5

Drama Series 1608

Ya sudah dia agak Asyraf akan membawa dia pulang ke rumah yang pernah menjadi saksi atas segala perbuatan asyraf terhadapnya.
"Saya nak balik rumah saya awak faham tak???!"Hayla sudah hilang sabar.
"Nih pun rumah awak jugak..Nih rumah kita...."Asyraf juga berkeras.
"No Saya nak balik hantar saya balik."
"Kenapa yang degil sangat nih???"

Hayla terus keluar dari kereta selepas Asyraf sengaja mendekatkan wajahnya kepada wajah Hayla..
"Macam tu la.."

Asyraf membuka pintu..Mereka melangkah masuk kedalam rumah itu..Hayla?Hayla terus masuk ke bilik tingkat satu..Bilik maid.Asyraf hanya mengeluh..

Hayla terasa berdebar.Takut....Dia takut Asyraf memukulnya seperti dahulu.Dia takut...

"Hey Hayla!!!Kau tak nampak ke Wanni muntah nih?????Cuci la cepatt."Kepala Hayla ditolak sehinggannjatuh terduduk dilantai hampir wajahnya tersembam ke muntah Wanny

Wanny adalah kekasih Asyraf yang sering dia bawa pulang kerumah.Kadang mereka bersama dalam bilik Hayla pulak dihalau ke bilik maid.

Setelah Wanny pulang Hayla terus naik ke bilik.Letih satu hari terpaksa melihat kerenah suaminya dengan kekasih gelap.
"Sapa suruh kau masuk bilik aku???!!!!!!"

Rambut Hayla direntap kuat..Dia diheret keluar.,
"Jangan masuk bilik aku!!!!!"Pintu dihempas.

Hayla tersedar dari lamunannya..Terasa sakit seluruh badan..Dia meraup wajahnya.
"Hayla...."Ketukkan pintu membuatkan Hayla terpaksa bangun dari lenanya..Kepalanya disarungkan tudung...
"Nak apa?Saya tak larat nak tid......"Belum sempat dia menghabiskan ayatnya dia terpaku....
"Nenek......"Terus dia dipeluk erat seeratnya...
"Hayla,Hayla pergi mana???Kami semua rindu Hayla.."Ada air mata di tubir mata nenek..
"Nenek jangan nangis....Hayla ada nih depan nenek."
Mereka duduk diruang tamu sunyi suasana...
"Hayla,Hayla sihat?Mama rindu Hayla.."
"Iya ma Hayla sihat..."Senyuman diberikan..
"Hayla mama nak minta maaf atas semua kesalahan yang asyraf dah buat dekat Hayla..Asyraf dah menyesal..Asyraf dah berubah.Hayla yang ubah Asyraf jadi lebih baik."Puan manila memegang tangan menantu kesayangannya.
Hayla hanya diam tidak berkata apa-apa.Luka dihatinya terlalu dalam....
"Hayla..Nenek nak Hayla dengan asyraf macam dulu lagi.,,"
"Semua masalah ada jalan keluar dia Asyraf Hayla.Kita kena pilih yang terbaik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience