aku.Selain dari digelar PLAYBOY,aku ni sebenarnya TOP STUDENT kat Jeguk High ni.Walaupun aku selalu busy layan awek aku,aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai sorang pelajar.Tiap kali exam,aku akan dapat TOP 3 dalam kelas aku.Sedang aku syok belajar,tiba-tiba bahuku disentuh oleh sesesorang.Aku menoleh ke belakang.
"Annyeong!"
Dia menyapa aku.Aku buat isyarat senyap untuk dia.Dia duduk kat sebelah aku.
"Hai Daniel!"
Bisik dia dekat aku.Buku yang dia bawa dia letak kat atas meja.Dia mencari muka surat yang sama dengan aku.Tanpa berkata apa-apa,dia terus mula belajar.Aku biarkan sahaja dia.
"Daniel,saya tak pandai buat soalan add math ni.Susahlah.Awak boleh tolong ajarkan?"
Aku letak pensel dan mula mengajar dia.
"Nayeon,yang ni,awak tambahkan lepas tu bahagi...nanti awak dapatlah jawapan dia."
"Thanks Niel."
Nayeon pun menulis apa yang aku ajarkan tadi.First time aku tengok dia serius masa dengan aku.Selalunya,setiap kali dia tengok aku,mesti dia terlebih excited.Mungkin dia memang tak suka aku kot.Aku je yang perasan.Lepas lebih kurang dua jam kami belajar,kami pun keluar dari perpustakaan.
######
Nayeon POV
Hari ni aku balik sorang-sorang.Sepatutnya,aku balik dengan Chan.Tapi,Chan ni dah hilang entah ke mana.Malas pulak aku nak call dia.Aku decide untuk jalan kaki je.Lagipun rumah aku dekat.
"Nayeon!"
Daniel muncul dari belakang.Aku tersenyum lebar.
"Daniel,awak tak balik lagi?"
Aku tanya dia.
"Nak baliklah ni.Awak tak balik lagi?Chanyeol ke ambik awak?"
"Belum lagi,saya pun tak tahu mana pergi si Chan ni.Malas pulak nak call dia.So,saya decide nak jalan kaki aje."
"Kalau macam tu,saya hantarkan nak?Lagipun rumah saya dengan rumah awak kat kawasan yang sama.Bahayalah awak balik jalan kaki sorang-sorang."
Aku rasa macam nak melompat aje bila Daniel offer nak hantar aku balik.
"Boleh jugak!Kereta awak mana?"
Aku dan Daniel berjalan menuju ke kereta Daniel.
"Noona!"
Masa ni jugaklah si Chan ni nak muncul.Belum sempat aku naik kereta Daniel,dia dah muncul.Dia berlari ke arah aku lepas parking motor dia.
"Tu Chanyeol.Awak balik dengan dia jelah.Bye,saya balik dulu."
Daniel masuk ke dalam kereta.Aku dah pegang pintu kereta Daniel tadi,tinggal nak masuk je.Ishh...geram betul aku ngan Chan ni.Akhirnya,aku ditinggalkan oleh Niel di situ.
Nayeon POV
"Kau pergi mana?"
tanyaku kepada Chanyeol.
"Sorilah,Chan tadi jumpa kawan kejap.Lupa pulak yang noona belum balik.Hehe."
Aku ambik helmet dari Chanyeol dan terus duduk atas motor tanpa bercakap.Malas nak layan budak ni.
######
Daniel POV
Aku tak sedap hati lepas tinggalkan Nayeon petang tadi.Harap Chanyeol tak fikir aku nak rampas gf dia.Aku mesej Chanyeol.
"Chanyeol,petang tadi aku bukan sengaja nak bawak Nayeon balik.Aku nak tolong hantarkan sebab kau xde.Kau jangan salah faham ye."
Satu mesej baru sampai.
"Takde hal bro.Aku tak marah pun."
Aku lega bila Chanyeol cakap macam tu.Dapat jugak aku tidur lena malam ni.
