Sudah beberapa malam Eva tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya menerawang memikirkan tentang kata-kata Eiman dan Nadin. Tak mungkin Eva mahu menonjolkan diri apatah lagi untuk bertemu dengan mereka yang berkaitan dengan Hayden.
Eva tak sanggup mereka mengetahui akan kewujudan Hazrin dan Elena. Eva bimbang Hayden akan menuntut haknya sebagai daddy kepada anak-anak malang itu. Selama sembilan bulan Eva menanggung kesukaran mengandungkan si kembar. Ke hulu ke hilir seorang diri membuat pemeriksaan di hospital dan adakalanya Bonda Emira dan Eiman akan menemaninya tika mereka tidak sibuk.
Kesakitan melahirkan sikembar masih terasa lantaran Eva terpaksa melahirkan anak kembar mereka melalui pembedahan kerana Eva tidak mempunyai kekuatan untuk meneran akibat emosi yang tidak stabil. Eva hampir-hampir kehilangan si kembar akibat keadaannya yang tidak menentu baik dari segi emosi, mental mahupun fizikalnya.
Esmirlah yang akan berusaha terbang dari Malaysia bersama-sama Karen untuk menemani Eva yang memerlukan sokongan moral tika Bonda Emira tidak mampu lagi memikirkan cara terbaik untuk memujuk Eva. Emosi Eva benar-benar terganggu dan Eva hampir keguguran selepas tumpah darah kerana cuba membunuh dirinya sendiri.
Hampir sebulan Eva ditahan di was psikiatri selepas cubaan membunuh diri dan Bonda Emira yang banyak membantu mengembalikan semangat Eva dan dibantu Eiman dan juga Nadin selaku sepupu Eva yang paling rapat dengan Eva. Bonda Emira cukup menitikberatkan pemakanan seimbang buat Eva dan kandungannya. Bonda Emira menjaga Eva dan kandungannya sehingga Eva melahirkan si kembar.
Eva meminta jasa baik Bonda Emira untuk hidup sendiri selepas sikembar berusia tiga tahun. Pada awalnya, Bonda Emira dan Eiman membantah, tetapi akhirnya mereka akur dan menghormati keputusan Eva yang mahu tinggal di rumah penginapan yang tidak jauh dari rumah agam Bonda Emira.
Hanya Esmir, Karen, Erika dan Hidir yang tahu tentang keberadaan Eva di Turki. Semua ini demi keselamatan Eva dan anak-anaknya.
"Kenapa macam tu, adik...? Hayden berhak tahu tentang anak-anak ini, dik..."
"Untuk apa, ngah? Untuk apa? Adik tak mampu kehilangan anak-anak adik, ngah. Tak mungkin adik akan serahkan Haz dan El pada Hayden. Kalau dia sayangkan adik, dia takkan lukakan hati adik ngah. Adik tak mampu nak maafkan Hayden... Adik dah cukup terluka, cukup terseksa. Bayangan Hayden dengan Khai di atas katil, masih adik tak dapat lupakan."
"Tapi, dik... Betul ke mereka buat benda terkutuk tu? Bagaimana kalau mereka berlakon?"
"Berlakon? Angah gila ke sampai nak berlakon benda macam tu..."
"Adik... Adik ada tanya tak Hayden? Adik ada hubungi Hayden tak selepas tu?"
"Untuk apa, ngah? Adik takkan percaya dengan manusia jahanam tu lagi, ngah. Cukuplah selama ini, adik diperbodohkan dengan janji manis dia. Selama hampir beberapa bulan berkahwin, baru Hayden nak sentuh adik. Angah rasa, adik takde perasaan ke? Sedangkan, Hayden sanggup tunggu adik bertahun lamanya... Untuk apa, ngah dia kahwin dengan adik kalau semata-mata untuk dilukakan?" Rintih Eva. Pertemuan Esmir dan Karen buat kali pertama selepas Eva menetap di Turki hampir enam bulan.
"Tapi adik tak boleh nak terus buat tuduhan dik... Kalau salah, adik dituduh memfitnah tau... Kenapa tak berbincang dengan Hayden?
"Ya Allah, angah ni... Kenapa angah nak percayakan Hayden? Berapa Hayden dah bayar angah untuk sebelahkan dia?"
"Adik... Angah tak terdesak macam tu, dik... Angah cuma tak nak adik berputih mata je nanti. Apa yang berlaku ni, kekadang kita nampak lain, sedangkan hakikatnya lain. Adik faham tak apa yang angah cuba terangkan?"
"Sudahlah, ngah. Adik tak nak dengar lagi pasal jantan tu. Biarlah adik kat sini. Adik nak tenangkan diri adik. Lagipun, anak-anak ni, tak perlukan kasih sayang daddy mereka. Cukuplah, mereka ada adik sebagai mummy mereka. Dalam umur begini, adik tak nak anak-anak merasai kesakitan bila melihat penderitaan demi penderitaan."
"Sebab anak-anak nilah, angah nak adik fikirkan semasak-masaknya. Anak-anak ni perlukan Hayden sebagai ayah mereka, dik."
"Ayah? Huh! Hayden tak layak digelar ayah. Adik takkan benarkan dia tahu akan kewujudan anak-anak ni. Ini anak adik, bukan anak Hayden..."
"Adik... Anak-anak ini takkan wujud tanpa Hayden, dik... Hayden ayah mereka..."
"Tak! Hayden bukan ayah mereka! Hayden tak layak menjadi ayah kepada anak-anak adik. Biarlah, ngah. Biarkan adik sendirian kat sini. Adik selesa sendirian di sini. Lagipun, Bonda Emira ada kat sini temankan adik..." Esmir melepaskan keluhan.
"Sampai bila, dik?" Tertoleh Eva bila soalan itu diajukan.
"Sampai bila nak junjung ego setinggi langit ni?"
"Sampai bila-bila! Kalau angah sayangkan adik, jangan sesekali bocorkan rahsia akan kewujudan anak-anak ni atau angah takkan bertemu dengan adik lagi!"
"Adik!" Eva terus berlalu masuk ke dalam bilik. Bonda Emira merapati Esmir.
"Mir..."
"Bonda..."
"Biarlah Eva kat sini. Bonda ada temankan Eva. Kita tak boleh terus nak paksa Eva. Kita dah nasihatkan Eva, terpulang pada Eva untuk menentukan hala tuju hidupnya. Kita doakan je yang baik-baik, ya." Bahu Esmir diusap.
"Mir bukan apa, bonda. Kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Betul ke Hayden dengan Khai? Atau mungkin dorang ada masalah yang kita tak tahu..."
"Maksud Esmir?"
"Mir tak tahu, bonda. Tapi, bagaimana kalau Hayden dipaksa melakukannya atau dipaksa untuk jauhkan Eva dari masalah yang sedang dia hadapi. Kita tak tahukan?" Bonda Emira berfikir sejenak.
"Esmir rasa macam tu ke?"
"Mir tak pasti, bonda. Tapi, itu semua tak mustahilkan? Takkan tiba-tiba, Hayden ada hubungan sulit dengan Khai sedangkan selama ini, Hayden sanggup tunggu Eva? Kalau Hayden nak buat hal, dari dulu dia dah buat. Bukan sekarang... Kena pulak, Khai tu dari kecil dah bersama Hayden... Takkan, tiba-tiba baru nak tunjukkan yang dorang berdua ada affair?"
"Make sense..." Ujar Bonda Emira.
"Bonda rasa tak apa yang Mir rasa?" Suasana sepi seketika.
"Entahlah Mir. Bonda tak berani nak cakap apa-apa." Bonda menghela nafas.
"Mir bukan apa, bonda... Mir takut, apa yang Eva buat ni, bakal menyakitkan diri dia sendiri. Mir tak nak Eva menyesali sebab tinggalkan Hayden tanpa khabar. Lagi-lagi, kelahiran si kembar... Hayden berhak tahu akan kewujudan anak ini, bonda..."
"Tapi, kata Eva, Hayden masih masukkan duit dalam akaun Eva..."
"Betul ke bonda?"
"Hurm... Itu yang Eva kata..."
"Jadi, maksudnya, Eva masih lagi isteri kepada Hayden."
"Ya..."
"Esmir tak jumpa Hayden ke?"
"Itu yang Mir tengah buat ni... Dah banyak kali Mir call Hayden, cari Hayden... Tapi, Hayden tak tahu ke mana... Mir dah pergi rumah family Hayden. Tapi, mengejutkan sebab family Hayden sendiri tak tahu ke mana Hayden... Dorang sendiri tengah cari keberadaan Hayden..."
"Pelik..."
"Itulah bonda. Keluarga Hayden dah buat laporan polis pasal kehilangan Hayden. Tapi, sampai ke hari ini, langsung tiada khabar berita Hayden. Yang peliknya, Khai pun tak dapat dikesan."
"Apa yang berlaku sebenarnya ni, Mir?"
"Sumpah, bonda... Mir sendiri pun tak tahu... Mir dah minta tolong Hidir dan pihak polis cari Hayden dan Khai. Malah, Mir dah kerahkan budak-budak Mir dapatkan maklumat mengenai Hayden. Tapi, sampai hari ini, tiada siapa tahu di mana Hayden dan Khai..."
"Macam ni, Mir... Bonda akan tolong Mir cari Hayden dan Khai."
"Betul ke bonda?
"Ya. Bonda akan tolong. Cuma, bonda tak berani nak letak apa-apa harapan. Kalau benar, Hayden dah takde, mana mungkin setiap bulan, Eva akan menerima sejumlah wang di dalam akaunnya?"
"Mungkin sebelum Hayden menghilangkan diri, Hayden minta tolong daddy atau abangnya untuk transfer duit ke akaun Eva setiap bulan..."
"Mungkin juga... Tapi, persoalan utamanya... Ke mana Hayden?"
"Itu yang memeningkan Mir sekarang ni... Mana kita nak cari Hayden...?" Tiada jawapan buat masa ini. Esmir dan Bonda Emira hanya mampu terdiam membisu dengan seribu persoalan yang bermain di kepala mereka. Eva sekadar memasang telinga mendengar segala perbualan antara Esmir dan Bonda Emira.
****************************
"Eva... Eva Elyana..." Eva melajukan langkahnya bila namanya dipanggil seseorang. Eva dapat rasakan siapa empunya suara. Eva tidak peduli. Langkah kaki dilajukan. Eva tak mahu bertemu dengan lelaki yang telah memusnahkan cinta, kasih dan sayangnya. Malah kehidupan yang baru dibina turut musnah lantaran kesilapan lelaki yang bergelar suami kepadanya.
"Honey, please... Bagi I peluang untuk bercakap dengan you, honey. Eva Elyana!" Semakin kuat suara empunya diri. Eva tidak peduli. Apa yang dia tahu, dia perlu jauhkan diri dari manusia yang pernah bergelar suami kepadanya suatu ketika dulu.
"Pergi! I tak kenal you..." Eva terus melangkah meninggalkan empunya suara.
"Honey... I beg you, honey... Please... Bagi I peluang untuk menjelaskan semuanya..."
"No!"
"Honey..."
"Stop calling me honey! I'm not your honey anymore!"
"Argh!" Eva hampir tersungkur namun sempat disambut Hayden.
"Lepaskan I!"
"Ok, ok. I lepaskan you. Please, dengar dulu apa yang I nak cakap..."
"I rasa takde apa yang nak I dengar lagi. I bukan dengar, malah I melihat sendiri apa yang you dan buah hati you buat."
"Jangan tuduh I macam tu sekali, honey..."
"Huh! Try to play the victim? Huh! Sorry... Tak laku dengan I..."
"Honey... Please..." Lengan Eva dirangkul.
"You tak faham bahasa ke? Lepaskan !"
"Honey... I beg you, honey... I tak buat semua tu, honey... Itu semua..." Terhenti bicara Hayden. Ada sesuatu yang menyebabkan Hayden menghentikan bicaranya.
"Sudahlah Hayden. I nak balik. Tolonglah, jangan ganggu I lagi. Kita dah takde apa-apa hubungan, Hayden..."
"Siapa cakap?"
"I yang cakap..."
"Honey... You masih isteri I, honey... I tak pernah ceraikan you..."
"Oh really? You tak cakap... Tapi, I yang cakap, sebab selama ni, kita tak pernah berhubung. Dah lebih dari enam bulan... Bahkan dah lebih dari tiga tahun dan hampir enam tahun, Tengku Hayden..."
"Tapi you lupa, honey... I tak pernah miss masukkan duit dalam akaun you honey. Nafkah you, I tak lupa tau..."
"Hah? Nafkah... You cakap pasal nafkah apa ni? Nafkah zahir? Batin I, macamana? You ada fikir semua tu?"
"Honey... What's wrong with you? Kenapa you berubah macam ni, honey...?"
"I berubah? I berubah? You? You tak berubah ke? You baik sangat ke, Hayden?"
"Honey... Tolonglah... I..."
"Tolong apa?!" Sergah Eva.
"I nak tahu pasal dua orang kanak-kanak yang ada dengan you..."
"Jangan you berani nak usik anak I... Jangan cabar I, Hayden..."
"Relax... I takkan ambil anak you, Eva. I hanya nak tahu, adakah itu anak I dengan you atau anak you dengan lelaki lain..."
"Kenapa kalau itu anak I dengan lelaki lain? Tak salahkan...? Lagipun, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Kita dah bercerai..."
"Kita tak pernah bercerai, honey... I tak pernah lafazkan talak pada you. Tak pernah. You yang tinggalkan I..."
"Huh! I tinggalkan you? You yang tinggalkan I. You yang tinggalkan I terkontang-kanting sebab Khai... You yang ada hubungan terlarang dengan kawan baik you sendiri... You sanggup ketepikan I demi cinta songsang you!"
"You tak tahu perkara sebenar, honey... You salah menilai..."
"I salah menilai? Segala-galanya, I yang salah? Dan you yang betul sepanjang masa...?"
"Honey, please..."
"Stop calling me honey!" Sergah Eva. Dia rimas dirinya digelar honey oleh manusia yang tidak tahu menilai antara kaca dan permata. Air mata mula bertakung di tubir mata. Esakan Eva semakin kedengaran sehingga menyebabkan Eva terjelepuk ke tanah.
"Honey..." Hayden cuba menyentuh tangan Eva. Namun ditepis kasar.
"Ja...ngan sen...tuh I..." Hayden terkedu... Sampai begitu sekali Eva membenci dirinya.
"Honey... Tolong bagi I peluang untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Please..."
"Takde apa yang perlu dijelaskan, Hayden. Antara kita dah takde apa-apa kaitan lagi. You lepaskan I, Hayden... Lepaskan I... I rayu you, Hayden. Lepaskan I... I dah tak sanggup nak hidup macam ni lagi. I dah puas terseksa, Hayden. I tak mampu bertahan lagi." Rintih Eva.
"Honey... Please, bagi I peluang untuk I perbetulkan keadaan. I..."
"No! I tak nak dengar apa-apa lagi dari you! Pergi! Pergi! Tinggalkan I, Hayden! Lepaskan I!"
"Honey! I takkan lepaskan you. Takkan! I love you so much, honey..."
"Bullshit with your love!"
"Honey... I rayu you, honey. Please... Bagi I peluang sekali je lagi... Sekali je, honey. I rayu you, tolong bagi I peluang untuk I perbetulkan keadaan... I rayu sangat." Pujuk Hayden.
"Huh! Rayu? Dulu I rayu you, Hayden... I rayu you banyak kali. Tapi, apa yang I dapat? Apa, Hayden? You lebih pilih Khai dari I, isteri you... You lebih seronok berbuat dosa dengan cinta songsang you!" Hayden menggeleng-geleng.
"Sekarang, you rayu I suruh bagi you peluang? You rasa, berbaloi ke? Berbaloi ke untuk I? Jawab Hayden! Jawab!"
"Honey... I swear, honey... Itu bukan seperti yang you sangkakan, honey. I berani bersumpah, honey. Tolonglah... I sayangkan you, honey... I do love you..."
"Stop!" Eva menutup kedua-dua telinga dengan tangan kiri dan kanan.
"Stop it! I tak nak dengar cinta dongeng you. I dah muak! I dah tak larat nak dengar cinta palsu you! I benci you, Hayden! I benci you!"
"Honey... I sujud kaki you, honey." Hayden serta-serta melutut di hadapan Eva yang masih terduduk di atas tanah.
"Honey... Please... I masih sayangkan you, honey. Bagi I peluang hanya sekali untuk I perbetulkan segala-galanya. Please... I mohon jasa baik you... Hanya sekali..."
"Never! I takkan kalah dengan you lagi, Hayden! I takkan tunduk dengan kemahuan you lagi! Bagi I, hubungan kita dah putus saat I melihat kecurangan you dengan cinta songsang you." Air mata Eva mengalir jua di pipi mulusnya.
"Argh!" Tiba-tiba...
Alhamdulillah... Anoher free chpater for KTR. Enjoy reading guys... Hi silent and unsilent readers...
Share this novel