"Argh!"
"Auch... Sakitnya punggung aku!" Rintih Eva seraya menggosok punggungnya yang terhentak selepas mimpikan Hayden. Eva terjatuh selepas bergumpal dengan Hayden lantaran masing-masing enggan mengaku kalah dan tetap menuding jari menyalahkan antara satu sama lain di dalam mimpinya.
"Ya Allah... Mimpi rupanya aku... Allahuakhbar..." Eva meraup wajahnya berkali-kali. Sejak Eiman dan Nadin memberitahu tentang penyewa banglo mereka yang bernama Tengku Hisyam Hasbullah, Eva sentiasa dalam ketakutan. Eva semakin paranoid. Bimbang anak-anaknya akan dilarikan Hayden ataupun keluarga Hayden.
"Kenapalah aku selalu sangat mimpikan dia ni? Ish! Aku tak sukalah!" Bebel Eva sendirian.
Apa yang Eva lakukan semuanya tak kena. Lagi-lagi kalau si kembar berhasrat nak keluar dari rumah untuk bermain di laman belakang, Eva dah menggelabah. Sedangkan penyewa berkenaan belum lagi menyewa di rumah yang dimaksudkan Eiman dan Nadin.
"Mummy..."
"Yes, baby..."
"Can we go outside?"
"No!" Tersentak tubuh kecil si anak lantaran mendengar jerkahan Eva. Mencebik-cebik bibir Elena akibat suara Eva yang meninggi. Eva mengucap panjang selepas sedar dari kesilapan.
"I'm sorry baby. Mummy minta maaf... Mummy..." Tubuh sikembar ditarik masuk dalam pelukan.
"I'm sorry... Mummy love you..." Mengalir juga air mata sikembar.
"Eva... Kenapa ni? Kesian anak-anak, Eva. Budak tu tak bersalah, Eva. Jangan seksa anak-anak tu." Tegur bonda.
"Eva minta maaf, bonda... Eva tak tahu kenapa dengan Eva... Ya Allah."
"Bawak-bawak mengucap Eva. Jangan buat kat anak macam tu. Dorang pun terseksa Eva. Jangan jadikan anak tempat nak lepaskan kemarahan. Tak bagus, Eva." Pujuk Bonda Emira.
"Eva minta maaf, bonda. Demi Allah. Eva tak sengaja. Mummy minta maaf, ya sayang-sayang mummy." Pipi dan dahi sikembar dikucup perlahan.
"It's ok, mummy... We understand..." Ujar Haz mewakili adiknya, Elena. Eva simpan senyum.
"Allahuakhbar..." Eva meraup wajahnya.
"Dengar cakap bonda, Eva... Bawak mengucap. Dekatkan diri dengan sang pencipta. Tenangkan hati dan jiwa. Dekatkan diri pada Yang Esa... Doa banyak-banyak moga dipermudahkan segala urusan Eva sekeluarga. Masalah takkan selesai kalau asyik nak mengamuk, nak marah Eva. Budak-budak tu tak tahu apa-apa."
"In shaa Allah, bonda. Eva cuba... Eva betul-betul takde niat pun nak marah anak. Eva... Eva cuma tertekan je..."
"Tertekan sebab Hayden atau sebab family dia nak bercuti ke mari?"
"Both..."
"Eva, boleh tak dengar cakap bonda. Kalau Eva takut, jangan keluar dari rumah langsung atau mungkin Eva boleh tinggal kat tempat lain buat sementara waktu mereka di sini. Atau berdepan dengan mereka, Eva. Kalau benar, keluarga Hayden akan datang ke mari untuk bercuti, Eva biarkan je."
"Eva takut. Eva tak nak bertemu dengan mereka, bonda... Takut sangat."
"Takut kenapa? Takut dorang ambil Haz dan El dari Eva? Macam tu?" Eva mengangguk perlahan.
"Eva, bonda percaya... Dorang takkan sesekali nak larikan Haz dan Elena. Dorang cuma nak bertemu dengan darah daging mereka, Eva. Mereka berhak tahu kewujudan anak-anak ini, Eva. Sampai bila Eva nak sorokkan semua ni dari mereka? Anak-anak ni, darah daging mereka juga."
"Eva tahu, bonda... Tapi, Eva belum bersedia... Eva belum bersedia nak bertemu dengan mereka semua. Bagi Eva masa..."
"Sampai bila?"
"Eva... Eva tak tahu bonda. Eva..."
"Eva... Apapun yang berlaku antara Eva dan Hayden, anak-anak tak bersalah, Eva. Jangan jadikan anak-anak turut sama terjebak dalam kancah pertengkaran antara Eva dan Hayden."
"Bonda, kalaulah bonda dapat rasa, sakitnya dilukai, dibohongi, dipermainkan masih terasa sehingga ke saat ini, bonda. Eva masih dapat rasakannya, bonda. Parutnya masih ada di sini... Sini, bonda..." Eva menekan-tekan dadanya sendiri.
"Eva tak mungkin dapat melupakan apa yang telah mereka lakukan pada Eva. Dulu, nenda Hayden. bertahun-tahun dia seksa Eva... Pisahkan Eva dengan Hayden sampai Eva kahwin dengan lelaki yang Eva sendiri tak kenal dan tak cinta. Sekarang ni, Hayden sendiri dah lukakan Eva dan lukanya terlalu dalam, bonda. Sakit sangat..." Bonda Emira menghela nafas.
"Bonda nak tanya Eva... Eva betul-betul dah tak sayangkan Hayden?" Tertelan air liur Eva bila diajukan soalan begitu.
"Kenapa tak jawab? Bonda tanya soalan yang paling paling senang..." Eva tertunduk membisu.
"Eva tak jawab soalan bonda..."
"Eva... Eva tak tahu."
"Apa maksud Eva tak tahu? Hati Eva sendiri tidak pasti..."
"Eva tak tahu, apakah masih ada perasaan sayang atau mungkin hanya sekadar perasaan kasihan atau sebaliknya..."
"Jangan junjung ego tu lama-lama, Eva."
"Bonda... Eva takkan jadi begini kalau bukan disebabkan oleh Hayden, bonda. Eva takkan kecewa sebegini kalau bukan disebabkan dia... Hayden, suami Eva, bonda... Tapi, Hayden berselingkuh dengan sahabat baiknya sendiri... Hayden lebih memilih kaum sejenisnya dari Eva, isterinya yang sah."
"Eva pasti dorang buat benda tak baik?"
"Bonda... Khai dan Hayden tidak berbaju ketika Eva masuk ke dalam bilik kelamin kami, bonda."
"Soalan bonda, Eva pasti dorang buat benda yang tak baik?"
"Kalau bukan itu, apa bonda? Apa lagi yang dorang lakukan kat dalam bilik di atas katil tanpa berbaju. Hanya comforter yang menutup tubuh mereka berdua, bonda."
"Eva, apa yang kita nampak sekali imbas tidak menggambarkan perkara sebenar, Eva."
"Eva terfikir tak yang berkemungkinan Hayden dan Khai dipaksa benda begitu?" Berkerut dahi Eva.
"Atau mungkin, mereka diugut dan mungkin sebab nak selamatkan keluarga sendiri, mereka bertindak berlakon sebegitu..."
"Bonda nak cakap apa sebenarnya ni?"
"Eva, Hayden dah hilang tau? Eva tahu tak?" Eva sedikit tersentak.
"Hilang? Hilang ke mana?"
"Memang betul sangkaan bonda... Eva langsung tak pedulikan Hayden selepas Eva melarikan diri ke sinikan?" Berkerut dahi Eva.
"Apa maksud bonda ni? Eva tak fahamlah..."
"Menurut maklumat yang bonda terima, Hayden dah hilang."
"Maklumat? Maklumat apa?"
"Bonda hanya membantu Esmir mencari Hayden."
"Apa yang bonda cakap ni? Cari Hayden? Buat apa?"
"Eva... Hayden dah hilang, Eva."
"Eva tak percaya... Tentu dia ada di mana-mana."
"Maybe... Tapi, yang peliknya, kehilangan Hayden tidak diketahui langsung oleh sesiapa. Even family Hayden sendiri."
"Khai?"
"Khai hilang selepas dua hari kehilangan Hayden." Eva sedikit terkejut. Namun, tetap mengawalnya demi menjunjung ego yang melangit.
"Ma...macamana boleh macam tu pulak?" Bonda mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.
"Tak mungkin... Hayden tentu menyorokkan diri selepas apa yang berlaku."
"Eva pasti? Eva begitu pasti?" Eva bungkam.
"Jangan terlalu mudah meletak kesalahan pada orang lain, Eva. Apapun yang berlaku, Hayden masih suami Eva yang sah."
"Suami? Huh! Suami yang ketepikan hak seorang isteri?"
"Bagaimana dengan Eva?"
"Bonda...? Apa..."
"Eva sendiri menyembunyikan kewujudan si kembar dari Hayden, ayah kandung sikembar. Eva sendiri enggan memberitahu Hayden tentang anak-anak kalian berdua. Sekarang, jawab soalan bonda... Eva tak ketepikan hak Hayden selama ni?" Eva terkedu.
