Series
1608
"Hayla dah fikir apa yang terbaik untuk Hayla dengan asyraf.
Semua memandang Hayla..
"Hayla tak dapat terus kan semua nih."Lemah dia bersuara..
Asyraf yang dari tadi tunduk terus melutut dikaki Hayla,,
"Sayang ,abang minta maaf,Salah abang.,,Abang sayang Hayla.."Asyraf menggenggam erat tangan isterinya.Dia rindu.....
"Saya tak boleh..."Air mata mula mengalir.Hayla berdiri..
"Sayang..abang minta maaf..Abang sanggup buat apa aja untuk Sayang maafkan abang..abang menyesal sayang.Menyesal sangat.
"Menyesal awak,Maaf awak tak boleh,tak boleh nak hidupkan anak saya balik..Anak saya dah mati!!!Layak ke awak bergelar suami kalau isteri awak mengandung sampai anak awak mati pun awak tak tahu!Layak ke awak bergelar suami kalau awak sanggup tampar tendang isteri awak macam binatang???Layak ke Asyraf?????!"
Semua terdiam..."Kita ada anak??"Asyraf memandang kosong wajah isterinya,
"Hayla??Betul ke??"Puan Manila bertanya.
"Anak Hayla dah tak ada maa..Anak Hayla dah tinggalkan Hayla...."Puan Manila memeluk erat menantunya..
"Ya Allah Hayla..."Tangisan mula memecah kesunyian...
Hayla menghapuskan air matanya..Dia berdiri menghadap suaminya..
"Asyraf dulu awak amik saya dengan cara baik..Saya nak awak lepaskan saya dengan cara yang baik.."Perlahan suara Hayla...
Asyraf menggeleng."Amik la banyak mana masa awak nak Hayla.Tapi jangan minta saya lepaskan awak..."Asyraf betul-betul menyesal..
"Kalau awak sayang saya..Lepaskan saya....."Hayla menatap mata suaminya..,
Asyraf membalas renungan itu....
"Hayla....Kalau itu yang boleh buat kesayangan saya nih bahagia.Saya sanggup.."Asyraf meraup wajahnya.....
"NurHayla Aryssa..Aku lepaskan kau dengan talak 1........."
Semua berderai dengan air mata...Nenek dan Mama apatah lagi...
"Seorang wanita tu perlu dijaga dibelai dididik dengan cara yang betul.Jangan sesekali awak berkasar dengan perempuan.....Sekali hati dah hancur disambung macam mana pun takkan sama......Terima kasih untuk semua,Halal kan makan minum saya dan anak saya semasa dalam kandungan....."
"Saya sayang awak Hayla..Maafkan saya..."
Petang ini Hayla membawa keluarga mertuanya dan Asyraf ke perkuburan anaknya..,Muhammad Rizky Fahim Anugerah....Yah,Hayla melihat Asyraf memeluk mencium batu nisan itu beribu kali dia menyebut perkataan maaf dan sayang..Syahdu..Sarah yang turut meneman Hayla juga mengalirkan air mata.....Asyraf berdiri..
"Terima Kasih Hayla...Maafkan saya.,Saya sayang awak...Kalau satu hari nanti awak perlukan saya.Saya akan ada untuk awak..Masa tu saya akan jaga awak dengan penuh kasih sayang sampai hujung nyawa saya.....Pergilah kalau itu yang boleh hilangkan rasa sakit awak..Saya balik dulu...."
Asyraf melangkah pergi bersama keluarganya...
Ini adalah balasan keatas kekejaman aku..Maafkan aku ya allah..Maafkan hambamu ini,Anda satu hari nanti kau beri peluang kedua untuk aku,Akan aku jaga amanah mu itu.,Hayla aryssa Semoga kehidupan awak lebih ceria dan diberkati..
Share this novel