Bab 11

Romance Series 1216323

Bab 11

“SYED Redza Syed Lukman, ada?" soal Umaira dingin, tanpa menyapa terlebih dahulu. Joana yang ralit menyemak fail, terkejut apatah lagi memandang wajah tegang wanita di depannya itu.

"Err... ada,” jawabnya teragak-agak.

"Okay. Thanks." Umaira terus meluru menuju ke arah pintu.

"Eh! Cik! Cik!” Joana terpinga-pinga mengejar langkah Umaira.

“Cik tak boleh masuk sembarangan. Cik kena ada appoitment dulu baru boleh masuk,” ujar Joana cuba menghalang Umaira dari menceroboh masuk, namun Umaira tidak peduli. Dia terus saja memulas tombol pintu itu lalu di kuak luas.

Syed Redza tersentak. Dia yang sedang memeriksa kertas kerja terus panggung wajah. Keningnya sedikit terangkat apabila memandang Umaira berdiri di muka pintu pejabatnya dengan wajah tegang.

Joana cuak. "Maaf tuan. Saya dah cuba halang dia dari masuk—”

"It's okay, Joana,” cantas Syed Redza tenang.

Joana terus menghela nafas lega. Dia mengangguk lalu mengatur langkah pergi. Sementara Umaira pula, masih berdiri di muka pintu dengan riak wajah tegang yang tiada surutnya. Dia merenung tepat ke wajah Syed Redza yang jelas tampak tenang melihat kehadirannya itu.

"Morning Miss Umaira. What can I help you?" soal Syed Redza lalu bangun berdiri sambil kedua tangannya menyemat butang kot.

Umaira tersengih sinis di dalam hati. Nak tunjuk macho lah tu!

"Kenapa tuan tak inform saya hari ni penyerahan sijil tu? Dan kenapa nama saya tak ada dalam list?" soal Umaira tanpa berkias-kias. Langkah berani diatur menghampiri Syed Redza. Semakin dekat, semakin kuat bau maskulin dari tubuh lelaki itu menerpa deria bau.

Syed Redza mengerut kening sambil kedua tangan menyeluk ke dalam saku seluar. "Bukan ke, awak kata awak tak perlukan sijil dari saya? Bukannya penting pun,” perli Syed Redza.

Pap! Umaira terkedu. Nampaknya lelaki itu sepertinya ingin membalas dendam. Dia yang kini berdiri tepat di hadapan Syed Redza, perlahan menarik nafas dalam lalu dihembus panjang.

"Penting ke tak penting, tuan kena serahkan juga. All the registration fees are been paid. Nanti, apa kata ibu saya kalau saya tak terima sijil tu?" tanya Umaira menahan suaranya dari melenting.

"Jadi, yang nak sijil ni siapa? Awak ke, ibu awak? Kalau ibu awak, lebih baik dia je yang pergi seminar hari tu,” ujar Syed Redza lalu berpaling ingin kembali ke kerusi.

"Tuan!" Umaira terus memukul bahu Syed Redza dari belakang. Syed Redza terkejut lalu berpaling kembali memandang Umaira yang mengetap bibir itu.

"Are you serious? Awak pukul saya?" soal Syed Redza seakan tidak percaya.

"Dah tuan yang tak nak bagi sijil tu!" bentak Umaira tidak dapat mengawal amarahnya lagi.

Syed Redza terus tersenyum sinis. "Sebelum ni, awak banyak mengelamun dalam bengkel seminar saya. Then, semalam awak tendang kaki saya dan hari ni pula?” Syed Redza menggeleng. Dia tidak jadi melabuh punggung di atas kerusi, tetapi dia mengatur langkah menuju ke depan meja. Punggung lalu disandar di meja sambil kedua tangan menyilang memeluk tubuh.

“Mengelamun tak mengelamun, bukan buat tuan rugi satu sen pun. Dah bayarkan? Jangan dijadikan itu sebagai alasan tuan tak nak bagi sijil saya. Be profesional lah, tuan,” ujar Umaira masih tak berpuas hati. Wajahnya masih tegang dek amarah masih belum reda.

Syed Redza tersengih sinis. “Siapa yang tak profesional sini? Saya ke, awak? Siapa yang serang siapa dulu? Terjah office saya, marah-marah saya, siap pukul lagi. Mana rasa hormat? Macam tu ke, cara nak minta sesuatu pada orang? Tambahan pula, orang macam saya ni. Siapa saya pada awak? Your boyfriend?”

“Eeew … Excuse me.” Wajah Umaira berkeriut jengkel.

“Then, why you behaving like that? Aren’t we not friend?” sindir Syed Redza. Umaira terus menjeling.

“Tsk! Tsk! Tsk! Maira… Maira…” Syed Redza menggeleng melihat jelingan maut itu.

“Okay fine. I give you an easy question. If you can give me a correct answer, then I’ll give you the certificate,” ujar Syed Redza.

Kening Umaira terus berlapis seribu. "What?”

"Kalau awak betul focus semasa seminar tu, awak mesti ingat jawapan dia. Don’t worry. It’s just a simple question," ucap Syed Redza sambil merenung wajah Umaira.

Umaira terus tertawa sinis. "Tuan ni pandang rendah dengan IQ saya ke, apa?"

"No, I’m not. Saya tak pernah pandang rendah dengan IQ sesiapa termasuk awak," nafi Syed Redza. Umaira semakin mendongkol geram. Bibir terus diketap kuat, namun nampaknya Syed Redza tidak ambil peduli sama sekali.

"Okay… soalan saya, kalau ada hutang 100k. Langsaikan dulu hutang tu ke, atau terus melabur? Soalan ni pernah diajukan semasa seminar hari tu,” ujar Syed Redza sambil mengukir senyum tipis.

"Apa? Tuan tanya saya tentang pelaburan?" soal Umaira.

"Why? Awak tak ingat lagi ke? It’s an easiest and basic question. Masa belajar dulu, mesti ada belajar tentang investment, right?" kata Syed Redza. Umaira terus menghela nafas kasar. Menyesal pula rasanya datang kesini. Tak pasal-pasal ada sesi soal jawab pula. Getus hatinya.

"Answer me with full explaination and details,” pinta Syed Redza kini dengan wajah serius.

Umaira jadi ragu-ragu. Bukan dia tidak ingat, tetapi dia kurang berkeyakinan dengan jawapan yang akan diberikan nanti. Boleh jadi apa yang dipelajarinya dulu tidak sama dengan jawapan lelaki di depannya ini. Pendapat serta set pemikiran setiap penasihat kewangan serba sedikit pasti ada perbezaan. Tambahan lagi lelaki ini, adalah penasihat kewangan terbaik berasal dari US dan syarikatnya termasuk dalam senarai 10 teratas yang memiliki aset saham pelaburan tertinggi di Malaysia. Namun, dia juga ingin membuktikan bahwa dia tidak mengelamun di dalam seminar tempoh hari. Ah! Membingungkan!

Syed Redza mengangkat sebelah keningnya memerhati Umaira yang masih membisu sejak tadi.

“Selalunya student mudah lupa dengan basic knowledge sebegini disebabkan mindset mereka selalu berfikir mereka pasti akan sentiasa ingat sampai bila-bila. Soalan mudah, jawapan pun mudah. Padahal bila tidak diulangkaji sampai bertahun-tahun, kita akan sendirinya lupa. Contohnya, sifir. Orang selalu fikir sifir tu mudah. Tapi bila disuruh untuk mengingati sifir tertentu, belum tentu ingat semua. Pasti ada yang lupa, dan mula mengira balik untuk dapatkan jawapan betul,” ujar Syed Redza panjang lebar.

Umaira terus menarik muka masam. “Saya ingat lah.”

“Okay then. You may carry on. I would like to hear your answer,” ucap Syed Redza.

Umaira tarik nafas sejenak. Bismillah.

"First, kita check aliran tunai. Duit aliran tunai yang tiada masalah ialah paling minimum 10 persen. Duit masuk tolak dengan duit keluar masih berbaki 10 persen,” ujar Umaira memulakan hujahnya dengan wajah tenang meski jantung sudah dag dig dug!

"Second is, net worth. Kalau 100k cash dan liabiliti dia juga 100k, net worth dia kosong. Kalau di tutup liabiliti tu pula, nertworth dia tetap kosong. Melainkan dia ada aset dan ‘hutang baik’ yang boleh improve net worth tu,” ujar Umaira. Syed Redza terus memerhati bibir merah delima Umaira yang bergerak-gerak itu.

"Third is liquidity ratio. Kalau ada cash 100k, its mean ratio dia tinggi dan mencukupi. Jadi memang boleh afford untuk melabur dulu,” jelas Umaira lalu menghela nafas. Lega rasanya setelah selesai menjelaskan kesemuanya, namun apabila melihat wajah Syed Redza yang serius itu, membuat hatinya kembali gelisah. Salah ke?

"So, your answer is?" soal Syed Redza.

"Boleh melabur kalau aliran tunai tiada masalah, ada aset yang boleh improve net worth and liquidity ratio tinggi,” jawab Umaira penuh yakin.

"Are you sure with your answer?" soal Syed Redza. Umaira telan air liur. Betul-betul salah ke?

"Okay. Last question."

"Tadi cakap satu jeee,” cantas Umaira merungut dengan nada manja tanpa sedar. Syed Redza terpana seketika sambil merenung tepat ke dalam mata Umaira.

Umaira yang baru tersedar akan tingkah lakunya tadi, terus berdehem kecil. Mata memandang ke arah lain.

"Nak certificate ke, tak?" soal Syed Redza.

Umaira mengeluh berat sebelum menjawab. “Okay. Fine."

Mendengar jawapan itu, Syed Redza terus tersenyum nipis. "Okay. Macam biasa. An easiest question. Tempat apa yang paling sesuai untuk melabur dalam situasi tu?"

"Labur ke tempat yang cair,” jawab Umaira.

"Contoh?"

Umaira terus mengecilkan mata. Dia ni memang sengaja nak mainkan aku ke? Umaira ketap bibir, geram. Sabar Maira… Sabar.

"Saham, unit amanah, ASB..."

"And, why is that?"

"Sebab kalau ada apa-apa terjadi, senang nak cairkan,” jawab Umaira.

Syed Redza terus menghela nafas panjang. Seketika dia mendiamkan diri seolah sedang berfikir sebelum mengatur langkah menuju ke kerusi. Punggung terus dilabuh disitu.

Sementara Umaira pula, terus memandang perilaku Syed Redza yang kelihatan santai itu. Betul ke tak jawapan aku tadi? Kenapa diam? Tanyanya di dalam hati, namun tidak terluah di bibir. Takutnya nanti, banyak lagi persoalan diajukan oleh lelaki itu. Tak pasal-pasal dia terpaksa memerah otak.

Laci meja ditarik lalu mengeluar sekeping kertas. Umaira terus menghampiri meja. Ternganga mulutnya apabila memandang sijil yang tertera dengan nama penuhnya.

"Are you serious? Tuan memang sengaja tahan sijil saya kan?" soal Umaira naik bengang.

"Saya ada sebab yang munasabah,” jawab Syed Redza lalu menandatangani sijil itu.

"Sebab apa? Sebab tuan tuduh saya mengelamun masa seminar? Macam tu? Tuan kena ingat, saya dah bayar untuk mengikuti bengkel seminar tu. Lagipun, jawapan saya tadi betulkan?” ujar Umaira.

Syed Redza terus mengangkat wajah setelah selesai menandatangani sijil itu.

"Correction. Your mom paid for you. Dan untuk pengetahuan awak, bukan saya sengaja nak tahan sijil awak hanya disebabkan awak mengelamun. Tapi, atas permintaan ibu awak sendiri. Dia nak tengok, awak betul-betul menghargai ke tak, ilmu yang saya kongsikan tu. She called me last night,” cerita Syed Redza.

Terlopong mulut Umaira. "Apa? Ibu?"

"Ye. Bukan senang sebenarnya nak dapatkan pengiktirafan dari saya. Saya bukan nak riak, tapi saya akan betul-betul pilih siapa yang layak mengikuti seminar saya. Not just simply pay the registration fee, then you can join. Saya tak akan sesuka hati beri sijil pada orang yang langsung tak menghargai dan tak faham dengan apa yang saya ajar. Itu seolah-olah mencalar prinsip saya sebagai seorang tenaga pengajar dan juga financial advisor,” ucap Syed Redza sambil merenung mata Umaira yang masih kelihatan terkejut itu.

"Seminar tu adalah kali kedua diadakan di sini. Orang yang nak join, kena register 6 bulan sebelum program tu bermula. Tapi, awak bernasib baik, ucap Syed Redza lagi. Dia menyandar tubuhnya di dada kerusi. Umaira masih sahaja diam berdiri di depan meja.

"Kalau ikutkan, awak tak boleh join program saya sebab dah penuh. Ibu awak nak register tiga hari sebelum program tu. But, do you know what your mom did for you?" soal Syed Redza, membuat Umaira terus pandang tepat ke matanya.

"Ibu awak sanggup jumpa saya face to face sebab dia betul-betul nak awak join program tu. Saya tak sampai hati tolak. She paid for five thousand. Mungkin lima ribu tu, macam lima ringgit bagi awak. Tapi, bagi orang yang kurang berkemampuan, lima ribu tu bagai lima juta. Ilmu tu mahal. Kalau dah ada peluang di depan mata, jangan disia-siakan. Bukan senang nak dapat peluang macam tu." Nasihat Syed Redza. Umaira terus menundukkan pandangan. Dia tidak menyangka ibunya sanggup melakukan itu. Malu? Ya, dia merasa malu sekarang.

"So, please dear. Appreciate what your mom did for you. Awak satu-satunya harapan dia. Dia nak awak jadi seorang usahawanita yang berjaya. Dia nak awak mampu berdiri di telapak kaki sendiri menerajui syarikat dan menyambung legasi arwah ayah awak suatu hari nanti,” ujar Syed Redza lalu perlahan mengangkat punggung. Sijil di atas meja terus diambil lalu mengatur langkah menghampiri Umaira yang masih tertunduk malu itu.

"Awak faham ke tak ni?" soal Syed Redza lembut. Umaira perlahan mendongak.

"Faham,” jawabnya dengan kedua pipi sudah naik merona. Umaira ingin mengambil sijil itu dari tangan Syed Redza.

"Tapi sebelum tu..." Syed Redza tiba-tiba menarik kembali sijil itu sebelum sampai ke tangan Umaira.

"Apa lagiii…?" Umaira mula merungut panjang. Dia naik rimas dengan perangai lelaki itu. Ada-ada saja akalnya.

"Awak kena belanja saya makan,” ucap Syed Redza.

"Apa? Ni, ibu saya juga ke yang request?" perli Umaira kembali naik bengang. Tidak terus menjawab, Syed Redza mengatur langkah menuju ke meja lalu meraih kunci kereta di atas meja.

"Nope. This is my own request. As you know, untuk mendapatkan pengiktirafan dari saya tu sangat mahal,” ucap Syed Redza. Naik menjuling mata Umaira mendengar kata-kata itu. Sombongnya...

Syed Redza mengatur langkah menuju ke pintu.

"Lagipun, awak dah banyak buat dosa dengan saya. So, anggap je the treat as to ask for my forgiveness." Pintu dibuka luas.

"Lady first..."

Umaira terus mencebik bibir. Mahu tidak mahu, dia terpaksa jua akur hanya demi sebuah sijil. Kaki terus melangkah keluar bersama dengan hati yang cukup geram. Sempat lagi dia menjeling nipis Syed Redza yang berdiri di muka pintu itu. Gentleman lah tu konon! Ceh! Kalau tak disebabkan sijil tu, tak hingin aku nak keluar makan dengan kau! Huh!

Share this novel

Mermaid_
2023-04-13 05:35:44 

update selalu please! menyengih je baca sesorang niiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience