Yani, Mira dan Ira berjalan sebaris. Haruman bunga dari pokok kemboja puteh di sekeliling halaman kuliah menusuk ke saluran pernafasan masing-masing. Mira memulakan perbualan terlebih dahulu untuk menghilangkan kesunyian malam.
Korang tak rasa seram ke setiap kali bau haruman ni waktu jalan malam-malam, teringat pulak dekat cerita pontianak harum sundal malam. Cerita wanita mati dibunuh ketika sarat mengandung oleh sahabat baik suami dia sendiri. Movie tu legend time aku sekolah menegah dulu, memang seram tapi pengakhiran dia agak sedih. Korang mesti pernah tengok cerita tu kan. Mira yang berada ditengah-tengah di antara Yani dan Ira berpaling ke arah kira dan kanan.
Ira dan Yani hanya mengangguk dan menyepi sahaja. Dahi Mira sudah berkerut dengan riaksi yang diberikan "korang ni dah kenapa bisu je".
Mira kau tahu kan kita lalu dekat fakulti engineering sekarang ni takkan tak tahu kata Ira.
Jalan cepat sikit, Yani menarik lengan Mira lembut.
Tidak sempat Mira ingin bertanya "Kenapa", Ira sudah bersuara "Jalan je, jangan banyak tanya nanti aku cerita". Dari perpustakaan, mereka bertiga harus melalui fakulti engineering dan perakaunan sebelum menuju keluar ke arah asrama wanita yang terletak beberapa meter dari bangunan kuliah. Sesudah melepasi kawasan kuliah, Mira memandang ke arah Ira "cerita la dah kenapa tadi".
Kau bukan ada dalam WhatsApp group kelas ke Mira, tak kan tak tahu cerita pasal senior yang bunuh diri 2 hari lepas balas Ira.
Riak muka Mira berubah terkejut, "biar betul Ira aku tak tahu pon".
Yani menepuk belakang Ira "Lah Ira, kau lupa ke yang kawan kita ni dia hilang handphone minggu lepas, dia pinjam handphone purba Tok dia yang tak de apps tu".
"Ya allah, aku lupa yang kau hilang handphone. Maafkan aku Mira"
"Kau cuba nak hina aku ke Ira" cebik Mira".
Yani tertawa kecil "Dah.. dah.. meh aku cerita kenapa Ira suruh kau diam bila lalu fakulti engineering tadi." Cerita dia, 2 hari lepas mak cik cleaner jumpa mayat pelajar senior terlentang mati dekat fakulti engineering. Ikut apa yang aku dengar, senior tu bunuh diri sebab tertekan dengan roomate dia. Orang kata roomate dia suka bawak kawan dekat dalam hostel buat study group sampai
dia tak dapat nak focus study. Disebabkan tak tahan ujian dia asyik drop je, dia amik jalan singkat dengan bunuh diri. Yang seramnya, semalamMelisa cakap kawan dia yang lalu dekat situ ada dengar suara orang merintih "diam.. diam.. diamlah" terang Yani.
Seriouly! takut pulak aku dengar cerita kau Yani, lepas ni kita tak payah lah lalu ikut fakulti engineering.
Kita ikut belakang fakulti IT je, bila nak balik, jauh sikit pon tak pe janji selamat.
"Ada-ada je lah kau Mira" Ira menggeleng.
Share this novel