Kegelapan meyelubungi setiap penjuru koridor asrama yang di duduki Melisa. Ternyata perbualan tempoh hari bersama Ikmal rakan sekelasnya menjadi bayangan ngeri yang kini menghimpit diri. Bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri membuatkan Melisa kian berundur kebelakang. Dia nekad ingin keluar dari kegilaan ini, namun langkahnya terhenti apabila kedengaran suara tangisan disusuri gelak tawa di arah belakang. Melisa cuba mengigati surah pendek untuk dijadikan sebagai pendinding diri. Namun hampa apabila mindanya tidak memberikan sebarang kerjasama. Jantungnya berdegup kencang, air mata mula berguguran, tubuh kecilnya mengigil keseluruhan dan tiada kata yang mampu terucap.
Dia memejamkan matanya serta menutup kedua belah telinga, cuba untuk menghilangkan rasa takut yang semakin memuncak. Di dalam hati dia berdoa dan berserah kepada ilahi agar di selamatkan serta diampunkan dosanya. Sudah semesti sesiapa yang diuji sedemikian akan berasa gentar jika iman tidak kuat di dada. Meskipun menutup kedua belah telingan, namun masih bisa kedengaran sayup-sayup bunyi menembusi gegendang telinga yang dibawa oleh tiupan angin.
Tidak lama selepas itu, sayup-sayup bunyi yang didengari hilang pergi dan hanya meninggalkan sepi. Mata terasa silau seakan ada cahaya yang menyinari. Melisa menggagahkan diri membuka mata serta kedua belah telinga yang ditutupnya. Namun alangkah terkejut apabila melihat keadaan sekeliling asrama terang seakan tiada kegelapan serta kejadian aneh yang menyelebungi, semuanya kembali seperti sedia kala. Dilihatnya dari kejauhan masih ada penghuni asrama yang sedang bersembang bersama rakan masing-masing, namun mata mereka terarah kepadanya.
Melisa terus memalingkan pandang serta posisi kedudukan ke belakang. Dia menarik nafas lega dan tidak mahu mengambil kesah tentang pandangan orang terhadapnya. Langkah diatur untuk kembali ke bilik, dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kejadian yang dialami sebentar tadi. Ianya seakan benar-benar terjadi namun hanya sekadar bermimpi. Mesti aku mengelamun dan meracau tak tentu pasal sebab tu dorang tengok pelik, gumam Melisa di dalam hati.
Dia berhenti tepat dihadapan pintu bilik nombor 20, salam diberi beberapa kali tetapi tiada yang menyahut. Kunci pintu diselup keluar dari dalam kocet seluar, dipulasnya tombol pintu yang sudah tidak
berkunci. Kedinginan malam dirasai ketika melangkah masuk, keadaan bilik malap dan sepi tidak berpenghuni. Melisa menutup pintu, dibiarkan bilik tidak berlampu kerana patulan cahaya bulan kelihatan menembusi celahan tingkap-tingkap yang terbuka. Mata mulai terasa berat, isyarat waktu tidur sudah diberi. Langkah diatur perlahan menuju ke katil, dihempas badannya yang keletihan. Mimpi indah berkunjung tiba seakan menelan dunia yang nyata.
Share this novel