"Eva marahkan Hayden sampai macam tu sekali sedangkan hakikat sebenar kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Hayden."
"Bonda percaya Hayden diculik?"
"Bonda tak cakap Hayden diculik... Tapi, Hayden dah hilang selepas Eva larikan diri. Tak ke Eva rasa pelik?"
"Maksudnya, dah lima tahun?"
"Yap!"
"But, how come?"
"Nah! Itulah persoalannya sekarang ni... Tiada siapa yang tahu bagaimana dan ke mana Hayden dan Khai..." Eva menghenyakkan punggungnya di sofa kulit berjenama mewah. Rambut panjangnya diraup ke belakang.
"Bonda..."
"Ya... Eva ada terfikirkan apa-apa?"
"Wait! Bonda ingat tak, pasal lelaki yang menyebabkan kematian rakan Eva dulu, si Carmen..." Bonda Emira berfikir sejenak.
"Bonda... Lelaki yang pernah buat benda tak baik pada Hayden masa Hayden kecil..."
"Bonda kurang pasti..."
"Alamak... Eva, ingat-ingat lupa pulak... Siapa ya, nama dia..." Eva menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Charles Cederick..." Tertoleh Eva pada empunya suara.
"Angah!" Eva terus meluru ke arah Esmir setelah mendengar suara Esmir di pintu masuk.
"Ya Allah... Angah, Karen..." Tubuh Karen ditarik peluk. Karen turut membalas pelukan Eva.
"Careful dik... Perut Karen tu..."
"Oh my gosh... Alhamdulillah... Berapa bulan ni?" Perut Karen diusap perlahan.
"Going to five..."
"Alhamdulillah... Congrats sister-in-law..."
"Thank you, dear..."
"Bonda..." Esmir dan karen mengucup kekura tangan Bonda Emira.
"Kenapa angah tak infom nak datang sini?"
"I did..." Esmir mengalihkan pandanganya ke arah bonda.
"Bonda...?"
"Yap... Bonda tahu. Malas nak inform kat Eva. Asyik stress memanjang. Sampai anak-anak pun jadi mangsa."
"Bonda, janganlah macam tu..."
"Mana anak-anak daddy...? Elena, Hazrin?" Perlahan-lahan anak-anak Eva keluar dari bilik mereka.
"Daddy! Daddy! Daddy!"
"Yeah! El, Haz... Come to daddy..." El dan Haz terus menerpa ke arah Esmir.
"Daddy... We miss you..."
"I miss you both, sayang..." Pipi kedua-dua anak kecil itu dikucup.
"Salam mummy Karen, sayang." Ujar Esmir dan sepantas kilat, tangan Karen ditarik dan dikucup.
"Careful, babies..." Tegur Eva. Bimbang anak-anaknya berkasar dengan Karen memandangkan Karen sedang berbadan dua.
"Mummy..."
"Yes, babies..." Elena menyentuh perut Karen yang sedikit kelihatan membukit.
"Elena dapat rasa ada baby dalam perut mummy Karen?" Elena mengangguk.
"That's mean, dalam perut ni, ada baby girl..."
"Are you sure?"
"I teka je..."
"Ish, you ni..."
"Dah, dah. Rehat dulu... Nanti kita berborak lagi... Karen tentu jet lag. Pergilah masuk bilik dulu. Bonda dah sediakan bilik untuk Esmir dan Karen."
"Thanks bonda."
"Nanti, dah siap masak, kita makan sama-sama."
"Baik, bonda..." Esmir dan Karen melangkah masuk ke bilik yang telah disediakan bonda di rumah agam itu. Eva menggelengkan kepala melihat Elena dan Hazrin yang mengekori Esmir sejak tadi.
"Ya Allah, budak-budak ni. El, Haz... Jangan kacau daddy ngan mummy. Mari sini..."
"But... We miss daddy..." Ujar Haz mewakili si adik sambil memeluk kaki Esmir.
"Takpelah, dik. Biarlah dorang dengan angah. Dorang rindukan daddy dorangkan? Right, babies?" El dan Haz mengangguk.
"Tapi, angah dengan Karen baru sampai. Penat tak hilang lagi."
"It's ok, Eva. Don't worry. We'll be ok." Ujar Karen, menyebelahkan Esmir dan si kembar.
"Fine... Jangan nakal-nakal ya babies..."
"Ok, mummy. We promise." Eva simpan senyum. El dan Hazrin memang rapat dengan Esmir. Esmirlah tempat El dan Hazrin tempat menumpang kasih. Memang perasaan kasihan pada si anak tak mampu diungkap.
****************************
"Angah, boleh adik tanya sikit..."
"Tanyalah... Pasal apa?"
"Apalagi, kalau bukan pasal Haydenkan?" Celah bonda. Esmir terkejut.
"Hayden? Are you asking about Hayden, adik?"
"Angah... Apa yang berlaku sebenarnya? Betul ke Hayden dan Khai hilang? Angah ada apa-apa maklumat tentang Hayden? Angah ada bertemu dengan Hayden?"
"Eva Elyana... Are you asking about your husband?"
"Ex-husband..."
"Eva, jangan cakap macam tu... Hayden masih hubby you tau... Jangan menafikannya..." Tegur Karen. Eva tertunduk.
"Adik tanya banyak soalan tu untuk apa? He's nothing for you, right?"
"Angah, please..."
"Buang ego tu jauh-jauh, Eva. Jangan junjung melangit. Sendiri yang sengsara nanti." Tambah Bonda Emira.
"Haz, El... Masuk bilik dulu, ya. Tadi, daddy dan mummy dah bagi hadiahkan?"
"Ok, daddy." Jawab si kembar seraya menganggukkan kepala mereka.
"So, apa yang adik nak tanya pasal Tengku Hezril Hayden?" Sengaja Esmir menekankan nama Hayden. Eva menjeling.
"Emm... Betul ke Hayden dan Khai hilang? Angah ada maklumat pasal mereka berdua? Macamana angah tahu, Hayden dah hilang? Betul ke Hayden kena culik? Betul ke Hayden hilang lepas adik datang ke Turki ni?" Melopong Esmir mendengar soalan bertali arus dari Eva.
"Angah..."
"Dik, soalan adik macam machine gun, tau? Mana satu angah nak jawab?" Usik Esmir.
"Angah please..."
"First at all... Jawab soalan angah dulu..."
"Soalan apa?"
"Kenapa nak tahu pasal Hayden?" Eva terkedu diaju soalan maut dari Esmir. Eva menundukkan kepalanya. Perasaan sebak mula menguasai diri. Karen terkedu melihat air mata Eva mula mengalir di pipi mulusnya.
Pap!
"Auch! Sayang, kenapa you pukul I...?" Esmir menggosok lengannya yang ditampar manja oleh isteri kesayangannya.
"Janganlah usik Eva lagi... Tengok tu..." Karen menghalakan muncungnya ke arah Eva yang sedang menahan esakannya. Esmir menghela nafas.
"Adik... Angah minta maaf." Bahu Eva dirangkul mesra. Esakan Eva semakin kedengaran.
"I'm sorry ok. Angah takde niat pun nak buat adik sedih... Dahlah... Takmu nangis. Nanti sikembar ingat, angah buat adik menangis..." Pujuk Esmir.
"Memang pun..." Celah Karen.
"Honey..." Eva semakin sebak mendengar perkataan 'honey' yang keluar dari mulut Esmir. 'Honey'... Gelaran yang Hayden gunakan dari dulu sehinggalah mereka terpisah lima tahun dahulu.
"Adik... Angah minta maaf, ya. Ok, ok. Angah bagitahu apa yang angah tahu..." Tertoleh Eva mencari mata Esmir. Esmir tersenyum melihat telatah manja adik bongsunya.
"Angah hanya dapat sikit je maklumat pasal Hayden. Ya... Memang Hayden hilang selepas adik larikan diri ke sini. Kemudian, dua hari selepas tu, Khai pulak yang hilang. Dari apa yang angah dapat jangkakan ianya bersangkut-paut dengan Charles Cederick..."
"Charles Cederick?" Eva menoleh ke arah Bonda Emira.
"Ya... Itu yang angah tahu. Budak-budak angah masih berusaha mencari keberadaan Hayden."
"Ya Allah..." Eva tak mampu nak berkata-kata lagi.
"Tapi, ngah... Macamana angah dapat pastikan yang Charles Cederick ada kaitan dengan kehilangan Hayden dan Khai?"
"Adik ingat tak, punca kematian nenda Hayden disebabkan oleh dipukul?"
"Ya... Hayden ada cakap pasal tu. Dan, adik sendiri dah melawat arwah nenda di hospital sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir."
"Abang Hidir dan ihak polis polis juga beranggapan yang sama dan sehingga saat ini, Charles Cederick tidak dapat dikesan keberadaannya..."
"Allahuakhbar... Maksudnya, betullah, Hayden diculik?"
Assalammualaikum... Last free reading for Kasih Tersimpul Rapi... Lepas ni, unlock chapter ya, guys... Hi silent and unsilent readers... Terima kasih pada yang sudi membaca karya sis... Muuaahh sikit...
Share this novel