######
Seminggu kemudian..
Chanyeol POV
"Omma,Chan dapat offer ikut program pertukaran pelajar.Omma suruh Chan pergi ke?"
Pagi itu,aku mengambil surat dari peti surat.Aku terkejut bila dapat tahu yang aku ikut program tu.Masa breakfast aku terus tanya omma aku.
"Ye ke?Baguslah.Omma izinkan.Bila?Kat mana?Berapa lama?"
Omma aku pulak yang terlebih excited.
"Sabarlah omma.Macam mana Chan nak jawab kalau omma tanya sekaligus."
Aku menyuap mi goreng ke dalam mulut.Omma aku hanya ketawa kecil.
"Ok,kamu jawablah satu-satu."
"Start next week.Tempat dia kat China.Chan kena sekolah kat sana sebulan."
"Sebulan?Lamanya...sapa nak hiburkan omma nanti?"
Sedang aku dan omma berbual Nayeon muncul dari biliknya.
"Morning,ma.Morning,Chan."
Tanpa membasuh muka,Nayeon terus ambik pinggan dan makan.Ni memang tabiat Nayeon setiap kali hujung minggu.Sebaik sahaja dia bangun tidur,dia akan makan dulu.
"Nayeon,pergilah cuci muka tu.Dengan rambut serabai,ishhh budak ni."
Aku gelak kat Nayeon.Kan dah kena ceramah free dari omma.
Nayeon berhenti makan dan pergi membasuh mukanya.
"Macam mana ma?Omma suruh ke Chan pergi?Kalau takdapat xpe.Chan tak kisah pun."
"Pergilah.Ada Nayeon temankan omma.Kalau rindu,omma boleh video call je."
Nayeon yang selesai membasuh muka,duduk kembali di meja makan.
"Kau nak pergi mana Chan?"
Dia terdengar aku cakap dengan omma tadi agaknya.
"China.Ada program pertukaran pelajar.Sebulan Chan kat sana."
"Woah...daebak!Untungnya kau.Kalau macam ni,aku kena balik jalan kaki sebulan nampaknya."
"Noona tak kisah kan kalau Chan pergi?"
Saja aku tanya Nayeon.Aku ni kan adik kesayangan dia.Manalah tau nanti dia merayu tak nak aku pergi.
"Pergilah.Aku tak kisah pun.Peluang macam ni bukan datang selalu."
"Tq omma,noona.Tq sebab izinkan Chan pergi."
Aku sambung makan lepas habis bincang pasal hal program pertukaran pelajar.
######
Nayeon POV
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik,aku terus melompat keriangan.Aku cuba kawal suara aku daripada menjerit kuat.Aku ada masa sebulan masa Chan pergi ke China.Aku akan pastikan Daniel jatuh cinta ngan aku dalam masa sebulan tu.Aku mengambil phone dan melihat kalendar dalam phone.Aku mula mengira bila Chan akan berangkat ke China.Lamanya...ada seminggu lagi.
######
Daniel POV
"Seriously?So next week kau pergi?"
Aku terkejut lepas dapat berita tu dari Chanyeol.
"Haah,next week.Kat China.Aku nak minta tolong kau sikit.Kau kan selalu pergi sana,kau ajar aku bahasa Cina boleh tak?Yang basic je."
"Boleh je.Kau kan bff aku."
Sehari suntuk aku lepak dengan Chanyeol untuk ajar dia bahasa Cina.Aku tak tahu kenapa aku asyik tetfikir pasal Nayeon bila Chanyeol cakap dia nak pergi China sebulan.Aku mula fikir mungkin aku dapat rapat dengan Nayeon masa Chanyeol takda.Banyak kali aku cuba nafikan tapi aku takdapat nak tipu hati aku.Aku rasa aku betul-betul dah fall in love dengan Nayeon.Tak sabarnya nak tunggu seminggu lagi.

TO BE CONTINUED...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience