3

Drama Series 1608

Nenek sungguh gembira selepas mendengar cerita dari cucu kesayangannya itu,Begitu jugak dengan mama dan papa Asyraf.

"Kenapa Asyraf tak bawak dia balik??"Puan manila bertanya.
"Asyraf rasa dia marahkan asyraf lagi.Muka asyraf nih pun dia tak nak tengok ma."
"Tak pa lah.,Dah memang salah asyraf.Asyraf kena sabar ja la..Tapi pastikan Asyraf sentiasa pujuk dia."
"Iya pa..Nanti Insyaallah Asyraf bawak dia balik."

Hayla tetap dalam biliknya.Tidak mahu berganjak.Sakit hati dia.

"Ayla kau betul tak nak pergi kerja ke hari ni??"Sarah membuka pintu bilik sahabatnya itu.
"Tak nak?kau pergi lah."
"Hurm iya la."

Hayla memandang kosong kipas yang berpusing.Hayla terbayang wajah umminya yang sudah meninggal sejak dia berusia 7 tahun.Setiap hari dia melihat umminya menderita kerana tinglah laku ayahnya yang seperti manusia bertopengkan syaitan.Setiap hari ayahnya akan membawa balik perempuan simpanan dan melakukan perkara terkutuk dihadapan umminya.Setiap hari jugak umminya dipukul dimaki dihina sehingga umminya menghembuskan nafas terakhir dihadapan Hayla kerana mengalami kanser hati tahap 4.

Hayla berkahwin dengan Asyraf kerana dasar cinta antara satu sama lain ketika mereka berumur 20 tahun.Namun setelah setahun berkahwin Hayla dikhianati oleh suaminya sendiri.Hinaan,cacian makian ditelan dengan perit.Luka lama kembali berdarah.Hayla mengambil keputusan untuk sambung belajar tanpa pengetahuan sesiapa.
"Aku takkan ceraikan kau betina!!!Aku nak kau hidup tersiksa!!!!!!"

Hayla terkejut dan kembali kealam realiti.Air mata panas mengalir.Seluar panjangnya diselak.Kesan terkena sterika jelas terlihat.Lukanya terlalu dalam..

"Ummi!!Hayla rindu ummi."Hayla menangis semahu-mahunya.
"Kalau boleh Hayla putarkan masa Hayla takkan pernah nak kenal lelaki tu ummi.Taknak.."

Petang ini Hayla mengambil keputusan untuk ziarah 2 kubur kesayangannya.Selesai menziarahi kubur umminya dia terus ke perkuburan kesayangan keduanya yang terletak di tanah perkuburan di perumahan yang dulu dia pernah merasa bahagia walaupun seketika.

"Assalamualaikum Fahim...Ummi datang nih jumpa Fahim."

Batu nisan berwarna hitam dipegang.Sudah 5 tahun anaknya pergi menghadap ilahi..Hati ibu mana yang tidak sedih bila buah hati pertama dijemput pergi tanpa sempat dia menyusukan anaknya.Anaknya pergi ketika sudah cukup sempurna semuanya.

"Fahim..Ummi rindu Fahim..Ummi nak borak dengan Fahim lagi..Ummi minta maaf sebab dah lama ummi tak datang jenguk Fahim.."

Iya.Selepas anaknya meninggal didalam perut ketika dia dalam pantang ketika itu lah
dia pergi ke negara orang sambung belajar.Suaminya???Langsung tidak tahu dia hamil dan dimana kubur anaknya ketika dia jatuh sebelum disahkan anak dalam kandungannya meninggal Asyraf langsung tidak peduli.Asyraf terus keluar jumpa kekasihnya.

"Fahim.Ummi balik dulu yah.Nanti Ummi datang jenguk Fahim lagi."Batu nisan dikucup sebelum dia beredar menaiki kereta mayvinya berwarna biru gelap.

Semasa didalam kereta dia memandang perumahan elit.Rumah banglo yang ramai orang idamkan..Namun tak semua kebahagiaan dapat dibina didalam sebuah banglo mewah seperti itu..Hayla memandu laju Mayvinya dan terus pulang kerumah sewanya.

"Hayla!!!Kau pergi mana????Risau aku tau."
"Aku pergi jumpa ummi dengan Fahim."Kunci kereta diletakkan diatas meja.Dia duduk diatas sofa.

"Kau pergi sana?"Sarah duduk disebelah sahabatnya.
"Hurmm..Sarah aku rasa dah sampai masa aku pergi mahkamah,aku tak nak hidup macam ni dah.aku letih."

"Ayla..Kau jangan macam ni.Kau cuba jumpa suami kau.Bincang kot suami kau dah berubah..Nafkah pun dia tetap bagi.Dalam akaun kau tu berapa ribu dah ada semua nafkah dia bagi kau langsung tak usik.Ayla semua manusia berubah.Yang berubah tu berhak dapat peluang ke2."

Hayla mengangguk"Aku tahu Sarah tapi aku sakit ..Sakit sangat...."


"Iya aku tahu......."Sarah memeluk erat sahabatnya.

"Aku dah jumpa dia Sarah....."Perlahan,lemah namun dapat ditangkap Sarah.

"Dekat mana?????"

"Office."

"Office kita?????"

Hayla mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience