Papan tanda "Tolong senyap" menghadkan perbualan antara Yani serta 2 rakan sekelasnnya di perpustakaan. Masing-masing sedang khusyuk menelaah pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun bakal menjelang 3 minggu sahaja lagi. Ada seketika mereka berbisikan untuk bertanyakan jawapan bagi soalan yang kurang difahami. Waktu sudah hampir jam 10 malam dengan hanya berbaki setengah jam sebelum perpustakaan ditutup untuk para pelajar. Mira yang duduk bersebelahan Yani sudah seperti cacing kepanasan lataran terganggu dek kedinginan air-cond.
Ira yang duduk dihadapan sudah dapat mengagak rakannya tidak betah lagi duduk di perpusatakaan.
Mira memuncungkan bibirnya kepada Ira memberi isyarat untuk beredar. Namun Yani masih fokus menghafal point-point penting pada catatan nota yang diberikan pensyarah minggu lalu sebagai persiapan untuk ujian kelak.
Ira hanya menggelengkan kepala melihat telatah kedua rakannya yang memiliki personaliti yang berbeza. Mira memalingkan wajahnya kepada Yani. Yani jom lah kita balik aku dah tak tahan duduk dekat sini dengan sejuknya. Yani membalas pandangan Mira dengan anggukan menandakan persetujuan. Mereka bertiga mengemas buku-buku yang diambil pada tempat asal dan beredar keluar dari perpustakaan.
Share this novel