Rate

3

Horror & Thriller Series 310

Melisa tergamam melihat keindahan alam yang terpapar dihadapannya. Dia kini berada di taman bunga yang dikelilingi hutan hijau tropika yang memukau. Dimanakah aku sekarang, sungguh cantik tempat ini. Terukir senyuman dibibirnya. Melisa berjalan disekitar taman tersebut. Udaranya segar dan terasa tenang. Melisa tidak menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan seseorang di sebalik pepohon pokok besar yang tidak jauh dari situ. Melisa melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kayu usang yang satu-satunya masih utuh di tengah-tengah taman tersebut. Sedang dia menikmati keindahan alam, tiba-tiba telinganya tajam menangkap bunyi dedaun yang dipijak oleh sesuatu. Melisa lantas mengalihkan pandangannya kearah bunyi tersebut.

Dari kejauhan dia dapat melihat susuk tubuh seorang wanita yang sedang menyorokkan sebahagian tubuhnya disebalik pepohon pokok. Melisa cuba mengecilkan anak matanya untuk mengenalpasti
wanita mIsteri tersebut namun gagal disebabkan faktor jarak yang membataskannya. Wanita misteri itu melambai - lambaikan tangannya kearah Melisa untuk datang mendekatinya. Melisa teragak-agak ingin berganjak dari tempat duduknya namun dia memberanikan jua diri untuk ke arah wanita itu.

Semakin hampir dirinya kearah wanita itu semakin jelas kelihatan wajah wanita mIsteri itu.
Bulu roma di lengan sudah mula menegak, degupan jantung makin memuncak dan titisan peluh sudah membasahi wajahnya. Kini satu lembaga hodoh bersusuk wanita tegak dihadapannya. Lembaga itu menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan senyuman lebar dan lidah yang terjulur keluar beserta darah pekat yang hanyir. Melisa rebah mengigil ketakutan. Kenapa kau ganggu aku, apa salah aku teriak Melisa. Lembaga itu mengilai dengan nyaring sekali, matanya yang tersembul keluar melirik tajam ke arah meja belajar Melisa. Kau punya barang milikku. pulangkannya ditempat asal kau temuinya dan bebaskan roh ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience