Series
1608
Hayla Arrysa seorang gadis berumur 25 tahun dan sudah sebulan menganggur di rumah sewa selepas tamat ijazah di luar negara.
"Ayla!Kau nih membusuk dekat rumah nih pergi la cari kerja.Aku jamin lah kalau kau pergi mohon kau mesti dapat sebab bidang kau orang banyak nak pakai."Sarah membebel sambil mengunyah mee goreng yang digoreng Hayla.
"Iya Sarah kau tiap pagi bebel dekat aku.Nanti-nanti la aku cari.Sekarang aku nak rehat".Hayla tersengeh.
Selesai sarapan Sarah terus memakai kasut
"Aku tolong kau eh.Dekat office aku tu pun nak guna orang.Bahagian kau pulak tu!Japgi aku mintak dekat Bos!!!."Sarah bersura sambil terus memandu laju Mayvi Hitam miliknya.
"Heii Sarah!!!!!!!.Ishhhh dia nih tak sempat aku nak bukak mulut."Hayla terus berlalu masuk.
Hayla terkejut selepas Sarah pulang dan terus menjerit kearahnya.
"Kau dapat kerja!!!!!!!"
"Secepat tu Sarah???!Kau gila ke apa???!
"Kau pergi eh.Syarikat tu memang dah lama cari orang.Memang perlu sangat.Kau dah diluluskan."
"Kau nih Sarahhhh."Hayla menarik muka.
"Cukup-cukup laa kau duduk rumah esok kita gi kerja sekali."
Seperti yang dirancang mereka berdua pegi ke office sekali.Tiba disana ,Hayla ditempatkan di bilik akauntan yang tidak jauh dari bilik Sarah.
"Selamat datang Cik Hayla.Saya Faruq.PA kepada Bos besar Encik Asyraf..Memandangkan Bos tak ada dan kami sangat memerlukan Akauntan saya diberi amanah untuk menerima mana-mana pemohon yang layak seperti Cik Hayla."
"Terima kasih encik Faruq..arr.just call me Ayla."Hayla memberi senyuman kepada lelaki itu.
"Kalau ada apa-apa,Ayla boleh panggil saya.Saya pergi dulu lah yah."Faruq terus berlalu.
Hayla terus membuat kerja-kerja yang tertunggak kerana kekurangan pekerja.Hayla sempat mengerling kearah Jam yang sudah berganjak ke angka 4 petang.Nafas panjang dilepaskan.
Muhammad Asyraf Qhalif Arsyad meletakkan begnya diatas sofa.keluhan berat dilepaskan.
"Asyraf baru sampai?"Puan Manila bersuara.
"Ha'aa ma,letih sangat."Asyraf salam tangan mamanya.
"Pergi mandi dulu.Nanti turun bawah kita makan malam sekali.Papa pun dah bersiap.Satu lagi Asyraf.Nenek ada sini tau."
Asyraf terkejut setelah mendapat tahu neneknya ada dirumah mereka."Nenek????Buat apa????"
"Apa asyraf cakap macam tu.Nenek dengar nanti kecil hati dia."
"Takk.Asyraf bukan tak suka..You know kan nenek tu nenek kesayangan Asyraf.Tapi sejak mama tahu kan sejakk 5 tahun lepas nenek jarang nak sembang dengan asyraf."
"Asyraf.......Nenek bukan apa..Nenek kan sayang jugak dengan Hay.......
"Maa.Stop it.Not this time."
"Hurmm Iya la Asyraf.Apa-apa pun jangan lupa pujuk dia balik.Mama rindu suasana nenek yang riang macam dulu."
"Hurmm.Okey ma,Asyraf naik atas kejap.mandi turun .
Asyraf terus berlalu.Selesai Mandi dan solat magrib dia terus turun kebawah untuk makan malam.
"Hai semua.."Sapa Asyraf bersama senyuman.
"Nenek!"Sempat lagi dia mencuit hidung neneknya sebelum menarik kerusi dan duduk.
Nenek tetap buat tidak endah dengan cucunya.Bukan benci tetapi sayang,sayang sehingga harus berbuat demikian.
"Nenek dan 5 years nenek acuk tak acuh dengan Asyraf.Nenek tak rindu asyraf ke?????"Asyraf bertanya selepas selesai mereka makan malam.
"Jangan sembang dengan nenek selagi tak bawak cucu nenek balik."Nenek terus naik keatas.
Asyraf membuat muka kearah papa dan mamanya.
"Hurmm.Nenek-nenek..."
"Asyraf stop dengan ego kamu yang tinggi mengalahkan gunung.Cari dia dan bawak dia balik."Encik Adli bersuara
"Pa..mana nak cari???Puas Asyraf carii but tak jumpa..Kalau jumpa pun nak ke dia ikut Asyraf?Kalau dia tak nak??"Asyraf memandang papanya.
"Cari dia sampai hujung dunia kalau perlu!Pujuk dia.Kalau tak jumpa ceraikan dia jangan gantung dia tak bertali!!!!"Encik adli juga terus meninggalkan meja makan itu.
"Ha mama jangan nak bangun.Jom tolong Asyraf angkat pinggan lauk-lauk nih lagi.Bibik dah balik tau tadi."Asyraf tersengeh.
"Ha tu la ada bini pergi tinggal!!Buat sorang-sorang."Puan Manila pula beredar.
"nasib badann...Ma,pa nenek kalau Asyraf jumpa asyraf bawak balik punya menantu kesayangan tu.kalau dulu Asyraf bukak mata nih Asyraf tahu dia kunci segala kebahagiaan dalam rumah nih Asyraf takkan tinggalkan dia."Asyraf bermonolog sendiri.
Share this novel